❤Luluhnya Sebuah Ikatan❤
Friday, 28 June 2013 | 02:43 | 0 love drops
BAB 1
Farisya merenung sayu ke arah ke arah kereta Perodua Viva putihnya. “Bilalah hidup aku hendak maju?”,dia bermonolog sendiri. Bekerja sebagai seorang jurukamera pemandangan di Great Snap Sdn.Bhd. berpangkat jurukamera unik. Telefon bimbitnya berdering. “Helo, Aisyah. Ya,ya. Aku datang nanti”,kata Farisya lalu mematikan telefon.Dia lantas membolosi perut keretanya dan menghidupkan enjin.  
          Restoran De’Goes sunyi sepi dek bayu malam. Kebanyakkan yang singgah makan di situ ialah golongan-golongan elit.Semuanya kelihatan sedang enak menjamu selera. Aisyah dan Farisya juga sedang menikmati makanan yang dipesan. “Farisya, aku nak balik kampung hujung minggu ini. Mak aku tanya,kau nak ikut tak?”,soal Aisyah. “Kampung kau di Pahang?”,soal Farisya semula. “Ya,masa kau datang bulan lepas itu mak aku terus terindu-rindukan kau!”,kata Aisyah lalu tergelak kecil. “Oh,yakah? Mestilah aku nak ikut!”, Farisya teruja. “Nanti aku pick up kau. Ingat,hari Sabtu pukul 2 petang”,kata Aisyah lalu menyedut perlahan jus limau di dalam gelas  melalui penyedut minuman. Farisya mengangguk deras,seronoknya! Indahnya! Wah,terujanya!
 WAHEEDA berjalan perlahan memasuki perkarangan pejabat Tan Sri Zakrul. “Papa,mama ajak balik kampung mama hujung minggu ini”, Waheeda mengukir senyum indah. “Alamak, papa tak boleh ikut. Eda,Farhan dengan mama je lah balik. Papa ada mesyuarat penting di New Zealand. Pembekal terbesar kita tu”, Tan Sri Zakrul mengerutkan dahi. Waheeda bermuram. “Eda,sorry but I can’t. Itu periuk nasi utama kita,kan?”,Tan Sri Zakrul memujuk anak bongsunya itu. Tok,tok,tok! Kedengaran pintu bilik Tan Sri Zakrul diketuk. “Papa, ini kertas kerja dari Syuhan Holdings”,Farhan membuat mimik muka serius. “Bak sini Farhan. Awak tahu tak mama ajak balik kampung?”,soal Tan Sri Zakrul. “Nope! Balik kampung? Oh, Han takkan ikut!”, Farhan mengambil tempat di sofa empuk biru buatan New Zealand. Dia lebih rela duduk KL seorang diri,melencong ke Putrajaya mencari teman daripada pulang ke Pahang!
“MAMA kata Farhan mesti ikut! Balik yang lepas pun,Farhan tidak ikut. Kecil hati nenek kamu nanti Han”, Puan Sri Faridah  berkata garang. Farhan mengeluh kasar. “Mama, Farhan memang nak ikut tapi Farhan ada hal”, Farhan berbohong. “Oh,sekarang Han mahu tunjukkan lidah biawak Farhan itulah ya!”, Puan Sri Faridah membebel. Lidah aku ni bercabang dua ke, eh buat tak tahu pula ya! Berbohong maknanya,dulu tak belajar ke?
SUASANA di Kampung Pahang menenangkan jiwa mudah Farisya. “Assalamualaikum,mak!”, kata Aisyah memberi salam. Kedengaran suara wanita berumur lingkungan 50-an menjawab salam. Emak Aisyah yang selesa dan senang dipanggil Mak Busu mengukir senyum lebar sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu. Mereka berpelukan. Mak Busu kemudiannya menuju ke arah Farisya. “Kamu datang lagi ya!Seronok betul mak, tahu tak?”,Mak Busu menyentuh lembut bahu Farisya. “Sudah nak senja ini, mari naik. Malam nanti ada tamunya!”, Mak Busu mengangkut buah tangan yang diberi. Tetamu?
          FARHAN membisu sejak dari tadi. Berdiam diri di hadapan televisyen di Kampung Pahang. “Farhan,dah lama sungguh kamu tak balik sini. Makin handsome cucu nenek ini”, tegur Nek Dhijah apabila melihat cucunya termenung sendiri. Kembang kuncup hidung Farhan pabila dipuji. “Hehe,nenek ni. Ada-ada sajalah!”,Farhan tersipu. “Hermmmm,kamu sudah ada pilihan hati sendiri?”,soal cepumas itu ditujukan kepada Farhan. Tersentap hatinya. “Oit Waheeda! Nenek soal kau tu,jawablah!”,tegur Farhan walaupun merasakan solan itu seakan-akan menusuk ke benak hatinya. “Alahai abangku sorang ini,buat tak tahu pulak! Nek Dhijah tanya abanglah!”, kata Waheeda kasar. Nek Dhijah mengukir senyum plastik. Farhan berdiam diri sahaja. Sampai bila cucuku ini membujang? Umur tak silap aku sudah 25 tahun! Sudah layak berkahwin!



Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it