❤Luluhnya Sebuah Ikatan -Bab 12❤
Sunday, 24 November 2013 | 04:58 | 0 love drops
BAB 12
“ASSALAMUALAIKUM,mama!”,pekik Farhan seolah-olah Puan Sri Faridah jauh seribu batu. Tangannya memimpin Farisya. “Mama!”,pekik Farhan lagi. Beg pakaian dibiarkan di dalam kereta. “Iya,Farhan. Apa jerit-jerit ni?”,Puan Sri Faridah datang dari dapur. “Mama, Han ada berita gembira ni!”,Farhan menggenggam erat tangan mamanya. “Apa abang? Eda nak dengar juga!”,Waheeda  terkedek-kedek berjalan ke arah Farhan. “Farisya dah mengandung dua bulan!”,Farhan berkata sedikit menjerit. Puan Sri Faridah dan Waheeda segera  memeluk Farisya dengan penuh kasih sayang. “Alhamdulilah!”,Puan Sri Faridah tersenyum. ‘Aku tak patut cemburu sebab Sharid sukakan Kak Risya. Sebab aku tahu,Kak Risya setia dengan abang aku’,Waheeda mengukir senyum. Dia sedar dengan kenyataan itu.
          Tidur Farhan terganggu. Kedengaran Farisya asyik keluar masuk bilik air. “Awak okey ke ni?”,soal Farhan. Farisya mengangguk. Seketika kemudian, Farisya berlari lagi ke bilik air. Tekaknya terasa tidak selesa.
          “Awak tak tidur sebab saya ganggu awak ke?”,soal Farisya apabila melihat Farhan tidar menyambung tidurnya. “Taklah”,ujar Farhan dengan perlahan. “Sorry ya sebab awak tak boleh nak tidur. Esok nak kerja lagi,maaf ya”,Farisya merebahkan kepalanya ke bahu Farhan. Farhan tersenyum. “Esok awak tak payah pergi kerjalah,ya?”,Farhan memujuk Farisya. “Kerja saya berlambak. Saya kena pergi pejabat jugak!”,Farisya menidakkan. Farhan mengeluh. “Saya bos awak,saya beri awak cuti”,kata Farhan dalam nada tegas. Farisya hanya tersenyum segaris,sebelum menuju ke bilik air. Hati Farhan risau melihat Farisya yang asyik termuntah-muntah. Perkara biasa,tetapi Farisya lagi teruk!
“SAYA terima cinta awak,sebenarnya perasaan saya juga sama”,Sharid mengukir senyum bahagia. Waheeda menepuk pipinya sendiri. Realiti! “Terima kasih sebab mencintai saya juga”,Waheeda menggenggam erat tangan Sharid. ‘Mungkin takdir telah membuka pintu hati aku dari memikirkan hak orang lain. Aku yakin Waheeda ialah jodoh aku yang sempurna’,bisik Sharid sendirian sambil merenung wajah gembira Waheeda.
          Norman tersenyum bangga. “Kau fikir kau dah cukup bijak? Belum lagi,aku lagi bijak!”,Norman memekik. Dia mulai rasa kebebasan berpihak kepadanya. “Aku akan perangkap kau orang semua”,Norman berkata penuh rasa yakin. Dia ketawa jahat.
PADA mulanya,Farhan mahu ke pejabat atas desakan Farisya. Namun,dia tidak sampai hati melihat keadaan isterinya itu. Dia turut mengambil cuti setelah dibenarkan oleh Tan Sri Zakrul. “Teruk betul morning sickness Farisya ni. Sabar ya”,Puan Sri Faridah kasihan melihat keadaan menantunya itu. Farisya hanya mengangguk perlahan. “Farhan ingat nak bawa Risya  pergi makan angin kejaplah,ma”,Farhan memberitahu hasratnya. “Kamu ni,Han! Risya tengah macam ni,kamu nak ajak dia pergi ke sana ke sini pulak”,Puan Sri Faridah menggeleng kepala melihat telatah anaknya. “Alaaa....kejap je ma. Lagipun,takkanlah Risya nak hampakan suami dia yang comel dan bergaya ni”,Farhan memujuk mamanya. “Suka hati kamulah,tapi jaga Risya ni elok-elok”,Puan Sri Faridah akhirnya mengalah. “Yalah mama. Mama ni tak sayang Han ke? Asyik Risya je”,Farhan membuat mimik muka merajuk. “Nak cemburu ke?”,Farisya menepuk bahu Farhan. “Biarlah dia nak cemburu,dah 25 tahun dah bermanja dengan mama!”,Puan Sri Faridah mengukir senyum nipis.
          “Awak nak bawa saya pergi mana ni?”,soal Farisya. Jika diikutkan hati,mahu saja dia tidur di dalam bilik. Farhan membisu. “Buat apa kat sini? Nak shopping apa?”,Farisya menyoal. Farhan tersengih,tangannya memimpin Farisya.
