❤Luluhnya Sebuah Ikatan- bab 11❤
Saturday, 23 November 2013 | 04:29 | 0 love drops
BAB 11
“Farhan,dah sampai pun kamu!”, Nek Dhijah bersalaman dengan cucunya dan Farisya.  “Risya nak pergi rumah Mak Busu ya?”,soal Nek Dhijah. Farisya mengangguk lalu mengikut jejak langkah wanita tua itu.
          “Eh,eh! Sesedap perisa je dia tinggalkan barang dia kat sini. Akulah yang menjadi mangsa,kena mengangkatnya!”,kata Farhan yang terpaksa mengangkat beg-beg yang dibawa bersama.
          Papp! Sekali lagi Farisya menjadi seorang pembunuh nyamuk. “Apa pasallah banyak pulak nyamuk malam ni!”,Farisya merungut.  “Hoi,kau tak reti nak duduk diam ke?”,Farhan menjeling tajam. Farisya berdehem. ‘Hisyy...dia ni! Aku panggil Raja Nyamuk gigit hisap darah dia nanti baru tahu!’,detik hati Farisya.    
          “Awak,boleh tak sopan sikit dengan saya?”,Farisya bertanya. “Kau nak aku sopan macam mana lagi haa?”,Farhan mencebik. “Yalah,awak bahasakan kau-aku. Tak boleh ke jadi sopan sikit?”,Farisya berkata lembut. “Habis nak cakap apa? Nak berabang-abang?”,soal Farhan lalu tersenyum sinis. Farisya membisu. ‘Eee...geli je abang-abang ni? Menyesal aku tanya soalan sopan santun ni’,gamit Farisya. “Nak bersayang-sayang memang tak adalah!”,Farhan menidurkan dirinya. Terguris hati Farisya mendengarnya.  “Ya,saya tahu. Tak sangka pulak saya bertepuk sebelah tangan selama 6 bulan ni”, Farisya memalingkan wajahnya.  Farhan terkesima. Aik,dia ni? Serius ke dia suka aku? Cehh..Farhan,Farhan! Malulah aku nak cakap feeling aku ni, tetapi confuse aku. Adakah dia main-main atau betul suka,ya?
          Farisya baru lepas pulang dari rumah Mak Busu. Terkejut apabila Aisyah memberitahu yang dia terpaksa membocorkan alamat kepada Norman. Namun Norman sudah diberkas,jadi Farisya tidak memarahi Aisyah. Dia juga faham situasi rakannya.
          Farhan menepuk bahu Farisya lalu duduk berdepan dengan wanita itu. “Marah ke?”, Farhan tersengih. Farisya mendengus kasar,hatinya masih belum sejuk walaupun dicurah sekilo ais akan perkara malam semalam.  Sakit hatinya jiwanya menduri tebal. “Petang ni nak berbulan madu,awat masam mencuka je?”,Farhan masih meneruskan sengihan dengan harapan Farisya cair dengan wajah comelnya yang tak berapa comel tu. Farisya lekas-lekas masuk ke dalam bilik.
