❤Luluhnya Sebuah Ikatan -bab 6❤
Wednesday, 24 July 2013 | 05:54 | 0 love drops
BAB 6
Farhan termenung sendirian. “Kenapa aku marah bila Sharid ambil berat tentang Farisya?”, soal Farhan pada dirinya. Dia mengakui,jiwanya memberontak dengan sikap Sharid sebentar tadi. Adakah dia sudah mula mencintai wanita yang dia gelar ‘budak’?
“KAMU berdua akan nikah minggu depan”, Puan Sri Faridah memberi keputusan mengejut setelah berbincang dengan suaminya. “Minggu..minggu depan?!”, Farisya tergagap-gagap, terkejut. “Barang-barang kena beli cepatlah ni”, kata Farhan selamba. Serentak dengan itu, Puan Sri Faridah mengangguk.
FARISYA harus akur dengan keputusan Puan Sri Faridah. Lagipun dia tiada ibu bapa, hanyalah peneman kala sunyi iaitu Aisyah. Pesanan ringkas ingin bertemu Aisyah telah dihantar beberapa minit lalu. Nada dering mesej berbunyi, perkataan ‘ok’ dari Aisyah ditelan secara laju oleh Farisya.
Jus nanas di dalam gelas di buat main oleh Farisya. “Betul kau mahu kahwin secepat ini ?”, soal Aisyah. “Herm... Takpe, dia itu saudara aku juga. Sekurang-kurangnya kalau dia buli kau, aku boleh cakap dengan mak aku”, kata Aisyah lalu tergelak. Dia juga senang kerana kawannya bakal menjadi sepupunya!
“DEMI keselamatan kaulah,aku terpaksa kahwin dengan kau seawal ini”, kata Farhan lalu menutup bonet kereta. Bonet kereta dipenuhi barang-barang perkahwinan. “Daripada Norman asyik mengacau kau,baik aku selamatkan kau dulu”, Farhan terus menghidupkan enjin. “Habis itu, kau terpaksa kahwin dengan aku semata-mata nak selamatkan aku dari Norman?”, soal Farisya ada riak duka. Tiba-tiba jiwanya memberontak dengan kata-kata Farhan. “Tak payahlah,aku boleh jaga diri aku sendiri. Kalau betullah kau terpaksa, memang aku salah sebab setuju dengan keputusan Puan Sri”, kata Farisya menahan takungan air mata yang hampir meleleh. “Kau ni kenapa?!”, marah Farhan. “Bukan terpaksalah..... aku memang”, kata Farhan.
PELAMIN yang diselaputi serba coklat cair itu menerangkan mata. Wajah mempelai yang sedang bersanding di atasnya menambahkan seri. Bermulalah era baru bagi mereka berdua. Tiada senyuman diukir,hanya perasaan keliru dan resah yang mendabik di hati.
“Tahniah”, ucap Mak Busu. Tersengih-sengih dia melihat Farhan dan Farisya yang comel berbusana pengantin. “Makin dekatlah hubungan Aisyah dengan Farisya lepas ni”, Mak Busu mengharapkan sesuatu yang lebih besar telah tercapai.
ANGIN menderu-deru. Norman menggigit bibir. Laut kala malam memang menenangkan. Dia menjerit keseorangan. Berita perkahwinan Farisya telah sampai di telinganya melalui mulut-mulut ‘panas’. “Aku tak sanggup berpisah dengan kau,Risya!”, jeritnya lagi. Hatinya dibelenggu kerisauan,cintanya untuk siapa kalau bukan Farisya?
TENTANG Norman merawang di fikirannya. “Eh,aku tidak boleh fikir fasal dia lagi. Macam-macam dia sudah lakukan pada aku!”, Farisya menidakkan. Dia tahu, dia sudah menjadi hak Farhan.
PEDAL minyak ditekan kuat. Misinya hanya satu,dia mahu meragut hati Farisya semula. Cintanya bakal diperjuangkan!
          Fikirannya sempit. “Kau fikir apa lagi itu? Masih ingatkan kekasih kau itu?”,soal Farhan tiada senyuman diukir. Farisya hanya merenung Farhan yang bermuram. “Kau tak suka kahwin dengan aku,kan? Keputusan kau bakal merubah segala-galanya”, Farisya menyentuh lembut lengan Farhan. Jiwanya Farhan tersentap,dia tahu Farisya cuba melupakan Norman. Namun jiwa Farisya masih tidak mahu menolak Norman mentah-mentah lalu digantikan dengan dirinya.
SHARID merenung pejabat Farhan yang kosong. “Apa yang Risya tengah buat sekarang ini, ya?”, Sharid bermonopoli sendiri. Dia sudah terbayang senyuman manis Farisya. “Rid, kenapa masam sahaja muka awak?”,soal Waheeda. “Sharid....”,Waheeda menegur lagi. “Oh,ya? Tiada apa-apalah”, kata Sharid lalu segera keluar dari pejabatnya. “Sharid, papa ajak dinner lagi”, kata Waheeda. “Ayah Zakrul ajak dinner? Ok”, jawab Sharid segera. Hatinya berbunga-bunga,tidak sabar melihat wajah orang kesayangannya. Eh,kesayangan?

“KENAPA masam saja muka cik abang seorang ini?”, Farisya mengurut dagu sambil merenung Farhan. “Geram tahu tak,geram! Papa itu,kita padahal baru kahwin kan. Dia sudah ajak Sharid datang makan malam lagi. Han sebenarnya geram dengan Rid itu, dia kalau tengok Risya....Isy!”, Farhan marah. Farisya sudah tidak mahu masuk campur,apalagi menyampuk. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it