❤Cikgu Baru- bab satu❤
Saturday, 16 November 2013 | 05:41 | 0 love drops
Bab 1
Baju kurung Malaysia berwarna ungu campuran hijau dipakai elok oleh Adira.  “Semoga hari ini aku akan menjadi seorang guru yang sempurna!”,Adira menggamit. Tangannya ligat membetulkan tudung gaya Najwa Latiff. “Manisnya aku hari ini!”,dia memuji diri sendiri.
          “Ibu masak nasi lemak hari ni, nak jadikan anak ibu seorang guru yang bertenaga semasa mengajar”,Puan Khadijah mengusik. Adira lantas menghirup air teh o yang disediakan lalu menjamah beberapa sudu nasi lemak. “Ibu,Dira pergi dulu ya”,katanya sambil bersalaman dengan Puan Khadijah. “Awalnya? Baru pukul 7:30”,kata Puan Khadijah berkerut. “Memanglah kena sampai awal sikit,kena lapor diri dulu”,Adira tersenyum manis. Puan Khadijah hanya mengangguk.
          Proton Preve berwarna putih diparkir elok. Bunyi langkah kasut tumit tinggi Adira menjadi perhatian. Senyuman sentiasa dihadiahi buat semua yang memandang. “Tak ramai yang sudah hadir,baru jam 7:45”,Adira masih mengukir senyum.
          Lokman mengeluh ringan. “Mana pejabat ni?”,soalnya sendiri. Sekali sekala, tangannya membetulkan tali leher yang dipakai kemas. Matanya ligat memerhati sekeliling. “Assalamualaikum,awak tahu tak kat mana pejabat?”,suara seseorang membuatkan Lokman terkejut. “Waalaikumsalam saya pun tengah mencari pejabat”,kata Lokman kepada wanita itu. “Oh,saya Adira Dzuhana. Guru baru di sini”,kata Adira sambil berjabat tangan. “Nama saya Adeef Lokman, juga guru baru di sini. Apa kata kita sama-sama ke pejabat?”,Lokman mempelawa. Adira mengangguk perlahan.
          Setelah bertanya kepada seorang pelajar,akhirnya pejabat ditemui. “Cikgu berdua duduk dahulu ya”,kata kerani menjemput mereka duduk.   Penyaman udara  menyelesakan keadaan. “Awak dari sekolah mana?”,soal Adeef Lokman. “Oh,saya guru baru. Memang tak pernah mengajar”,Adira tersengih. “Oh,sekolah ni jadi pengalaman baru awaklah ya Cik Adira Dzuhana”,Lokman tersenyum. “Eh,panggil saya Adira saja”,Adira berkata. “Baiklah. Saya dari Sekolah Tanjung Emas”,Lokman pula memberikan sengihan. “Sekolah elit,tu! Mesti awak banyak pengalaman”,kata Adira teruja. “Banyak? Saya baru dua tahun mengajar”, Lokman berkerut. “Adalah juga pengalaman”.
          “Selamat datang Cikgu Adira Dzuhana dan Cikgu Adeef Lokman. Saya Cikgu Rezzal   Hakim,guru besar di sini mengucapkan selamat datang bagi anda berdua”,guru besar tersenyum. “Jadi,cikgu berdua dah tahu subjek apa yang bakal diajar. Saya beritahu sekali lagi ya,Adira mengajar subjek Matematik dan Lokman pula mengajar Bahasa Melayu”,Tuan Rezzal   Hakim berkata. “Saya akan suruh Cikgu Risa tunjukkan kelas. Anda berdua ajar darjah enam”.
          “Okey,saya tunjukkan semua kelas darjah enam dahulu ya”,Cikgu Risa mengukir senyum buat Lokman dan Adira. “Darjah enam ada empat kelas sahaja. Iaitu Enam  Almera, Enam Vios, Enam Civic, Enam Corolla”,Cikgu Risa terus berbicara.
          “Kelas Enam Almera merupakan kelas pertama. Semua murid di dalam kelas itu mendapat markah sempurna iaitu semua A. Mereka juga selalu mengadakan lawatan sambil belajar dan selalu mendapat penghargaan dari pihak luar dan dalam sekolah”,Cikgu Risa masih menerangkan. Kelihatan murid-murid kelas itu sedang tekun mendengar ajaran guru dengan pensel di tangan. “Tekun betul mereka belajar”,Adira memberi pendapat. “Ya, kelas inilah kelas terbaik di dalam daerah”,Cikgu Risa kagum. “Mereka lebih pandai daripada anak murid saya sebelum ini”,Lokman bercanda. “Kelas Enam Vios adalah kelas kedua,Enam Civic kelas ketiga,dan Enam Corolla pula adalah kelas tercorot namun pelajar di dalam Enam Corolla ini adalah anak hartawan lagi jutawan!”, Cikgu Risa tersenyum. “Kaya tak guna kalau ilmu tak ada”, Cikgu Lokman memberi tanggapan. “Kelas Enam Corolla selalu memenangi Anugerah Sumbangan Kelas PIBG setiap tahun namun pelajarnya nakal-nakal”,Cikgu Risa berkata. “Mungkin terlalu dimanjakan”,Lokman menduga lagi. “Baiklah, Adira akan mengajar kelas Enam Almera dan Lokman akan mengajar kelas Enam Corolla”,kata Cikgu Risa sebelum menyerahkan jadual mengajar kepada mereka berdua. “Kelas tercorot?!”,membuntang mata Lokman.
