❤Luluhnya Sebuah Ikatan- bab 4❤
Tuesday, 9 July 2013 | 21:45 | 0 love drops
BAB
4
“Farhan,mama
sebenarnya memang berkenan sangatlah dengan budak Farisya tu”, Puan Sri Faridah
tersenyum. “Mama,sudahlah cerita fasal kahwin. Han bosanlah ma,bosan!”, bentak
Farhan manja. “Farhan,kawan anak Mak Busu tu mama rasa dialah perempuan paling
baik untuk Farhan”, Puan Sri Faridah masih mengukir senyuman. “Mama mana tahu
budi pekerti dia lagi mama,jumpa baru dua kali mama dah tahu dia tu baik?”,soal
Farhan sengaja mahu mengelirukan mamanya. “Han jangan nak trick mama.
Sebelum tu memang pun mama nak uji dia”, Puan Sri Faridah tergelak kecil.Farhan
meraup wajahnya. Waheeda yang menghendap perbualan mamanya dengan Farhan
menggigit bibir. Dia gembira jika Farisya yang menjadi kakak iparnya merangkap
isteri abangnya namun, adakah Farisya tahan dengan sikap abangnya yang panas
baran dan mudah terasa?
“BIAR
betul?”,soal Aisyah. Farisya mengangguk lemah. “Kau sanggup berhenti kerja
sebab diganggu oleh Norman?”,soal Aisyah. Farisya diam. “Aku cadangkan kau
kerja kat tempat aku,kau pun berpengalaman kan?”, Aisyah tersengih. “Syah, aku
ni jurukamera je. Pengalaman apanya?”, Farisya menyoal Aisyah kembali. “Kau
boleh jadi pengurus hal ehwal pejabat!”,kata Aisyah. Farisya ternganga,gambar
dengan hal ehwal pejabat ada kena-mengenakah?
“TAHNIAH,Farisya.
Awak berjaya menjadi Pengurus Hal Ehwal Pejabat”, Tan Sri Zakrul tersenyum
lebar. Farisya mengucapkan terima kasih. “Awak akan membantu bos kecil di
syarikat ini”,tegur satu suara wanita. “Tenaga pengajar bagi bos kecil ini juga
kurang. Mungkin awak boleh berikan satu nafas baru untuk dia?”, suara itu
berbicara lagi. Puan Sri Faridah tersenyum-senyum.Farisya terkesima. Dia
bersalaman dengan wanita itu. “Baiklah Risya, awak boleh mula kerja sekarang”,
kata Tan Sri Zakrul lalu memanggil Farhan masuk. “Ada apa,pa?”,soal Farhan
serius dan mengawal macho. “Bawakan pengurus hal ehwal pejabat baru kita ni ke
biliknya”, Tan Sri Zakrul mengarah.
“Lepastu datang sini semula”, Puan Sri Faridah tidak henti-henti tersenyum.
“INI
bilik kau!”, Farhan membukakan pintu masuk untuk Farisya. “Apa nama
kau?”,soalnya. “Farisya Dahlia”, kata Farisya secara perlahan. “Aku Farhan
Farisz. Ingat,aku bos kat sini”, Farhan hidung tinggi. “Alah,dia tu bos kecil
saja!”, Farisya sempat mengutuk. “Apa?”,soal Farhan terkejut. Farisya
menggeleng. “Alah,aku dengar kau cakap tadilah budak. Memang bapak aku bos
besar kat sini,tapi aku tetap bos walaupun bos kecil. Ingat tu,budak”, Farhan
berbisik di telinga Farisya. Saat itu,cuping telinganya terasa bergetar.
Jantungnya berdebar laju. Nalurinya bergelodak seribu.
TIGA
beranak itu berkumpul di dalam pejabat Tan Sri Zakrul. “Han dah dapat kaji
sifat Risya?”,soal papanya. “ Kaji apa fasal budak tu?”,soal Han. “Budak?”,
mamanya mendengus. “Farhan,budak tu lah nanti bakal jadi isteri kesayangan
Han”, papanya berkata membuatkan bebola mata Farhan terjengol.
“BIAR
betul,ada kaitan ke aku dengan budak tu. Awal sangatlah,tak ingin aku kahwin
dengan budak tu!”, bentak Farhan sendirian. “Abang,Eda rasa Kak Risya memang
sesuai sangat dengan abang Eda ni”, Waheeda menyampuk dari belakang Farhan. “Eda,lain
kali jangan nak menyampuk. Sibuk saja,abang nak bersendirian. Faham,tak?”,wajah
Farhan tegang. Dengan segera, Waheeda melarikan diri ke dalam bilik. Dia tidak
berani merenung wajah abangnya yang masih dibelenggu amarah.
SEGALA
dokumen kerja dicampakkan jauh-jauh. Dia mahu menenangkan hatinya. Tok! Tok!
Seketika kemudian,pintu bilik pejabatnya dikuak. “Encik Farhan?”,soal Farisya
terkejut. “Aku nak cakap sesuatu dengan kau”, Farhan telah pun duduk walaupun
tidak dijemput. Farisya setia mendengar. “Ini rahsia. Mama dan papa nak aku
kahwin dengan kau...”, kata Farhan persis berbisik. “Apa?”,Farisya separuh
menjerit. “Syyyy...Serius aku cakap,aku masih muda. Aku belum puas hidup
membujang,apa kata kalau mama aku tanya kau. Kau menggeleng sajalah!”, Farhan
mengarah. Farisya menggaru kepalanya. “Ingat aku nak sangat ke kahwin dengan
kau?”,Farisya sempat mengutuk. “Aku kan comel,kacak. Siapa yang tak nak!”,Farhan
mencebik.Farisya hampir tergelak,dia juga merasakan cebikan lelaki itu sungguh
comel! ‘Astargfirullahalazim,aku tak nak dia! Cukup aku dipermainkan oleh
Norman!’ detik hati Farisya.
“FARISYA,saya
nak jemput awak makan malam kat rumah saya malam ni”, tegur Tan Sri Zakrul
lembut. Farisya terkedu,termangu sendirian. “Nanti saya suruh Han jemput awak”,
Tan Sri Zakrul tersenyum lebar sampai ke telinga. Farisya masih diam,namun dia
mengangguk lalu akur.
SAVVY
kesayangannya itu dihidupkan. “Han,gunalah kereta papa”,tegur Tan Sri Zakrul. “Malaslah
pakai kereta besar-besar,ambil budak tu je kot”, Farhan mendengus kecil.
SEPASANG
gaun labuh berwarna ungu disarung comel di tubuh badannya. Permata-permata
indah yang tersulam di dada baju tersebut menambahkan kejelitaannya. Dia
menanggalkan sebentuk cincin dari jari manisnya,dia tidak mahu Tan Sri salah
faham. Walhal,cincin itu tiada maknanya. Pin!Pin! Bunyi hon kereta menyegerakan
pergerakan langkah Farisya. Tergamam Farhan melihat keanggunan Farisya. Dia kemudian
menggeleng perlahan,menidakkan resah hatinya.
Hearts, <$NanaJepperz$>