          “ Haih....ini  merajuk soal semalam ke? Atau sebab  kita honeymoon dekat-dekat sini je?”,Farhan mengerutkan dahi. Tangan Farisya laju melipat pakaian lalu memasukannya ke dalam  beg pakaian. “Pandang saya!”,Farhan menarik wajah Farisya supaya memandangnya. “Haa...boleh pun awak bercakap guna saya—awak. Akhirnya!”,kata Farisya sebelum tersenyum sinis. “Oh,itu je lah sebabnya.. Nak bersaya—awak? Okey, saya akan tunaikan. But,make sure don’t sulking”,kata Farhan lalu tersenyum gembira. “Itu bukan sebabnya! Semalam,awak cakap dengan saya macam saya ni tak ada perasaan. Kenapa ya awak kahwin dengan saya?!”,Farisya membentak.  Suaranya sedikit dilantangkan namun tidak terlalu kuat,takut juga didengari oleh Nek Dhijah. Farhan membulatkan matanya. Marahnya membuak-buak. Dengan niat ingin memujuk sudah tiada. Hatinya cuba dikawal. “Saya bukan nak menderhaka dengan suami sendiri. Tapi,kenapa awak tak reti nak menghargai saya? Saya mula rasakan awak sayangkan saya,tapi adakah sayang itu hanya macam seorang saudara dan bukan sayang sebagai seorang suami kepada isteri?”,ujar Farisya perlahan. Lama-kelamaan,air matanya gugur membasahi pipi. “Saya serba salah dengan  perasaan saya sekarang ni. Saya sangat takut awak seperti Norman. Tapi sejujurnya,saya sungguh mencintai awak. Saya tak boleh nafikan perasaan sayang saya itu, namun saya tak tahu isi hati sebenar awak. Selama ni,saya cuma anggap positif. Yang awak cakap negatif,saya akan selimutkan negatif itu dengan yang menyejukkan hati saya. Saya fikir belum sampai masa awak meluahkannya. Tapi kini,saya nak awak buat pengakuan sendiri. Sama ada awak mencintai saya atau hanya bertopeng semata-mata!”,anak mata Farisya bagaikan pemanah yang mengenai tepat ke jiwa Farhan. Wajahnya memerah. Tangannya hampir sahaja melempang isterinya. Paling sakit hati,Farisya ingin menyamakannya dengan Norman Yusoff! “Kalau awak nak menampar,melempang saya sekarang. Silakan... saya tak nak  awak menyesal sebab perlu berlakon mencintai seorang isteri yang perasan suaminya mencintai dia!”,Farisya meluahkan segala yang terbuku di jiwanya. “Memang awak layan saya baik,tapi hati awak saya tak tahu. Jadi,tolong bersumpah di hadapan saya tentang perasaan awak”,Farisya sudah terduduk. Tak mampu mengawal tangisnya kala itu. 
          Perjalanan ke  Pantai Redang yang mengambil masa 3 jam  sunyi sepi. Savvy yang dipandu juga pasti kesunyian kerana pemandu dan penumpangnya hanya membisu. Farhan mulai bosan. Tangannya menjalar untuk menyentuh tangan Farisya. Farisya menarik tangannya. “Awak jangan buat saya macam ni”,Farhan berkata lembut dengan tujuan memujuk. “Awak tak jawab soalan saya tadi lagi kan. Jawab pun tidak,apa lagi nak bersumpah”,Farisya tersenyum sinis. Farhan menabahkan hatinya, adakah dia sudah bersedia berterus terang? Tekaknya terasa kelat untuk berkata-kata. “Fokus memandu”,tegur Farisya apabila melihat Farhan gelisah.
         Pantai Redang dipandang luas. Tiba-tiba mindanya mengaitkan kisah dia hampir diculik dengan Norman. Dia terbayang.... dia menjerit lantas memeluk Farhan yang berada berhampirannya. Farhan tersenyum,mungkin dia sudah okey,detik Farhan riang. Farisya meleraikan pelukan,malu menyerbu dirinya. Farisya meneruskan langkah kakinya yang tadi terhenti. “Farisya!”,pekik Farhan sambil mengejar isterinya dengan wajah berkerut. “Saya bersumpah,saya sangat mencintai awak. Saya tak sanggup berpisah dengan awak,sehari tak mendengar suara awak melemahkan saya.  Maafkan saya jika berkasar selama ni,ego menguasai saya. Maafkan saya jika tak menjadi suami yang baik,tapi saya akan pastikan awak tak menangis lagi. Saya bersumpah saya mencintai awak!”,kata Farhan sebaik sahaja menggapai lengan Farisya. Hati Farisya tidak keruan. Lantas wanita itu meninggalkan Farhan yang terpinga-pinga. ‘Kenapa dia berfikir panjang sebelum memberitahu aku perasaannya? Adakah sumpahnya tadi cumalah permainan sahaja?’,hati Farisya berbisik sendiri.
          Selesai memasukkan pakaian ke dalam almari,Farisya mendekati Farhan. “Maafkan saya jika saya melukakan hati awak. Saya bukan memaksa awak,cuma saya nak tahu keikhlasan awak je”,Farisya menundukkan wajahnya. “Saya ikhlas Risya. Saya sayang awak sama macam saya sayang diri saya sendiri,malah lebih lagi”,Farhan tersenyum dengan penuh ikhlas. “Saya percayakan awak”,Farisya berkata lalu tersenyum manis. “Lagi satu,terima kasih sebab dah berbudi bahasa sikit sekarang ni”,Farisya tersengih.
