❤Luluhnya Sebuah Ikatan - bab 3❤
Saturday, 6 July 2013 | 05:41 | 0 love drops
BAB 3
Farisya termenung memandang skrin komputer ribanya. E-mel daripada bos besar Great Snap meragut hati kecilnya. Norman Yusoff, kekasih hati lamanya akan menjadi salah seorang pelajar baru di syarikatnya. “Bagaimana aku mahu bersemuka dengannya? Sedangkan rindu di hatiku masih berpaut erat padanya”, Farisya lantas menutup komputer ribanya lalu menyebamkan muka ke bantal yang empuk. Air matanya mengalir deras.
PANTAI dipandang dengan hati yang berbunga-bunga. Terasa tangannya disentuh lembut oleh seseorang. “Norman!”, jerit Farisya lalu mengejarnya sekeliling pantai. Orang ramai yang melihat ada yang tersenyum dan ada yang mengumpat. Langkah Farisya terhenti,dia keletihan mengejak Norman Yusoff. “Risya, awak janji akan hidup dengan saya selama-lamanya?”,soal Norman Yusoff. Farisya mengangguk.
Farisya terjaga dari tidurnya. Kenangan silam yang cukup manis diimbas kembali. Air matanya mengalir bak hujan yang menggila. Norman memutuskan hubungan mereka kerana seorang gadis dari Amerika bernama Camelia. Sejak itu, Farisya telah menolak cinta semua lelaki.
SHARID memicit kepalanya yang terasa bengal. Kerja yang bertimbun memeningkan kepalanya. Tiba-tiba Farhan menerjah masuk ke dalam pejabat Sharid. “Sharid Ibrahim, pening kepala sebab banyak kerja?”,soal Farhan serius. Sharid tersengih menampakkan giginya. “Kau tak payah nak sengih sangatlah! Sedap kau bermanja-manja dengan bapak aku,kan?”, Farhan bengis. Sharid terpinga-pinga. “Han, aku..”,Sharid tiada ayat untuk memujuk hati kecewa Farhan itu. Farhan segera berlalu. Sharid terduduk sendiri.
“ANDA semua faham?”,soal Farisya. Kesemua pelajar percubaan baru tersengih. Mengangguk kecil sahaja. “Hai Isya!”, tegur Norman Yusoff. “Encik Norman,awak tidak faham? Bukankah dua tahun awak mengambil jurusan jurukamera mengapa masih mahu menjadi pelajar?”,soal Farisya. Norman masih tercegat di hadapan Farisya. “Saya di bawah naungan awak. Awak kena ajar saya juga!”,Norman berkeras. Farisya menggeleng kecil. Jauh di sudut hatinya,jiwanya bergelora bak ombak laut semasa ribut. Rindunya semakin mendalam dan mencakar naluri.
KOMPLEKS membeli-belah ibarat isi dengan kuku kepada Puan Sri Faridah. “Mama, kenapa Han kena ikut. Bosanlah”, Farhan merungut. Puan Sri Faridah tersenyum,dia sengaja kerana mahu menyuruh Farhan membantunya menjinjing beg-begnya.
         Farisya tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Dia terlanggar seorang wanita separuh abad lalu beg-beg kertas wanita itu bertaburan. “Maafkan saya,maafkan saya!”, Farisya segera memohon maaf selaku ‘pelanggar’. Puan Sri Faridah segera bangun. “Eh, ini Farisya kan? Yang kawan anak Mak Busu tu,ya?”,soal Puan Sri Faridah takut tersilap manusia. Farhan terasa mahu mengherdik Farisya yang telah melanggar mamanya. ‘Cantik jugak minah ni’, pipi Farhan membeku sendiri. Farisya mengangguk lalu bersalaman dengan Puan Sri Faridah. Tatkala merasakan dirinya direnung sayup oleh Farhan dia segera berlalu pergi selepas mengucapkan selamat tinggal.
“FUH,apsal mamat tu tengok aku macam tu? Seriau je”, Farisya segera menghidupkan enjin keretanya. Dia sempat merenung kameranya yang kemas duduk di tempat duduk penumpang. Serta-merta mindanya mengarah kepada Norman Yusoff. “Ahh,aku nak percaya pada dia lagi?”,soal Farisya sendirian. Yang nyata,dia memang ingin memberi peluang kedua kepada Norman. Tetapi hatinya tidak mengizinkan berbuat begitu.
FARISYA sememangnya masih berpaut hati pada Norman, namun jiwa kecilnya berkata tidak. Dia juga tidak tahu kenapa dia mempunyai perasaan seperti itu. Terbayang pula wajah tegang Farhan di mindanya. Serta-merta senyuman lebar terukir di bibirnya. Kini dia keliru dengan lelaki itu.

TEKANAN yang diberikan oleh Norman kepada Farisya kini semakin menebal. Norman tidak mahu berganjak dari posisi hati Farisya. “Risya, serius saya cakap saya masih sukakan awak macam nyawa saya sendiri!”,pekik Norman. Semua pelajar yang lain memandang sinis ke arah Farisya. Dia terkesima. Segera dia mengalihkan pandangan dan melarikan diri. “Sanggup Man malukan aku?”,soal Farisya sendirian. Tatkala itu,jarinya ligat menaip surat berhenti kerja 24 jam. Dia sudah tidak larat diganggu lagi seperti orang asing. Mindanya mencerna kata-kata Norman yang berputar ligat di otak Farisya. Farisya kini berfikir di luar kotak. Surat itu dicetak lalu dilipat kemas-kemas lalu dituliskan nama bosnya. Dia mengeluh memikirkan nasib yang melanda. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it