❤Luluhnya Sebuah Ikatan-bab 10❤
Saturday, 9 November 2013 | 21:56 | 0 love drops
BAB 10
“Kau tak boleh lari
daripada aku lagi,Isya!”,Norman ketawa puas. “Aku dah tahu rumah kau.
Sekarang,aku akan cari kau kat mana kau berada”,Norman tersenyum jahat. “Biar
suami kau salah sangka. Aku akan cari jalan untuk kau berpisah”,sekali lagi
lelaki itu tersenyum jahat.
PAPAN tanda Pantai
Batu Kikir menggembirakan hati Farisya. “Terima kasih awak bawa saya ke
sini”,Farisya mengucapkan terima kasih sebelum berlari menuju ke pantai. “Amboi,
terima kasih terus lari. Memang nak kena ni”,Farhan sudah tersenyum nakal.
Sedang menikmati ketenangan
pantai,tiba-tiba Farisya berasakan tubuhnya dipeluk dari belakang. Farisya
serta-merta mematikan lamunannya. “Han..”,tegur Farisya sambil memusingkan
tubuh badannya membuatkan pelukan terlerai. Jantung wanita itu berdegup laju
apabila insan yang memeluknya tadi bukanlah Farhan,tetapi... “Apa kau
nak?”,soal Farisya. “Sesuka hati je memeluk isteri orang!”,Farisya menolak
Norman Yusoff. “Sayang.. tak payah nak sebut istilah isteri-isteri tu lah”,
Norman mula mengejar Farisya yang berlari anak untuk menjauhkan diri dari
lelaki itu. “Kita main kejar-kejar macam dulu kan,sayang..”,Norman mengaut
tangan wanita itu. “Lepaslah,orang nampak!”,Farisya mula memekik. Norman masih
tidak mempedulikan. “Pagi lagi ni,mana ada orang. Baru pukul sembilan...”,kata
Norman lalu menarik Farisya ke dalam dakapannya. ‘Mana Farhan?’,hanya itu yang
terdetik di hatinya. Norman lantas menarik Farisya menuju ke keretanya. “Jom
sayang!”, Norman mengarah. “Man,lepaskan aku! Norman Yusoff!”,Farisya merasakan
dirinya longlai. “Hoi!”,seorang lelaki datang menumbuk Norman.
“Sharid!”,Farisya terkejut melihat kedatangan Sharid menyelamatkannya. “Siapa
ni,Risya? Hero baru kau? Nampaknya kau memang tak cukup satu jantan!”, Norman
memberikan sekepal tumbukan untuk Sharid. Dengan rasa tercabar, Sharid
membelasah Norman sehingga tak terdaya untuk bangkit. “Farisya!”,jerit
seseorang. Tubuh Farhan yang baru muncul dipeluk erat. Bagai tidak mahu
dilepaskan,takut dengan kejadian tadi. “Apa yang berlaku?”,soal Farhan membalas
pelukan. “Mana kau pergi,Han?”,soal Sharid. “Sharid,apa kau buat kat
sini?”,soal Farhan. “Apa aku buat kat sini?! Untung aku ada. Harapkan kau
menjaga Risya memang tak adalah! Aku yang selamatkan Farisya dari lelaki tu!Kau
pergi mana,Farhan?!”, Sharid menggenggam sekepal penumbuk. Lelaki tu? Siapa?
Wajah Norman yang sudah terbaring memanaskan hati Farhan. Lalu Farhan menghadiahkan
lelaki buas itu dengan tumbukan sepenuh tenaga. Farhan lantas membawa Farisya
pergi dari situ tanpa berkata apa-apa. “Terima kasih pun tak ada,kan
Han?”,Sharid mendengus geram.
FARISYA masih
menangis. “Awak pergi mana tadi?”,soal Farisya. “Maafkan aku, tadi aku pergi
tandas”,Farhan rasa bersalah. Niatnya ingin bergembira menjadi duka. “Lain kali
awak jangan tinggalkan saya seorang diri...tolonglah”,Farisya masih
tersedu-sedu. “Kau jangan risau, aku minta maaf sangat. Kali ni kau memang kena
buat repot”, Farhan mengusap kepala Farisya. Wanita itu mengangguk lalu
kepalanya direbahkan ke bahu Farhan. “Sudah tu,aku ada. Kau jangan takut
lagi”,Farhan mengucup dahi Farisya. Kali terakhir Farhan mengucup dahi wanita
itu adalah semasa akad nikah. ‘Norman,kali ini kau tak akan lepas. Nasib juga
Sharid ada’, Farhan mengeluh kecil.
