❤Aiskrim VS Yogurt-bab1❤
Saturday, 8 June 2013 | 22:42 | 0 love drops
Adriana berjalan seiringan dengan rakannya, Kamila. "Mila,nanti kita singgah kedai runcit Pak Haji ya",pesan Adriana. Kamila mengangguk. Adriana tersengih menampakkan gigi. Adriana sudah terbayang aiskrim yang sedap di hadapannya.
          Adriana berjalan pulang sambil menikmati aiskrim keduanya. Dia menghabiskan satu aiskrim semasa menghantar Kamila pulang tadi. Dia sempat berangan yang dia sedang dikelilingi aiskrim. Dia adalah jutawan aiskrim. Aiskrim berjenama ADRIANA  COOL. "Wah!", dia masih bermimpi. Gedebuk!!! Dia terjatuh,aiskrimnya bertaburan. "Hoi,mata awak di mana?!", tengking Adriana. Budak lelaki itu kelihatan sebayanya. Dia terus berlalu.
            "Riana,awak itu dah tua. Masih hari-hari makan aiskrim", bebel  Puan Khuzaimah. "Adriana belum tua lagilah",dia menjawab. "Memang dah tua pun",Encik Azrul pula berkata. "Adik baru sekolah menengah,sekarang ini cuti sekolah. Jadilah budak comel semula!", Adriana merapatkan dirinya kepada  Puan Khuzaimah. "Haih", mereka mengeluh.
               "Lalalalaaa..",Adriana menyanyi sambil membuka peti sejuk. Dia mengeluarkan semangkuk aiskrim vanila dari dalam peti sejuk. Dia meletakkan sedikit ke dalam gelas. "Sedapnya,sejuk...!",  Adriana membuat wajah kesejukkan. "Asyik makan aiskrim sahaja,rosak  gigi lama-lama", Encik Azrul menegur. "Susu tidak mahu minum",kata Puan Khuzaimah. "Adik ini bukan baby lagi nak minum susu", Adriana meneruskan suapan aiskrim yang terakhir.
              Kedai runcit Pak Haji disinggah oleh Adriana,kali ini berseorangan kerana Kamila pergi bercuti ke Langkawi. Dia terserempak dengan budak lelaki yang melanggarnya semalam.Dia segera bersembunyi,sebaik budak lelaki itu pergi dia lekas-lekas mengambil asikrim lalu ke kaunter. "Pak Haji,itu siapa?",soal Adriana. "Itulah Fakrul,dia selalu datang beli yogurt",kata Pak Haji. "Yogurt? Yakk!",ejek Adriana. "Menyihatkan!", Pak Haji tersenyum.  Adriana segera pergi sebaik membayar.

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it