“MACAM manalah dia orang agaknya,kan?”,soal Puan Sri Faridah kepada Tan Sri Zakrul. “Awak ni pun kan. Mestilah okey,gembira je kat sana,lagipun dia orang bukan pergi jauh mana pun”,Tan Sri Zakrul menggeleng kepala. “Saya risaulah pulak. Takut-takut Norman tu dah keluar ”,Puan Sri Faridah mengagak. Tan Sri Zakrul terdiam,ada benar juga kata-kata isterinya itu.  
          “Tak nak mandi ke?”,soal Farhan. Farisya masih diam. “Hei,Cik Farisya!”,kata Farhan lagi. Aik,merajuk semula ke? Farhan menolak tubuh isterinya. “Apa main tolak-tolak ni?!”,Farisya memekik. “Dreaming girl”,Farhan memandang ke arah laut. ‘Fuh,berangan je. Ingatkan merajuk lagilah tadi..’,jiwanya lega.
          “Jom!”,ajak Farhan. Farisya terbangun. “Nak pergi mana Han?”,soalnya kalut. “Saya nak pergi tandas ni!”,Farhan menarik tangan Farisya sambil memegang perut. Farisya tergelak kecil. “Pergilah,yang suruh saya ikut kenapa?!”,Farisya tertanya-tanya.  “Saya tak nak tinggalkan awak sorang-sorang kat sini. Saya takut hal lama terjadi lagi,awak tunggu je lah depan tandas tu. Borak dengan mak cik cleaner ke?”,Farhan segera menarik Farisya. Farisya hanya menurut,ada betul juga cakap Farhan tu.
          Farisya mulai bosan menunggu Farhan. Sekali sekala dia kurang senang dengan sekumpulan lelaki yang asyik memandangnya. Pokok yang menjadi tempat berteduhnya,dipetik daunnya. Fikirannya melayang. “Hai cik adik,buat apa kat sini?”,soal seorang lelaki yang memakai kemeja biru juga dari kumpulan lelaki yang asyik memerhatinya tadi. “Jomlah mandi laut!”,ajak seorang lagi. Lama-kelamaan, kelima-lima orang lelaki itu sudah mengelilinginya dengan pelbagai ajakan. Farisya risau lelaki itu ingin mengapa-apakan dirinya,atau menculik seperti Norman?! “Jangan kacau dia”,tepis seseorang apabila tangan lelaki berkemeja biru tadi mula mahu menyentuh bahu Farisya. “Han...”,Farisya segera menyorok di belakang suaminya. Kebetulan, tiada sesiapa yang lalu lalang di tandas waktu itu. “Kau siapa,hero ya?”,lelaki itu menyoal lagi seraya mencuit pipi Farisya. “Hero,ya? Aku suami dia”, Farhan tersenyum sinis. Serta-merta riak wajah mereka berubah. “Tipulah ni,sekarang orang nak selamatkan perempuan memanglah mengaku suami!Dah jom ikut aku!”,arah lelaki berkemeja biru itu lagi sebelum merentap Farisya daripada Farhan. Dia mulai berang. Tumbukan diberikan kepada lelaki itu. “Aku dah cakap elok-elok,jangan kacau isteri aku!”,kata Farhan sebelum meninggalkan mereka berlima yang tercengang. “Kau kacau isteri oranglah!”,kedengaran salah seorang daripada mereka berlima berkata begitu.
 PINTU gelongsor ditarik perlahan. Angin malam yang menyegarkan menyerbu. “Hmmm”,Farisya termenung sendirian. “Okey tak ni?”,soal Farhan. Farisya mengangguk. “Tak ada apa pun. Nasib baik awak cepat datang”,Farisya tersengih. “Hermm...bertuah betul saya ni kan?”, Farhan berkata sendiri. “Kenapa?”,soal Farisya kembali. “Yalah,tengok awak. Semua orang nak kacau awak,nak rebut awak daripada saya. Bukan setakat Norman saja,Sharid pun nak cuba rampas awak daripada saya. Orang sekeliling pun terpikat dan nak mengacau awak. Saya beruntunglah kan?”,Farhan menerangkan. Farisya hanya tersenyum. “Sayang..”,Farhan berkata membuatkan Farisya tersentak. Farisya merenung mata suaminya dalam-dalam. Adakah dia sedang bermimpi? “Sayang!”,panggil Farhan apabila melihat isterinya merenung wajahnya. “Kata tak nak sayang-sayang dengan kita. Ya,kita ni siapa? Tapi sekarang ni terbalik pula”,Farisya memerli. Farhan tersengih. Farisya meninggalkan dirinya sendirian di balkoni. ‘Ya Allah,kau berikanlah kami kebahagiaan buat selamanya’,doa Farhan di dalam hati.
