❤Luluhnya Sebuah Ikatan -bab 2❤
Monday, 1 July 2013 | 06:17 | 0 love drops
BAB 2
Pemberian salam
dijawab lembut oleh Farisya,Aisyah dan Mak Busu. Kelihatan seorang wanita
berumur dan seorang wanita muda bersama seorang lelaki. “Idah!”,jerit Mak Busu
lantang. Mereka pun berpelukan. “Wah,mentang-mentang dah jadi Puan Sri tak
jenguk kita pun ya!”, Mak Busu bergurau. Puan Sri Faridah mengukir senyum
tipis. Waheeda dan Farhan hanya mengekor. Aisyah bertindak sebagai pembancuh
air,dan Farisya segera bersalaman dengan tetamunya. “Busu,ni anak kau ya. Siapa
namanya,Aisyah?”,soal Puan Sri Faridah. “Ya,yang ini pula kawannya. Namanya
Farisya!”, sebut Mak Busu perlahan. Puan Sri Faridah segera berdehem ke arah
Farhan. Farhan mengangkat kening. Waheeda seakan-akan mengerti maksud mamanya.
Gadis itu cantik dan sesuai buat Farhan!
“KAU kata ada tempat
istimewa nak bawa aku?”,soal Farisya. “Ala sorrylah Sya. Tak sempatlah”,
Aisyah menggaru kepalanya. Farisya tersenyum tawar.Aisyah sedang ralit
memasukkan beg-beg ke dalam bonet kereta. Setelah bersalaman,mereka membolosi
perut kereta Proton Saga Aisyah. Seketika kemudian,kereta itu meluncur laju
keluar dari Kampung Pahang.
FARHAN menghilangkan
bosan dengan berjalan-jalan sekeliling kampung. Dia ternampak sebidang tanah
yang luas dihampari rumput pendek menghijau. Rama-rama berterbangan berhampiran
pokok bunga orkid dan bunga raya yang ada di sekeliling tanah itu. “Segarnya
udara!”,pekik Farhan gembira. Kelihatan ada tiga buah rumah kayu berhampiran
kawasan itu. “Ini taman ke apa?”,soal Farhan. “Assalamualaikum cik abang!”,tegur
satu suara. “Opocot waalaikumsalam,eh!”, Farhan melatah kecil. Sejenak itu
suara tadi tertawa kecil. Kelihatan seorang gadis bertubuh sedikit kecil berada
di hadapan matanya. “Ini bukan taman, tempat ini hanyalah untuk kunjungan
sahaja. Kalau nak panggil taman pun boleh”, gadis itu bersuara lagi. ‘Dia ini
cakap macam India, kejap bukan taman kejap lagi taman. Mana satu ni?’ , hati
Farhan berbisik mengumpat. “Saya Laila Asrina,panggil saya Lela sahaja”,Lela
berkata perlahan. “Mak saya duduk kat rumah kedua itu,namanya Mak Sinah”, kata
Lela petah. Farhan terdetik di hatinya,anak Mak Sinah ini menggedik juga ya!
SEPULANGNYA Farhan di
Kuala Lumpur,dia terus mencapai kunci keretanya. Memandu sebuah Mercedes semasa
pulang ke kampung hari itu tidak menyeronokkan. Dia lebih gemar memandu Savvy
birunya itu. “Han,tak penat ke sayang?”, soal Puan Sri Faridah. Farhan
menggeleng dan terus meluru masuk ke dalam perut Savvy. Selesanya! Farhan
menghidupkan enjin lalu segera meninggalkan perkarangan banglo.
SHARID mendengar
dengan teliti penjelasan Tan Sri Zakrul. “Kita perlu lebih yakin dengan setiap
butir bicara kita kepada pelanggan”,Tan Sri Zakrul memberi nasihat. Sebaik
bersurai, Sharid mendekati Tan Sri Zakrul. Dia menyerahkan dokumen-dokumen dari
India untuk rujukan dan semakan. “Sharid, malam ini awak datanglah rumah saya”,
kata Tan Sri Zakrul. Sharid tersengih. “Terima kasih Tan Sri sebab selalu ajak
saya datang rumah Tan Sri. Masuk ni dah tiga kali saya bertandang ke rumah Tan
Sri. Tak apa-apa ke?”,soal Sharid merendah diri. Tan Sri Zakrul mengangguk lalu
tersenyum lebar. “Sharid,saya sudah menganggap awak sebagai anak saya sendiri
tau tak. Awak boleh panggil saya Ayah Zakrul”, kata Tan Sri Zakrul tersenyum.
Sharid tersentuh dengan keprihatinan bos besarnya itu. Semenjak dia kehilangan
ibu bapanya, Tan Sri Zakrul melayannya seperti anak sendiri.
PUAN Sri Faridah
senang sibuk menghidang lauk-pauk di atas meja makan. Waheeda pula sedang
membancuh air laici. Mereka sememangnya tidak memerlukan pembantu rumah atau
nama saintifiknya amah kerana mereka senang membuat kerja rumah sendiri. “Silakan
duduk Sharid”,jemput Tan Sri Zakrul. “Terima kasih Ayah Zakrul”, ucap Sharid
ikhlas. Farhan yang sedang menunggu untuk makan di situ berasa panas hati. ‘Ayah
Zakrul?’,detik hati Farhan mendidih. Masa mula-mula Sharid dimanjakan, Farhan
merasakan dia ada teman adik-beradik lelaki. Namun semakin lama dia semakin
geli dan menyampah melihat telatah Sharid. “Abang Rid, mama ada masak
macam-macam termasuklah makanan kegemaran awak. Ketam masak lemak cili api!”,
kata Waheeda. Farhan semakin ‘berbulu’. Makanan kegemarannya, sotong masak
sambal yang juga ada tidak disentuh. Nasi yang disendukkan tidak dihiraukan. Malah,rajuknya
itu tidak dikisahkan langsung! “Abang,tak makan ke? Rugi tidak jamah sotong
masak sambal”, Waheeda menegur setelah melihat abangnya semakin tegang dengan
keadaan sebegitu. Dia mengerti keadaan hati abangnya. Hilang selera Waheeda
melihat abangnya begitu, Sharid salahkah? Sebenarnya,di lubuk hati gadis Eda
terselit perasaan sepi dan rahsia kepada Sharid. Dia takut jika Sharid
dipersalahkan.
Hearts, <$NanaJepperz$>

