❤Luluhnya Sebuah Ikatan - Bab 7❤
Sunday, 6 October 2013 | 06:03 | 0 love drops
BAB
7
Bunyi
sudu dan garpu yang berlaga membingitkan suasana yang sunyi sepi. Farisya sudah
tidak berani menegur sesiapa. Wajah Farhan yang marah membuatkan dia takut.
Entah mengapa,bibirnya terasa ingin menegur Sharid. Takut dijeling,akhirnya dia
kekal dengan posisi berdiam diri.
“SHARID,
ayah ingatkan nak serahkan projek di Bandar Kelukur itu pada kamulah”, kata Tan
Sri Zakrul kepada Sharid. Puan Sri Faridah, Waheeda dan Farisya hanya mendengar
terlebih dahulu. “Bandar Kelukur? Ayah, projek di Bukit Indah itu pun belum
diuruskan dengan sempurna lagi. Sharid takut Sharid tak dapat melaksanakan
amanah Ayah Zakrul”, kata Sharid lembut. “ Tidak mengapa,Sharid. Projek kita di
Bukit Indah itu akan ayah serahkan kepada Farhan. Kamu ambil alih di Bandar
Kelukur”, Tan Sri Zakrul menyentuh lembut belakang Sharid. Hati Farhan semakin
panas membakar. Ia sungguh mencemar duli. “Bukit Indah? Projek itu sudah
diuruskan selama 3 bulan! Belum siap lagi? Hasilnya pun baru 7/10. Lambat
sungguh Sharid. Padahal itu projek kecil. Bandar Kelukur pula projek super
besar syarikat! Bagilah kat anak kandung dia ini!”, bentak dan amarah Farhan
berbunyi.
Walaupun
digelar pasangan suami isteri, Farhan dan Farisya masih menggelar ‘kau dan
aku’. Mungkin selesa begitu,mereka belum faham. Cinta pun belum jelas
kelihatan, hanya cahaya samar sahaja.
“NAK
belanja apa ini?”soal Farhan. Farisya lalu mengeluarkan senarai belanja dapur
yang ditulis oleh Puan Sri Faridah. “Hermmm?”
“Soronglah troli ini”, arah Farhan
kepada Farisya selepas membayarnya. “Alaa... apa ini? Awak itu
lelaki,soronglah”, Farisya memuncungkan mulutnya. “Aku nak pergi tandas. Kau
jagalah troli tu kat sana. Nanti aku datang”, Farhan segera berlalu sambil
memegang perut. Farisya mengangguk. ‘Perut memulaslah tu!’
FIKIRAN
Farisya merawang-rawang. Tanpa diketahui,tangannya ditarik. Dia mahu berpatah
balik namun tidak boleh. Kekuatan tangan yang menariknya seolah-olah
beribu-ribu kali ganda darinya.
Jantung Farhan berdegup laju melihat
tiada Farisya di situ. Dia cuba mencari Farisya di sekeliling namun gagal. Dia
segera meninggalkan barang-barang yang dibelinya, lalu ke tempat parkir kereta.
MATANYA
melilau-lilau. Satu susuk tubuh mencengkam jiwanya. “Apa sebenarnya dia nak?”,
Farhan tertanya-tanya sendiri. Dilihatnya, Norman sedang memarahi Farisya. Dia
segera bersembunyi di sebuah kereta. “Farisya, sanggup kau kahwin dengan
Farhan? Kau mahukan hartanya sahajakah?”, kata Norman lalu tergelak besar.
Kebetulan,pasar raya itu agak lengang hari itu. “Kau mahukan apa lagi dari aku
lelaki buas?”,Farisya memarahi Norman semula. “Apa kau panggil aku?Lelaki buas?
Apanya yang buas? Daripada kau, merebut harta dunia. Kalau kau bersama aku, aku
janji tidak akan melukakan kau!”, kata Norman sambil mengeluarkan seutas tali.
