❤ULAT BULU CIKGU-BAB 1❤
Saturday, 8 June 2013 | 21:51 | 0 love drops
ULAT BULU CIKGU-BAB 1

Sekolah Sri Tasik bergema dengan kehadiran guru baru,Cikgu Farhan. "Cikgu baru itu kacak!", jerit seorang pelajar perempuan,Yana. "Cikgu Farhan aku punya!", Myra pula menjerit. Satu sekolah kecoh dengan kehadiran Cikgu Farhan.
          Cikgu Farhan tersenyum gembira apabila ditegur oleh pelajar-pelajar Sekolah Sri Tasik. Gedebuk!! Cikgu Fasha terjatuh akibat terlanggar dengan Cikgu Farhan. "Oh,cikgu.Seronok di sekolah ini ?", soal Cikgu Fasha. Cikgu Farhan membantu Cikgu Fasha untuk bangun. "Seronok,semua orang baik dengan saya. Pelajar pun sama",Cikgu Farhan tersengih. "Cantinya cikgu ini",detik hati Cikgu Farhan. Cikgu Fasha berlalu dengan senyuman melebar.Semua pelajar Sri Tasik merenung kejadian tadi. "Aku rasa Cikgu Fasha,suka kepada Cikgu Farhan!", Hafiz membuat andaian. "Yakah?",soal Kamil. "Kau ini pandai-pandai sahaja memfitnah ya", Huzir menepuk bahu Hafiz. Hafiz tersengih. "Okey apa,mereka sepadan", Hafiz masih tersengih.
            Aktiviti sukan pada jam 3 petang itu sungguh hangat. Cikgu Farhan yang mengajar pelajar lelaki memanaskan badan  sempat merenung Cikgu Fasha. "Cikgu,saya rasalah Cikgu Farhan jatuh hati pada cikgu",kata Myra. Cikgu Fasha tersipu malu. "Awak ini,mana ada!", Cikgu Fasha cuba menafikan. Semua pelajar pasukan sorak tersengih melihat gaya Cikgu Fasha yang termalu dengan kata-kata Myra. 
               "Mama,nak tahu tidak yang di sekolah ada guru baru",cerita Yana. Datin Farizah mendengar. "Namanya Cikgu Farhan",kata Yana lagi. "Farhan?",soal Datin Farizah. Yana mengangguk. Datin Farizah segera melarikan diri ke dalam biliknya. Yana mengangkat kening pelik. Biarlah,mama memang pelik. 
                 Tidur malam Myra terganggu,dia asyik termimpikan Cikgu Farhan yang macho itu. "Dahlah muka macam Aaron Aziz",kata Myra tersenyum. "Gatalnya aku",kata Myra lantas ketawa. Dia ibarat perempuan gila pula malam itu,kejap diam kejap ketawa. 
                    "Cikgu Farhan bakal jadi guru Kelab Idaman!", kata Hafiz sebagai pembawa berita di kelas 3 Unik. "Ya?",soal Swee Ming yang juga tertarik. "Kita kena masuk!",kata Syuhada,pelajar yang tidak suka memasuki apa-apa kelab kecuali Kelab Menjahit. Semua memandang pelik ke arah Syuhada. Dia tersengih.Oh Tuhan! Sesungguh pelajar sudah tergila-gilakan Cikgu Farhan!
         

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it