❤Luluhnya Sebuah Ikatan - Bab 14❤
Saturday, 30 November 2013 | 20:26 | 0 love drops
BAB 14
 Mata Farhan tidak mampu terpejam. Fikirannya merawang memikirkan Farisya. Hatinya yakin Farisya akan pulang, tetapi dia masih tidak tenang menunggu hari esok. Akhirnya, dia melakukan solat sunat untuk melapangkan fikirannya.
          Langit yang diselimuti warna biru berselang putih dipandang kejap. Angin pagi yang segar dihirup penuh rasa syukur. “Farhan,kamu termenungkan apa tu?”,soal Tan Sri Zakrul. “Papa,tak pergi ofis ke?”,soal Farhan pelik. “Bos kecik boleh cuti, bos besar pun cutilah.  Kata menantu nak balik”,Tan Sri Zakrul menyedekahkan senyuman  lebar. “Papa jangan mengharap,ya. Han takut sangat kalau Risya tak balik. Hati Farhan yakin,tapi risau jugak”,perlahan Farhan berkata. “InsyaAllah,Farhan”,dia cuba menenangkan anaknya. Waheeda dan Puan Sri Faridah hanya memerhati dari dalam rumah.
          Sebuah Perodua Viva putih meluncur masuk ke dalam banglo Tan Sri Zakrul. Farhan seperti mahu melompat bintang. “Farisya ke tu?”,Puan Sri Faridah sudah berlari keluar,begitu juga Waheeda.   Susuk tubuh yang keluar dari Viva itu diperhati penuh minat. “Farisya!”,Puan Sri Faridah yang terlebih dahulu memeluk Farisya. “Maafkan Farisya sebab tak balik dua bulan ni,ma. Mestilah Risya jadi menantu paling teruk,kan?”,Farisya mencium tangan mamanya. “Farisya jangan cakap macam tu,ya sayang”,Puan Sri Faridah sudah mengalirkan air mata. “Janganlah nangis,ma”,Farisya mengelap air mata mamanya. “Maafkan saya,ya”,Farhan sudah tercegat di hadapan Farisya. “ Kan saya dah cakap,kalau saya balik maknanya maaf saya dah ada kat tangan awak”,Farisya mencubit pipi Farhan. “Terima kasih,sayang!”,Farhan sudah memeluk Farisya. “Eh,awak! Malulah,depan orang ni”,wajahnya sudah memerah. Tan Sri,Puan Sri dan Waheeda sudah tersengih-sengih. Farhan juga tersengih tanpa perasaan malu. 
“PADAN dengan muka kau!”,Norman sudah tergelak besar. “Mesti perkahwinan kau orang tengah kucar-kacir,kan?!”,Norman bagai orang gila. “Tapi kenapa sampai sekarang Farisya masih tak kembali pada aku. Mungkin...mungkin mereka dah berbaik?”,Norman meraup wajahnya. Kemudian, dia ketawa sendiri. Keadaannya memang persis orang gila.
          “Betul ke awak pernah lupakan saya?”,sayup Farisya menyoal. “Bukan lupa,hampir lupa. Nasib baik, saya cepat sedar”,Farhan tersengih. “Sampai hati awak,kan. Itu baru dua bulan saya tinggalkan awak,dah lupakan saya. Agaknya kalau saya dah tak ada kat dunia ni, entah apa yang awak ingat”,Farisya sudah cemberut. “Cinta awak yang menyedarkan saya dari melupakan awak”,bisik Farhan. “Sudahlah, tak sangka awak jenis macam tu. Jenis yang mudah melupakan orang,tak ikhlas langsung!”,Farisya menidurkan dirinya. “I’m sorry, tapi saya tak lupakan awak,sayang”,Farhan memujuk.  Farisya masih membisu. “Sayang,janganlah merajuk. Kasihan baby tu,mak dia asyik merajuk je”,Farhan mengusik. “Orang merajuk untuk benda yang wajar. Bukan suka-suka je!”,bentak Farisya sambil menarik selimut dengan kasar. “Marah?”,Farhan mengangkat kening. “Marah pun tetap sayang,kan?”,usik Farhan lagi. Namun,tiada balasan daripada Farisya. “Pandanglah sini”, pelawa Farhan lagi. Suasana sepi membisu.   “Berdosa tau tak dengar cakap suami”,Farhan sudah tersengih. “Tak payahlah nak main hukum-hakam pulak!”,Farisya masih memalingkan wajah daripada Farhan. Farhan sudah tergelak di dalam hati. Selepas lima minit,Farisya masih berdiam diri. Rasa bersalah menyerbu dirinya. “Berdosa ke aku?”,kata Farhan perlahan. “Rasanya?”,soal seseorang. “Farisya! Kan saya dah agak,awak bukan tidur!”,Farhan mencuit hidung isterinya. “Saya mengaku,manusia  mudah lupa. Tapi,saya tak pernah lupakan awak walau sesaat pun. Tapi mungkin cinta kita tak kuat sebab tu lah awak boleh hampir lupakan saya”,ujar Farisya. “Cinta kita kuat sekarang ni. Umpama bulatan, tiada permulaan dan tiada pengakhiran”,Farhan menyentuh lembut jari jemari Farisya. “Awak percayakan saya,kan?”,soal Farisya. “Mestilah,saya tersilap masa tu, saya percaya video tu seratus peratus. Maafkan saya, saya akan percayakan awak. Sebab saya kenal awak sebagai seorang isteri yang baik”,gamit Farhan.  “Kalau memujuk,awak memang nombor satu,kan”,cubitan Farisya singgah di pinggang Farhan. “Memanglah,tak sanggup saya tengok isteri saya merajuk lama-lama. Pujuk je, tengok muka saya yang comel ni confirm cair”,usik Farhan. Farisya tersenyum bahagia.