          “Barang baby? Awalnya!”,Farisya merungut. “Mana ada awal. Jomlah,masuk”,ujar Farhan seraya menarik Farisya masuk ke dalam butik bayi. “Cis,Farisya dah mengandung ke?!”,marah seseorang yang dari tadi memerhati Farhan dan Farisya. Orang itu ialah Norman Yusoff. Tiba-tiba akalnya mencerna perangkap baru. “Heh! Tunggulah nanti”, Norman tersenyum sinis.
          “Awak,kita dah beli banyak sangatlah. Padahal,bila-bila boleh beli”,kata Farisya. “Lagi cepat lagi bagus. Okey,awak nak beli apa-apa ke? Kalau tak ada,kita boleh balik”,Farhan mengajak. Farisya hanya menurut. Dia memang sudah rindukan tilam! Mahu berehat sepuasnya!
         Langkah mereka terhenti apabila seseorang datang ke arah mereka. “Encik Farhan,ini ada orang suruh saya sampaikan”,katanya lalu Farhan menyambut sampul surat itu.  Mereka terus pulang ke rumah akibat penat yang bertan-tan!

FARHAN merasakan dirinya dipermainkan. Sebaik sahaja membuka sampul surat itu, dia berseorangan di dalam bilik. Jiwanya runtuh. Di tangan kanannya, ada dua keping gambar Farisya berasmara dengan Norman. Di tangan kirinya pula,digenggam sebuah cakera yang mengandungi video kononnya  Farisya hanya mahukan kekayaan Farhan dan bukannya cinta. Video itu menunjukkan perbualan Farisya dengan Norman,yang menyatakan mereka berdua bersekongkol untuk menipu Farhan. Marahnya ditahan-tahan. Mulanya,Farhan tidak mahu mempercayai gambar itu. Namun,setelah melihat video itu hatinya serta-merta percaya.
          “Kau tipu aku!”,pekik Farhan lalu turun ke ruang tamu. Tan Sri Zakrul dan Puan Sri Faridah yang sedang berbual dengan Farisya,Waheeda dan Sharid terkejut. Mereka berlima pelik dengan Farhan. “Kenapa,ni  Han?”,soal Tan Sri Zakrul. “Papa, Risya dah tipu Han hidup-hidup!”, Farhan menarik tangan Farisya. Semua yang ada di situ terbangun. “Saya tipu awak? Bila masa saya tipu awak?”,Farisya tertanya-tanya. Farhan lantas menunjukkan gambar yang di tangannya,lalu memasang cakera itu. Semua tergamam. Farisya tak tahu ingin berkata apa,kelu. “Kenapa kau tipu aku?Kau nak harta?!”,Farhan menengkin Farisya. “Farhan,tak mungkin Risya nak tipu Han”,Puan Sri Faridah menidakkan. Waheeda dan Sharid hanya mendiamkan diri. Tak tahu mana yang benar.  “Kita dah ada bukti dah,mama. Perempuan ni sama macam pelacur!Entah-entah anak dalam perut kau tu pun bukan anak aku!”,Farhan memekik. Saat itu,air mata Farisya mengalir dengan deras. “Tergamak awak hina saya macam tu? Saya tak buat semua tu,awak. Percayalah saya,saya tak tipu awak”,Farisya sudah melutut. “Farisya Dahlia,mulai hari ni aku cer...”,belum sempat Farhan berkata sehingga habis Puan Sri Faridah sudah menjerit namanya dahulu. “Kamu jangan nak bertindak melulu!”,Puan Sri Faridah juga dibasahi air mata.  “Saya bersumpah demi Allah,saya tak pernah curang dengan awak macam gambar tadi. Saya tak pernah tipu awak sepanjang 6 bulan perkahwinan kita ini! Video itu semuanya bohong! Saya sumpah demi Allah”,Farisya memekik. Farisya terus berlari ke dalam bilik,mengemas pakaian. Dia nekad untuk melarikan diri buat seketika.
         Perodua Vivanya dihidupkan. “Farisya,maafkan Han ya. Mama merayu dengan Risya”,Puan Sri Faridah menahan. “Mama,Han tak percaya Risya lagi.  Risya juga perlukan masa”,Farisya mencium tangan mamanya. Keretanya sudah pun meluncur keluar dari banglo Tan Sri Zakrul.
         “Han, papa yakin Farisya tak buat semua tu”,Tan Sri Zakrul dan Puan Sri Faridah meninggalkan Farhan sendirian. Sharid juga sudah pulang. “Abang,Eda pun macam papa. Tapi abang fikirlah untuk Kak Risya”,Waheeda sempat berbisik kepada Farhan. Farhan bingung. Hatinya sungguh terluka jika benar Farisya menipu dan curang di belakangnya. “Ya Allah,macam mana aku boleh salah sangka dengan isteri aku sendiri?”,Farhan mengetuk kepalanya beberapa kali. Sesal,itu yang dirasainya.