          Sharid termenung sendiri. Waktu makan tengah hari dibiarkan berlalu. “Adakah aku dah kalah?”,gumam Sharid sendirian. “Mungkin sudah ditakdirkan Farisya hanya milik Farhan”,Sharid memejamkan matanya,menghilangkan tekanan yang dirasai. Tiba-tiba dia teringat akan sampul surat yang diberikan oleh pekerja kepadanya. “Surat apa ni?”,soal Sharid. Membulat mata Sharid tatkala membacanya. Dia keliru,sama ada mahu mengukir senyuman atau mengurut kepala kebimbangan.
          Waheeda masih merenung skrin telefonnya. “Betul ke apa yang aku dah buat?”, Waheeda mengeluh sendiri. Adakah tindakannya membawa faedah,atau hanya akan lebih menggores hatinya?
          Nasi lemak yang dihidangkan di depan mata hanya dijamah beberapa sudu. “Kenapa ni, Risya?”,soal Farhan. Sengaja dia memesan supaya makanan dihantar ke biliknya,kerana melihat Farisya yang tidak bermaya. Farisya menggeleng kepalanya. Farhan melekapkan tangannya di dahi wanita itu. “Pening kepala,eh?”,Farhan lantas mengeluarkan sebotol minyak angin kecil lalu menyapukannya. “Hari ni tak payah turun laut lah,ya?”,Farhan memujuk. Farisya menggeleng lagi. “Nak...rugilah”,Farisya melentokkan kepalanya ke bahu Farhan. “Boleh tahan ke?”,soal Farhan risau. Farisya mengangguk. Risau juga jika isterinya itu pengsan,nanti.
          Farisya tersenyum melihat Farhan yang sedang menaiki jet ski. Seketika kemudian,Farhan tiba di hadapannya. “Nak naik banana boat?”,soal Farhan. Farisya menggeleng. “Awak, saya minta maaf ya. Yalah, kita datang sini nak happy happy. Saya pula boleh sakit”,ujar Farisya lembut. “Bukan salah awak,penyakit datang tak beri salam dulu tau. Lagipun, dah empat hari kat sini. Tengah hari dah nak balik dah. InsyaAllah,dalam pukul 3 petang kita sampai. Saya nak bawa awak ke klinik”,Farhan menjelaskan. “Tak payahlah nak ke klinik bagai. Saya bukan sakit teruk pun”,Farisya membuat wajah cemberut.  “Sebab tak teruklah saya tak nak ia jadi lebih teruk,Cik Farisya Dahlia”,Farhan mencuit hidung isterinya.
MATA Waheeda ralit membaca mesej daripada Sharid. “Terima kasih sebab mencintai saya, Waheeda. Saya akan fikirkan jawapan untuk awak J”,diulang-ulang oleh Waheeda mesej itu. Matanya menunjukkan riak gembira,hatinya mula reda dengan apa jawapan Sharid.
        “Awak,berhenti kejap. Berhenti,awak!”,Farisya menjerit. Farhan segera memberhentikan kereta di tepi jalan. “Kenapa, Farisya?!”,soal Farhan terkejut. Isterinya itu telah pun keluar dari kereta. “Awak....awak okey tak ni?”,soal Farhan apabila melihat isterinya itu termuntah. Beberapa saat kemudian,Farisya rebah dan Farhan sempat menyambutnya.
          “Kita dah nak sampai ke?”,soal Farisya sebaik tersedar. “Dah dekat dah ni,saya rasa lebih baik saya bawa awak ke klinik dulu baru balik,ya?”,Farhan tersenyum menyelimutkan kerisauan yang menggerutu di hatinya. Farisya mengangguk perlahan. Tubuhnya terasa begitu lemah. Wajah Farhan berkerut sejuta. Farisya menghamburkan tawanya. “Awak,kenapa muka awak gelabah je ni?”,Farisya sempat mengusik. “Orang risau tau tak!”,Farhan menjeling. “Saya okey”.


             

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it