❤Aiskrim VS Yogurt -bab2❤
Sunday, 9 June 2013 | 01:16 | 0 love drops
Adriana merenung aiskrim Kit Kat di hadapannya. Aiskrim itu tinggal separuh. Dia segera menghabiskannya. Dia lantas membuka penutup aiskrim Milo mangkuk mini itu. "Banyaknya aiskrim,esok tidak perlu diberi hadiahlah ya",Puan Khuzaimah berkata. Hadiah? Adriana termenung,hadiah apa? Dia tidak ingat esok hari apa,memorinya terikat.
Adriana menarik selimut berdekatan dengannya. Dia selesa dengan posisi itu sekarang. Mulutnya masih lagi terasa aiskrim yang dimakannya siang tadi, lega dan sedapnya! Ingin sahaja dia keluar membeli aiskrim sekarang,namun ditahan-tahan nafsunya itu. Aiskrim di dalam peti sejuk juga sudah habis. Nampaknya,esok dia kena beli lebih..Ooopss! Hadiah apa ya esok? Mmmmm..untuk apa?
Puan Khuzaimah dan Encik Azrul memandang Adriana. Hari Ahad itu sungguh membosankan. "Riana,tidak ingat hari ini hari apa?",soal Encik Azrul. Adriana menggeleng deras. "Hari lahir awaklah!", Encik Azrul dan Puan Khuzaimah memecahkan rahsia. Letih menunggu Adriana mengingat semula.
Setelah Adriana dibawa membeli-belah,mereka singgah di Tutti Frutti. Sedang Adriana menikmati Tutti Frutti dengan penuh asyik,seleranya mati setelah melihat Fakrul. Pak Haji kata nama dia Fakrul,kan? Fakrul bersama ahli keluarganya sibuk bergelak ketawa sambil memasuki Tutti Frutti. "Geli pula nak makan!",kata Adriana perlahan. Namun,dek ketangkasan tangannya. Disuap juga ke dalam mulut.Mmmmmm...Nikmatnya!
Pintu rumah dikuak dengan perlahan. Hari ini dia tinggal di rumah seorang diri. Tiada sesiapa pun di rumah. Dia pun melangkah jauh ke kedai runcit Pak Haji. Kelihatan Fakrul sibuk memborong yogurt. "Yogurt Bliss sudah habis ke?",soal Fakrul. Pak Haji mengangguk lalu menunjukkan yogurt jenama lain. Fakrul dengan segera mencapainya. "Yakk! Makan yogurt!", dengki Adriana sambil mencapai aiskrim Malaysia perisa sirap bandung. "Alahai ada orang itu dia geli mahu makan yogurt. Tetapi dia lupa,Tutti Frutti kan frozen yogurt!", Fakrul mengata lalu pergi.Adriana baru sedar dan teringat. Aaahh,dia dah menelan yogurt! Geli ke ?
Adriana masih melayan mata di hadapan komputer. Dia membuka GOOGLE,lalu mencari gambar aiskrim. Wah,sedapnya! Di hadapan matanya,beri-ribu gambar aiskrim yang menggoda selera. Akhirnya,dia terlena di atas meja.
Adriana masih melayan mata di hadapan komputer. Dia membuka GOOGLE,lalu mencari gambar aiskrim. Wah,sedapnya! Di hadapan matanya,beri-ribu gambar aiskrim yang menggoda selera. Akhirnya,dia terlena di atas meja.
Hearts, <$NanaJepperz$>