           Farhan menangis seorang diri di ruang tamu. Jiwanya kosong. Puan Sri Faridah yang tidak boleh tidur datang menemani anaknya. “Han”,tegur mamanya. “Mama, Han rasa bersalah sangat,ma. Han tak selidik dulu,Han terus sangka yang bukan-bukan fasal Risya. Sampai Farhan hampir ceraikan dia,nasib baik mama tegah dulu. Kalau tak,entah apa jadi”,Farhan meluahkan isi hatinya. Puan Sri Faridah hanya mampu mendengar luahan Farhan. “Farhan,mama yakin yang Farisya takkan khianati Han. Dia perempuan yang baik.,Carilah dia,Han. Pujuk dia semula,ya”,Puan Sri Faridah menenangkan Farhan yang dalam keadaan kusut.
FARISYA tidak mampu menahan kecewanya. “Sabar ya,Sya. Aku yakin yang Farhan akan menyesal dengan apa yang dilakukan tadi. Dia akan minta maaf dan pujuk kau semula,aku jamin”,Aisyah cuba memujuk rakannya itu. “Aisyah,dia tuduh aku macam-macam. Meskipun dia pujuk aku,mungkin susah untuk aku maafkan dia. Dia cakap aku macam pelacur,dia juga tak percaya anak aku kandung ni anak dia dan dia percaya dengan semua benda yang tak tahu kesahihannya tu. Betapa tergoresnya hati aku,hanya Allah sahaja yang tahu”, balas Farisya. Aisyah terdiam. Dia tak tahu bagaimana mahu menenangkan sahabatnya itu, dia juga tak tahu apa bakal dilakukannya jika dia berada di posisi Farisya.  
          “Aisyah,aku rasa aku kena pergi tempat lainlah. Tak mustahil ada orang cari aku kat sini”,kata Farisya. Aisyah hanya mengangguk sebelum melihat kereta Farisya meluncur keluar dari taman perumahan mereka.
         “Siapa mengacau aku tengah tengok Running Man episod 58 ni?!”,marah Aisyah sendirian apabila mendengar orang memberi salam. Salam dijawab dengan nada geram. “Farhan?”,terpaku Aisyah melihat. “Aisyah, Farisya ada kat sini? Aku yakin dia ada datang sini”,Farhan sudah pun masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa. “Tak,tak ada”,Aisyah berkata. Terpaksa berbohong,tetapi dia kasihan melihat wajah Farhan yang betul-betul risau akan keadaan Farisya. Farhan mengeluh kasar. “Farhan, Risya ada datang sini semalam. Dah sejam dah dia keluar dari sini”,Aisyah akhirnya memberitahu. Tidak sanggup dia berbohong dengan suami yang sedang mencari isterinya.
          Farhan masih berusaha mencari Farisya. Rasa bersalah mengepung dirinya. Sudah lebih tiga jam dia memandu,akhirnya di berhenti di sebuah R&R. Kakinya laju menuju ke gerai minuman. Matanya terpandang satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. “Risya!”,ujar Farhan sebelum menuju ke arah wanita itu.
         “Sayang”,Farhan sudah memegang lengan wanita itu. “Farhan?!”,ujar Farisya terkejut. “Lepaslah!”, kata Farisya sebelum berlari menuju ke keretanya. ‘Macam mana dia boleh jumpa aku kat sini?’,detik Farisya. Farisya mahu masuk ke dalam kereta tetapi sempat ditahan oleh Farhan. “Sayang,jangan tinggalkan saya. Saya minta maaf fasal semalam. Saya salah sangka pada awak,sedangkan saya kenal isteri saya. Maafkan saya”,rayu Farhan penuh ikhlas. “Tak,Farhan Farisz. Awak tak kenal saya,kalau betul awak kenal isteri awak ni,masakan awak nak ceraikan dia semalam?”,kata Farisya sinis. Hatinya memberontak ingin memaafkan lelaki itu,namun mindanya menidakkan. Begitu mudah dia mahu memaafkan?

          Akhirnya,Farisya akur dengan pelawaan Farhan untuk berbincang seketika di kafe R&R itu. “Farisya,maafkan saya”,  rayu Farhan. “Senang-senang je saya nak memaafkan awak yang dah hina saya macam-macam?”,Farisya sinis di dalam bicaranya. “Saya sayangkan awak”, Farhan masih memujuk. “Saya pun sayangkan awak. Tapi awak meragui, dan tak percaya sayang saya tu”,Farisya masih tidak   mengalah. Farhan kesal. “Jom kita balik,mama dan papa pun nak awak balik”,Farhan masih mencuba.  “Buat apa saya balik tapi saya tak maafkan awak”,Farisya tersenyum sinis. “Supaya saya boleh buat awak maafkan saya”,Farhan menggenggam erat tangan isterinya. Farisya masih berdiam diri. “Kalaulah saya boleh memutarkan masa, pasti saya tak percayakan semua tu”, ujar Farhan lagi. “Tapi masa tak boleh diputarkan semula”,balas Farisya. Wanita itu sudah pun menuju ke keretanya. “Risya!”,Farhan juga tak mahu mengalah. Rasa kesalnya  mahu dia mengejar perempuan itu.

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it