Semua yang berlaku diceritakan satu
persatu oleh Farisya. Puan Sri Faridah sudah risau. “Ya Allah...Farhan,mama
minta lain kali kamu temani Risya senantiasa ya”,Puan Sri Faridah mengusap
belakang Farisya. “Han tahu mama, Han menyesal sangat-sangat tinggalkan Risya
tadi”,Farhan menggenggam tangan mulus isterinya. “Awak tak salah... “,Farisya
merebahkan kepalanya ke bahu Farhan. “Buat repot ya”, Puan Sri Faridah memujuk.
Farisya mengangguk. ‘Ya Allah,kau lindungilah orang yang aku sayang dari
bencana’,doa Farhan di dalam hati sambil merenung wajah letih Farisya.
“Norman dah pun diberkas oleh polis”,
Tan Sri Zakrul berkata sambil tersenyum lega. “Alhamdulilah,sekurang-kurangnya
selamat Farisya buat masa ini. Mama rasa lelaki macam Norman itu memang
psiko”,Puan Sri Faridah membuat andaian. “Memang,seandainya Risya boleh jumpa
Farhan sebelum jumpa dia. Mesti tak jadi macam ni”, Farisya tersenyum segaris.
“Dah,tak perlu risau lagi. Kamu berdua akan berbulan madu minggu depan”,Tan Sri
Zakrul menepuk bahu Farhan perlahan.
“Kenapa tak tidur?”,soal Farisya
apabila melihat Farhan termenung di birai katil. Farhan masih membatu.
“Awak”,Farisya menegur. Lelaki itu masih mendiamkan diri. “Saya tidur
dululah”,malas mahu melayan,Farisya mahu memejamkan matanya dahulu. “Aku minta
maaf tau”,Farhan mengambil tempat di sisi Farisya. “Untuk?”
“Insiden siang tadi”
“Oh,tak ada apalah cik abang”
“Maaflah”
“Tak ada apa-apalah. Bukan salah awak
pun,salah saya sebab pernah bercinta dengan lelaki macam tu”,Farisya tersenyum
hambar. “Jangan nak salahkan diri sendiri,ya. Risya pun tak tahu kan yang
Norman akan buat macam tu”,Farhan melirik mata isterinya. Farisya bingung,dia
merenung anak mata Farhan. Terjelas riak ikhlas dari mata itu. Dia keliru,
jujurkah perasaan kasih itu? Sungguh,dia cukup takut Farhan juga persis Norman.
“JOM makan”,ajak
Farisya. “Masuk tak ketuk pintu. Tiba-tiba terus ajak makan”,Farhan berkata serius.
Haha...comel wajah Farisya mencebik! Farhan sengaja mendengki isterinya.
“Yalah,saya lupa pula kat pejabat kan saya ni pekerja. Kat rumah je baru isteri
kan. Ok,tak apalah. Ajak orang lain”,Farisya menapak keluar dari bilik Farhan
dengan hati yang kusam. Aik?! Merajuk ke?
Farisya menapak masuk ke dalam bilik
pejabatnya. Hatinya mengeluh sendiri. Niatnya hendak makan terbantut. Perut
yang menyanyi kelaparan tidak dipedulikan. Lantas tangannya mencapai fail yang
belum disiapkan. “Farisya.. jom kita
keluar makan”,suara seseorang mengejutkan Farisya. “Sharid..tak apalah! Saya
tak lapar,pun”,Farisya berkata sambil mengukir senyuman plastik. “Tak lapar?
Saya dengar ajakan awak tadi ditolak mentah-mentah oleh Farhan”,Sharid
tersenyum sinis. “Sharid, Risya keluar makan dengan aku”,Farhan menerjah masuk.
Lantas itu,Farhan terus menarik tangan Farisya keluar dari bilik pejabat itu.
