❤Aiskrim VS Yogurt-bab3❤
Sunday, 9 June 2013 | 05:27 | 0 love drops
Fakrul menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. "Maksu,bila ayah balik dari Australia?", soal Fakrul. "Lagi seminggu,banyak kerja katanya",Maksu menuangkan air milo panas ke dalam cawan. Maksunya itu akan menjaga Fakrul dan adiknya, Fifi apabila Tan Sri Farisz dan Puan Sri Melati ke luar negara. "Mak Su dah telefon mama ,suruh belikan Fifi hadiah?",soal Fifi yang baru berumur tiga tahun. Namun,kanak-kanak itu petah berkata-kata. Mak Su mengangguk. Fakrul menghirup air milo panas itu dengan penuh nikmat.
Bangku di taman permainan itu didudukinya. Fakrul melihat kanak-kanak yang asyik bermain di situ. Fifi pula lebih gemar bermain dengan Maksu daripada di situ. Dia menyuap yogurt perisa asli ke dalam mulutnya. "Memberi kesan yang cukup mendalam",kata Fakrul perlahan. Dia melirik jam tangannya. 5:50 petang. Dia segera bergerak ke barisan kedai-kedai.
Adriana membayar wang aiskrim kepada Pak Haji lantas mengambil tempat di hadapan tasik buatan yang baru dibina di sekitar kawasan itu. Tenang hatinya. Dia melihat seorang kanak-kanak kecil meniup buih sabun. Buih sabun itu berterbangan ke arahnya. Dia tersenyum. Hatinya melebur sebaik melihat Fakrul. Insiden dia terjatuh masih belum dibalas dendam lagi. Aaahhh,dia mahu membalas dendam. Fakrul sedang enak menikmati yogurtnya. Adriana secara senyap-senyap menuju ke belakang bangku.Bangku itu membelakangi tasik tetapi depannya taman permainan. Dia menolak Fakrul dengan kasar. Fakrul jatuh terjelepok di hadapan orang ramai. Malunya! Adriana segera melarikan diri,ahaaa! Dendamnya sudah terbalas! Dia berjalan pulang dengan tenang. Jiwanya tenang dengan melodi gembira. "Hoi!!!", jerit satu suara. Adriana memandang ke belakang. Luruh hatinya,nak kena marah ke? Dia nampak aku ke tadi?
Hearts, <$NanaJepperz$>