Norman Yusoff bertindak menggila. Farisya yang terhidu tindakan Norman yang
ingin mengikatnya,cuba melarikan diri. Norman lebih pantas mengikat Farisya.
Seketika kemudian,Norman jatuh terjelepok. Farhan membaling kayu ke tepi. Dia
segera membuka tali ikatan Farisya.
“RISYA
kena buat laporan polis”, Puan Sri Faridah risau. “Betul tu, tak guna
bersimpati lagi. Setiap kali,dia mahu mencederakan Risya. Papa amat
risau,tahu”, Tan Sri Zakrul menasihati. “Memang pun ma,pa. Petang nanti Han nak
bawa Farisya pergi buat laporan. Pagi ini biar dia berehat dulu”, Farhan
berkata. “Nampak ni,melecet. Nasib baik tidak berdarah. Pasti Norman mengikat
Risya dengan kasar!”, Puan Sri Faridah menilik lengan mulus Farisya. Puan Sri
Faridah, seorang ibu yang prihatin. Marah anak? Jarang sekali. Jika anaknya
terluka sedikit pun,silap-silap air matanya yang meleleh.
“SAYA
tidak mahu buat repot polislah!”, kata Farisya. “Kenapa? Orang dah buat kat kau
teruk macam inilah!”, Farhan memarahi Farisya. “Ke kau masih sayangkan dia?! Eh
come on lah! Aku ni suami kau tahu tak... Dia dah nak culik kau tadi!”,
Farhan menengking. Sakit hatinya dengan perangai Farisya yang padanya mengada-ngada
saja. Farisya terkedu. Saat itu dia
merasakan dirinya kosong. Dia tidak sampai hati mahu membuat laporan polis
tentang Norman Yusoff. Sesungguhnya,cintanya pada Norman yang kukuh belum
terhakis habis. “Dah,itu keputusan kau. Tapi kau tak perlu risau,tahulah aku
nak runding dengan mama cakap yang tak jadi nak repot. Kau baring situ
diam-diam. Rehatkan diri,kalau kau sakit aku yang susah!”, nasihat Farhan
sebelum meninggalkan bilik membiarkan Farisya keseorangan bertafakur.
“AKU
dapat rasakan dia dah mula sayangkan aku....Aku pun dah sayangkan dia tetapi,
macam mana nak kikis kasih sayang aku pada Norman? Dan...kenapa aku rasa cukup
selesa berdamping dengan Sharid?”,Farisya mengajukan soalan itu pada dirinya.
“Aku kena terima Han sebaik-baiknya seperti dia menerima aku. Ya!”, Farisya
bermonolog tanpa skrip dirancang.
Meskipun keputusan Farisya untuk
tidak melaporkan Norman di balai polis meragukan keluarga dan kurang dipersetujui
oleh Puan Sri Faridah,keputusannya diterima jua.
“Awak,kalau
saya tiada kat sisi awak. Apa yang terjadi pada awak?”,soal Farisya. Hatinya
berbunga-bunga mahu mendengar jawapan yang positif dari bibir suaminya. Buat
beberapa minit, Farhan termenung membina kosa kata bagi memberi jawapan. “Errr..
soalan jenis apa kau ni?”,soal Farhan kembali. “Apa yang terjadi pada aku?
Macam biasalah... kehidupan aku seperti biasa, tiada kurang tiada lebih”,Farhan memberi jawapan sambil teragak-agak. Tersentap
jiwa wanita Farisya apabila mendengar jawapan Farhan. Wanita itu segera
memalingkan dirinya dari memandang Farhan. Sungguh,hatinya tidak sangka! “Farisya,sebenarnya.....nyawa
aku hilang separuh bila kau tiada di sisi. Apatah lagi jika kau pergi buat
selamanya”,detik hati Farhan. Ingin sahaja dia melafazkan jawapan itu
tadi,namun egonya masih tinggi. Tidak sengaja, dalam tidur hati Farisya
menangis.
Hearts, <$NanaJepperz$>