LANGIT memuntahkan
hujan yang membasahi rumput-rumput di bumi yang menjadi makanan asasi haiwan
ternakan. Farisya membuang pandang ke luar tingkap kafe. “Makanlah,tadi sibuk
sangat”,Farhan menegur Farisya yang berangan. “Kalau tak ikhlas baik tak
payah”,Farisya mencebik. “Kau ni
kenapa?”,geram pula melihat wanita itu. Tak ada apalah. Saya dah kenyang pun,
dah saya nak balik pejabat”,Farisya terlebih dahulu memulakan langkah. Farhan
terkesima,rasa bersalah menyerbu dirinya. Juga rasa marah mencengkam hatinya.
“Saya nak ambil kereta”,Farisya
mencapai tas tangannya. “Kau naik
apa?”,soal Farhan. “Teksi”,jawab Farisya pendek. “Tak payah, kereta itu biar je
kat sana. Kau pergi mana-mana dengan aku je”, Farhan mengarah. Farisya kembali
meletakkan tas tangannya semula. Tangannya ligat membuka tudung yang tersarung
di kepala. “Cuba bercakap dengan aku!”,Farhan menarik tangan Farisya. “Awak nak
saya cakap apa?”,soal Farisya perlahan. Cuba menabahkan hatinya. “Kau ni
kenapa? Fasal benda kecil pun nak merajuk-rajuk?”,Farhan mencapai tangan mulus
Farisya. “Bila masa saya merajuk? Perasaan awak je tu”,Farisya tersenyum nipis. “Awak,kalau awak rasa saya menyakitkan hati
awak sekarang ni. Saya minta maaf,ya. Cuma saya ni manusia biasa, susah nak
kawal perasaan”, Farisya bertutur lembut. “Aku tak sengaja tadi. Yalah,aku
ingatkan... Dahlah tu, kau jangan nak merajuk bagai ya”,Farhan mengucup dahi
wanita itu. “Awak sayangkan saya secara jujur ke?”,soal Farisya. “Soalan jenis
apa ni? Kau tak percayakan aku, tulus
aku cakap aku sayangkan kau”,Farhan menunduk. ‘Cara bercakap masih
gunakan kau-aku’,detik hati Farisya. “Sayang? Bukan cinta,kan yang lahir dari
hati kau?”,soal Farisya lalu menguntumkan senyuman mawar buat Farhan. Farhan
terkesima,dia ni kenapa?
“Waheeda, papa ingat nak jodohkan
kamu dengan Sharid”,Tan Sri Zakrul tersenyum menanti jawapan positif dari
puterinya. “Sharid?”,soal Waheeda. ‘Inilah masanya untuk aku ikat Sharid, cinta
hatiku itu’,Waheeda terdetik. “Eda sebenarnya dah lama sukakan Sharid,pa.
Tetapi,Eda tahu Sharid sukakan Kak Risya”,Waheeda mengeluh. Benar,dia tidak
pernah marahkan Farisya meskipun cemburunya menggerutu. “Waheeda, tak mungkin
Sharid nak khianati Farhan. Eda sukakan Rid? Nanti papa melamar Sharid dulu”,Tan
Sri Zakrul menenangkan hati anaknya. Jika benar begitu,Sharid sudah mengkhianati
keluarga!
“MAMA,sebelum pergi honeymoon.
Han dengan Risya balik kampung,ya?”,pinta Farhan lalu tersengih. “Aik? Biasa
bukan main liat lagi kaki tu nak cecah tanah kat kampung. Ini dah bersemangat
pulak!”,Puan Sri Faridah pelik. “Hehe hehe,nak singgah rumah Mak Busu kejap.
Lagipun masa majlis tu kan,nenek pesan suruh balik kampung”,Farhan masih
tersengih membawa makna.
“Han dengan Risya balik berdua je
lah. Lepas tu,terus pergi berbulan madu. Kan,senang?”,Tan Sri Zakrul merancang.
Farisya dan Farhan hanya mengangguk. Farisya mengukir senyum bermakna. Aisyah
pun pulang ke kampung. Cuma bezanya, dahulu balik bersama Aisyah teman setia
namun sekarang balik bersama Farhan Farisz,encik suami!
Hearts, <$NanaJepperz$>

