❤Luluhnya Sebuah Ikatan - Bab 13❤
Tuesday, 26 November 2013 | 04:41 | 0 love drops
BAB 13
­­­          “Sayang,saya sanggup melutut di kaki awak. Tapi tolong maafkan saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak”,Farhan merayu. “Sanggup ke awak melutut dengan perempuan yang macam pelacur ni?”,Farisya menyindir. Farhan tergamam. Seketika kemudian,Farhan sudah pun melutut di hadapannya. “Apa awak buat ni?”,dia terkejut dengan tindakan Farhan. “Anak kita perlukan saya dan awak. Tolong maafkan,saya ya?”,ikhlas kedengaran rayuannya. “Awak kata ni bukan anak awak kan?”,kata Farisya lalu terus berlalu pergi. Farhan yang tidak sempat menahan hanya mampu melihat isterinya sudah memandu keluar dari R&R itu. Air matanya gugur jua.
          “Aku takut kalau aku tunggu kat sana lebih lama,aku akan senang-senang mempercayai dia. Farhan,maafkan aku”,Farisya terus memandu tanpa hala tuju. Ternyata hatinya masih mahu memaafkan,tetapi takkanlah begitu mudah?

“KENAPA Han tak bawa dia balik?”,soal Puan Sri Faridah. “Han dah cuba”,balas Farhan. “Nak aku tolong?”,soal Sharid pula. “Kau tak payah ganggu urusan akulah”,balas Farhan lagi. “Han,aku ikhlas nak tolong”,dia memang ikhlas mahu menolong pasangan itu. “Kau sukakan Risya,kan? Jadi,sekarang ni kau nak ambil advantage?”,ujar Farhan. “Mana ada,Han. Aku memang betul-betul ikhlas nak tolong kau cari dia”,Sharid berkerut,sanggup Farhan menuduhnya sebegitu. “Sudahlah,Rid. Masa macam ni lah kan yang kau tunggu-tunggu. Masa Risya tak nak maafkan aku,kau pun kebas dia. Macam tu,kan?”,bidas Farhan. Sharid sudah mengeluh panjang. “Farhan,tak baik kamu menuduh Sharid. Papa dan mama tahu Rid ikhlas. Kamu jangan ikutkan perasaan”,Tan Sri Zakrul mencelah. Farhan menunduk.
         Farisya sudah pun mula bekerja di Great Snap semula tetapi di cawangan Shah Alam. Dia terus diterima bekerja walaupun tiada jawatan kosong,kerana dia begitu bagus di dalam bidang itu. Jawatan jurukamera unik juga teruk digalas. “Akak ni dah kahwin ke belum?”, soal seorang pelajar praktikalnya,Wilma. “Err...dah”,jawab Farisya pendek. Mahu jawab belum, apa kata orang jika perutnya nanti sudah nampak bentuk. “Sudah? Dah dua bulan akak kerja sini. Tak pernah pun nampak suami akak jemput atau ambil akak?”,Zura terus menyoal. Farisya hanya tersenyum. “Akak mengandung,eh?”,Zura masih menyoal. Farisya hanya mengangguk. “Patutlah,kalau akak jawab single tadi. Terkejut Zura”, gadis itu masih berbual. Mulutnya seperti tidak boleh berhenti bercakap. Riuh!
           “Sharid,petang nanti kita pergi beli barang ya”,Waheeda membuat muka comel. “Iyalah,kan dah janji. Lagipun,tak lama lagi majlis kita. Beli lambat-lambat nanti,takut tak sempat”,Sharid mengomel. Tiba-tiba Waheeda mengeluh berat. “Kat mana ya Kak Risya sekarang ni?”,Waheeda gusar. Sharid mengangguk. “Kita hanya mampu mendoakan Farisya bahagia walaupun tak di samping Han. Cuma,Rid risau tengok Farhan.  Dia sayangkan Farisya sangat,tapi nak buat macam mana”,ujar Sharid. “Dahlah Kak Risya tu tengah mengandung,dah dekat dua bulan dah dia tinggalkan abang”,Waheeda berceloteh dengan sedih. “Dahlah,jom”,pelawa Sharid. Waheeda hanya menurut.
          “Idah rasa,Risya tu nak tinggalkan Farhan buat selamanya ke?”, tanya Tan Sri Zakrul lalu menghirup secawan teh yang dihidangkan di hadapannya. “Abang,Idah rasalah. Farisya takkan tinggalkan Han selamanya. Mungkin dia perlukan masa untuk memaafkan Han”,Puan Sri Faridah memberi tanggapan. “Mama, Han dah banyak dosa dengan Risya. Han hina dia macam-macam. Mungkin sebab tu,dia susah nak maafkan Han”,tiba-tiba Farhan muncul lalu mengambil tempat di sebelah mamanya. “Han doalah banyak-banyak Han tak ada cari dia lagi ke?”,soal Tan Sri Zakrul. “Malaslah pa. Dia bukan nak maafkan pun”,Farhan sudah mengibarkan bendera putih. “Farhan,kamu dah tak sayangkan isteri kamu?”,Tan Sri Zakrul sungguh terkejut mendengar pengakuan Farhan itu. “Memang Han sayangkan dia. Tapi dah dua bulan dia tinggalkan Han,nombor telefon pun dah tukar. Dia seolah-olah tak mahu kembali”,ujar Farhan. “Astarghfirullahalazim,Farhan! Takkanlah tak mahu isteri Han kembali ke pangkuan Han? Lagipun, Risya tengah mengandung. Dia perlukan tumpuan daripada seorang suami. Han carilah dia lagi,pujuk dia. Mama yakin dia akan kembali”,Puan Sri Faridah menasihati. Farhan meraup wajahnya. ‘Ya Allah,aku hampir melupakan isteri aku! Adakah aku sungguh dayus? Bantulah aku mengembalikan isteri aku kepangkuanku...amin’,doa Farhan di dalam hati.


