❤Aiskrim VS Yogurt-bab4 (bab nasihat sahaja)❤
Monday, 10 June 2013 | 05:09 | 1 love drops
Fakrul merenung tajam. "Aduh,masak aku!", keluh Adriana. "Kau tolak aku,ya?",soal Fakrul garang. Namun soalannya tidak dijawab Adriana. " Kiranya kau nak balas dendam yang tersiratlah ya!", Fakrul mengangkat kening kanannya. "Mana ada!", nafi Adriana. "Alahai budak ini,mengaku segera!", Fakrul menjeling. "Memang aku yang tolak kau,padan muka!", Adriana berteriak lalu segera berlari.Fakrul mendengus. "Sih!".                          
          Sejak ibu dan ayahnya pulang dari pasaraya malam tadi, Adriana tidak menyentuh satu pun barang yang dibeli sekalipun aiskrim kegemarannya. "Macam mana ini kalau dia mahu balas dendam lagi?", soal Adriana sendirian.  Hatinya berhujah sendiri. Bibirnya asyik ralit berceloteh tiada pendengar kecuali telinga peribadinya itu sendiri.
       
FAKRUL mendengus kuat di atas buaian buatan ayahnya.  "Kenapa ini Fakrul,tidak tidur lagi? Sudah jam 11 malam ini,tidak baik duduk di luar macam ini",nasihat Maksu. Fakrul menceritakan segalanya tentang Adriana. "Haih,macam inilah Rul. Mak Su rasa tidak payahlah Rul mahu balas dendam. Macam ini,dia balas dendam. Rul balas semula,dia balas lagi. Rul pun sakit hati mahu balas lagi begitulah dan seterusnya.Sampai bila tidak habis!", nasihat Maksu disimpan elok di hatinya. Fakrul tersengih.
         





Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it