❤Luluhnya Sebuah Ikatan - bab 5❤
Thursday, 18 July 2013 | 06:30 | 0 love drops
BAB 5
“Farisya,makanlah.
Jangan malu-malu”, tegur Puan Sri Faridah. Farisya terkuis-kuis nasi di pinggannya.
‘Gediknya perempuan tu,suruh makan pun tak mahu. Rezeki tu rezeki!’, Farhan
bermonolog dalam hati. Lauk-pauk yang tersedia di hadapan mata dijamah sedikit
sahaja oleh Farisya. “Akak, akak jangan segan dengan abang ni. Akak makan je
banyak mana pun,sebab dia pun kaki gelojoh jugak!”, kutuk Waheeda. Merah padam
muka Farhan menahan malu,ikutkan sikapnya mahu saja dia memarahi Eda.
Sharid merenung kelibat Farisya. Dia
dijemput ke banglo itu, hatinya pula seronok. “Cantiknya perempuan itu. Untung
Farhan”, Sharid menepis rambutnya yang sedikit menutup mata. Waheeda menghendap
Sharid yang berdiri di muka pintu. Farisya, Farhan, Tan Sri Zakrul dan Puan Sri
Faridah berada di taman luar rumah. “Risya, tujuan malam ini sebenarnya nak
kamu menjadi isteri Farhan”, kata Tan Sri Zakrul. Tersentak Farisya. Farhan
menjeling-jeling ke arahnya. Farisya masih diam. “Kalau Risya setuju,baguslah.
Bukan apa, mama berkenan sangat dengan Risya”, Puan Sri Faridah membahasakan
dirinya ‘mama’. “Mulai hari ini,Risya boleh panggil kami papa dan mama”, kata
Tan Sri Zakrul. Farhan terkedu.
Norman Yusoff tidak puas hati. “Mana
hilangnya Farisya aku ni?”,soalnya sendirian. Telefon bimbitnya dicapai. Didail
nombor telefon Farisya,tidak dijawab serta-merta. Khidmat pesanan ringkas
akhirnya yang digunakan.
FARISYA membulatkan mata apabila
menerima SMS daripada Norman. “Sayang, awak ke mana? Jenuh saya mencari awak,
kenapa berhenti kerja? Saya lagi sanggup pindah kalau betul awak sudah benci
dengan saya,tetapi janganlah punahkan masa depan awak dengan berhenti kerja....”,
sebaik membaca mesej Norman, jantung Farisya berdegup kencang. Dia tidak mahu
mempercayai lelaki buas itu lagi!
KOMPLEKS
membeli-belah yang sesak hari itu diredahnya. Misinya hanyalah satu,dia ingin
bersiar-siar melepaskan stres yang berat melanda.Gedebuk! Dia tertiarap,malunya
bukan kepalang. Tiba-tiba seorang lelaki membantunya bangun,Norman! Dengan
segera Farisya melarikan diri. Norman dengan pantas mencekut lengan Farisya. Di
kesesakan, Farisya ditarik menuju ke tempat parkir kereta. “Awak ini kenapa
Man?”,soal Farisya cuba merentap tangannya. “Awak pergi mana?! Penat saja saya
mencari awak macam orang meroyan,tahu tak?”, Norman memarahi Farisya. Genggaman
tangan Norman semakit mengetat. “Lepaskan saya,Norman Yusoff!”, Farisya
memekik. Rentapan membuatkan Farisya terjatuh. Serta-merta dengan itu,satu
tamparan hinggap di wajah Farisya. “Man!”, jerit Farisya. Dia dapat merasakan
yang di hadapannya bukan Norman, tetapi seorang lelaki psiko dan buas!
FARISYA masih
memegang pipinya yang kemerahan. Norman menarik tangan Farisya untuk bangun.
Dan Farisya tidak tahu Norman mahu membawanya ke mana. “Hoi!”, jerit seseorang.
Tumbukan bertubi-tubi diberikan secara percuma kepada Norman. “Kenapa kau kacau
dia?!”, jerit suara itu.
ENJIN kereta
dihidupkan. Farisya masih menangis. “Farhan,terima kasih....”, ucap Farisya
lalu memeluk Farhan secara tidak sengaja. Farhan meleraikan pelukan itu. “
Cukuplah Farisya, tak akan aku nak biarkan dia cederakan bakal isteri aku”,
sebut Farhan. “Bakal isteri?”, soal Farisya perlahan. “Aku kena setuju dengan
keputusan mama, kau setuju ke tidak?”,soal Farhan. Farisya terdiam sendiri.
Semua yang berlaku diceritakan kepada
papa dan mamanya. Sharid dan Waheeda turut berada di situ. “Apa? Sanggup lelaki
tu buat dekat Farisya kasar-kasar?!”, Sharid terbangun. “Lain kali beritahu
saya saja Farisya”, Sharid berterus-terusan. Ternganga sebesar perigi Farisya. “Sharid,aku
bakal suami dia. Kau tidak perlu sibuk-sibuk”, kata Farhan menjeling. “Apa ini
Sharid? Adakah Sharid tertarik pada Kak Farisya?”, Waheeda gelisah dengan
keadaan itu.
Hearts, <$NanaJepperz$>