          “Selamat pagi,cikgu!”,ucap ketua kelas Enam Almera lalu diikuti pelajar lain. “Selamat pagi,nama saya Cikgu Adira Dzuhana. Umur saya 26 tahun. Saya guru baru di sini,juga sekolah pertama yang saya ajar. Saya harap kamu semua dapat memberikan kerjasama yang baik kepada saya”,Adira memberi ucapan. “Nama saya Siti Fatimah,cikgu boleh panggil saya Fatty. Cikgu akan mengajar subjek Matematik?”,soal Fatty. Adira mengangguk. Dia sudah merasakan sesi pengajarannya hari ini pasti akan berjalan lancar.
           “Selamat pagi!”,ucap Lokman sebelum pelajarnya mengucapkan. Masih tiada seorang pun pelajar Enam Corolla memberi tumpuan. “Kelas!”,jerit Lokman. Semuanya terdiam. “Bagus, nama saya Cikgu Adeef Lokman. Saya berumur 27 tahun. Saya pernah mengajar di sekolah elit,Sekolah Tanjung Emas selama dua tahun”,Lokman juga memberi ucapan. “Sekarang cikgu mengajar di kelas elit!”,jerit seseorang. Selepas itu,semua murid membuat kerja sendiri. Lokman panas hati. Matanya memandang kelas itu. Meja dibalut dengan alas meja berspan berwarna Royal Blue. Dinding bercat dengan warna emas.  Siling penuh dengan kata-kata semangat yang berwarna-warni. Lantai dibaluti dengan tikar baldu bercorak floral. Di belakang kelas, ada rak buku mewah yang penuh dengan buku-buku. Juga ada air pancut kecil di atas meja hiasan dengan ikan-ikan kecil yang berenang-renang.  Mahu masuk kelas itu pun, kena menanggalkan kasut.  “Sungguh selesa kelas ini,tetapi tidak tenang”,kata Lokman. Lokman sudah pun berdiri di belakang kelas untuk melihat reaksi pelajarnya. Tiada seorang pun yang mengeluarkan buku teks Bahasa Melayu.  “Cikgu nak kamu semua keluarkan buku teks,sekarang! Masa kita tinggal 30 minit!”,pekik Lokman. ‘Aduh,baru masuk kelas sudah terjerit-jerit!’,detik hati Lokman. Semua pelajar mengeluarkan buku teks. Lokman mula melangkah ke hadapan kelas. “Okey,saya nak awak baca petikan itu”,Lokman menuding jari kepada seorang pelajar. “Apa nama awak?”,soal Lokman lembut seraya pelajar itu bangun. “Nama saya Zakwan Shoriff,cikgu boleh panggil saya Zack”,Zack memperkenalkan dirinya lalu membaca petikan.
           “Kelas,saya nak cakap. Boleh tak kamu semua memberikan tumpuan semasa saya mengajar? Hormatilah saya ni. Saya tak akan marah-marah di dalam kelas jika kamu berperangai baik”,Lokman menasihati Enam Corolla. “Kamu sendiri tahu pencapaian kelas kamu,kan? Saya mahu ubahnya, Bahasa Melayu ini subjek penting! Kamu kena skor”,Lokman meneruskan hujahnya.
“Cikgu,cukuplah tu membebel”,seorang pelajar perempuan menegur. “Siapa nama kamu?”,soal Lokman. “Nama saya Iris Mawar binti Tan Sri Khalid”,kata pelajar itu selamba. “Baiklah,sekarang saya mahu kamu semua memperkenalkan diri masing-masing”, Lokman berkata lalu mengeluh.
           Enjin Preve dihidupkan,lalu Adira  melangkah menuju ke bonet kereta. Bersandar sendirian. “Assalamualaikum”,suara Lokman mematikan angan Adira. “Waalaikumsalam cikgu”,Adira menjawab salam. Lokman tersengih. “Macam mana dengan kelas hari ini?”,soal Adira. Kebetulan,kereta mereka diparkir bersebelahan. “Teruk,sangat teruk. Pelajar kelas itu tidak adalah degil sangat. Cuma,kurang ajar dan tidak memberi tumpuan penuh. Risau saya”,Lokman mengeluh berat. “Oh,kalau ada apa-apa nak saya tolong. Cakaplah ya”,Adira tersenyum. “Iyalah,saya balik dulu”,kata Lokman. Selepas beberapa minit, Toyota Camry milik Lokman sudah meluncur keluar pagar sekolah. Adira melirik jam di tangannya.

          Mata Lokman tidak boleh terpejam. “Bagaimana aku nak  menjadikan pelajar Enam Corolla itu menjadi baik akhlaknya?”,soal Lokman sendiri.  Jarinya dimainkan. “Mungkin aku kena kaji sifat mereka. Yalah,mereka kan manja-manja semuanya. Aku juga tak patut terlalu garang di dalam kelas. Memberi sedikit kebebasan kepada mereka?”,Lokman berteka-teki sendiri. Tanpa disedari,dia telah pun dibuai mimpi.

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it