ZURA merenung Farisya. “Zura,kenapa tengok akak macam tu?”,soal Farisya apabila terperasan pelajarnya itu asyik memerhatinya. “Ini kali pertama tau Zura keluar dengan akak”,Zura tersenyum. “Okey?”,Farisya tidak mengerti. “Zura nak tanya ni,dah pukul enam dah kak. Suami akak tak marah ke akak balik lambat?”,soal Zura seakan wartawan. Farisya ternganga. ‘Yang budak ni asyik tanya soalan bukan-bukan ni apa hal?’,gusar jiwa Farisya. Zura hampir tergelak besar melihat Farisya ternganga. “Akak,tutup mulut. Nanti masuk lalatlah! Walaupun kita ni kat tempat terbuka,tak bermakna tak ada lalat”,usik Zura. Satu cubitan hinggap di pinggang Zura. “Akak ni! Tak fasal-fasal nanti baby tu macam akak, jadi ketam”,usiknya lagi. “Zura ni kan”,Farisya sudah tertawa kecil.
         “Ya,mama. Ni Han dah sampai Shah Alam. Mana lah tahu”,kata Farhan sebelum mematikan talian. Dia berjalan seketika sebelum mengukir senyum lebar sampai ke telinga. “Terima kasih,Ya Allah!”,Farhan mengucapkan syukur sebelum berjalan ke arah seseorang.
         “Farisya!”,tegur seseorang mematikan gelak tawa Farisya dan Zura. “Siapa ni,kak? Suami akak ke?”,soal Zura. Farisya sudah berkerut seribu. “Errr...kejap ya Zura”,kata Farisya sebelum menarik Farhan dari tempat dia berada. “Macam mana awak boleh kat sini? Saya ada je,awak ada”,Farisya mendengus. “Yalah,sayang. Sebab awak tu isteri saya”,Farhan tersengih. “Awak ada rumah kat sini,kan? Jom kita bincang kat rumah awak,ya”,Farhan pula menarik Farisya “Eh,eh,eh! Mana boleh, rumah saya tu kongsi bersama Zura yang tadi tu”,Farisya menjuihkan bibir. “Takkan dia tak tahu saya ni suami awak?”,Farhan masih bertanya. “Dia tahu saya dah kahwin,tapi  bila dia tanya saya malas nak jawab apa-apa soalan yang berkaitan dengan suami saya”, Farisya menunduk. “Awak dah bersedia maafkan saya?”,soal Farhan. Farisya terdiam. “Awak tahu tak saya hampir melupakan awak lepas awak tinggalkan saya tu? Nasib baik saya beriman,ingat isteri lagi. Maafkan sayalah...please”,rayu Farhan sambil membuat muka comelnya. “Tengoklah. Kalau esok saya ada kat rumah mama,saya dah maafkan awak”,kata Farisya sebelum meninggalkan Farhan. Farhan tersenyum lebar,dia yakin Farisya akan pulang. Dengan senang hati,dia pulang ke rumah untuk memberitahu mamanya.


“BETUL ke akak nak pindah ni?”,wajah  Zura sudah kusam. Farisya mengangguk. “Kerja akak?”,soalnya lagi. “Tak tahu lagi”,Farisya terus mengemas pakaiannya. “Kenapa ya? Bila lelaki tadi jumpa akak je terus nak pindah?”,Zura berteka-teki. “Dia suami akak ke?”,soalnya. “Hish budak ni. Menyoal je,ya dia suami akak. Selagi akak tak jawab,bising je mulut dia”,Farisya sempat mencuit hidung Zura. Zura tersenyum. Meskipun di mindanya ada 1001 soalan lagi yang mahu diutarakan kepada Farisya,tapi rasa kasihan juga melihat wanita itu terpaksa melayan kerenahnya.

          “Eda nak bangun awallah esok”,kata Waheeda. “Awal? Bukan biasa hari Ahad, adik abang ni bangun lambat?”,usik Farhan. “Abang,kalau esok Kak Risya balik?”,Waheeda tersengih. Tan Sri Zakrul dan Puan Sri Faridah hanya mengukir senyuman. Farhan hanya mampu berdoa semoga isterinya itu terbuka hati untuk memaafkannya. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it