          “Fail forum The Eight Sdn. Bhd. ada kat rak nombor lima,ya”,ujar Farisya dengan formal. “Okey, macam mana dengan kerja awak kat Great Snap tu?”,soal Farhan sebaik sahaja Farisya duduk di hadapannya. “Terbengkalai,nak letak jawatan awal sangat. Boleh saya kerja kat Shah Alam?”,soal Farisya. “What? Shah Alam? No way, buat apa kat sana? Resign saja”,arah Farhan sambil mengerutkan dahinya. “Asyik kerutkan dahi je, cepat tua nanti”, ujar Farisya berseloroh. “Memang dah nak tua pun. Jadi papa dah lima bulan lagi”, kata Farhan sambil tersengih. “Dah sedia ke  nak jadi papa?”,usik wanita itu lagi. Farhan mengangguk. “Mestilah sedia,untuk anak papa ni”,kata Farhan sambil berbual dengan perut Farisya. “Awak cakap dengan perut saya buat apa?”,gelak Farisya sendiri. Farhan hanya tersenyum.
         “Apa? Dia orang dah bahagia?  Pelan kita gagal? Okey,dahlah!”,ujar Norman lalu mematikan talian. iPhonenya dicampakkan,hatinya tidak keruan. “Apa susah sangat nak pisahkan kau orang ni?!”,jeritnya sendiri. “Malizzsa!”,Norman ketawa jahat apabila teringatkan nama wanita murahan itu. “Gunakan Malizzsa!”,jeritnya lagi.
          “Awak,bangunlah awak”,Farisya mengejutkan Farhan yang  sedang lena. “Ada apa?”,Farhan menyoal lembut. Matanya terasa berat sekali, tidur terganggu dikejutkan Farisya. ‘Nasib baik aku tak ter marah dia ni’,gumam Farhan sendiri. “Jom kita pergi kedai, nak Ferrero Rocher lah”,pujuk Farisya. “Awak nak makan coklat pukul dua setengah pagi? Biar betul,awak”,Farhan berasa pelik. “Entahlah, dah mula mengidamlah. Jomlah”,ajak Farisya lagi. Farhan hanya mengangguk. Dengan  mata yang kuyu,dia menggagahkan diri menemani isteri kesayangannya itu.
SHARID mengukir senyum bahagia. “Semua dah siap,dah. Kecuali pakaian pengantin”,ujar Puan Sri Faridah lembut. Tan Sri Zakrul hanya mengangguk. Pejabatnya kini dijadikan perbincangan keluarga,para pekerja juga sudah amat mengenali keluarga bos mereka itu.  “Kalau pakaian pengantin,saya okey saja. Sebab pakaian pengantin ikut warna pelamin,kan?”,soal Sharid. “Pelamin belum set lagilah,awak. Kan kita gantung warna ungu ke turqoise? Pilihlah”,Waheeda mengurut dagu. “Majlis resepsi?”,soal Tan Sri Zakrul. “Mama rasa, ungu masa resepsi. Turqoise pula masa majlis berlangsung”,Puan Sri Faridah sudah memberi cadangan. Semuanya mengangguk. Hanya bersetuju dengan cadangan bernas mamanya itu. “Lagi sebulan saja anak papa ni nak jadi isteri”,Tan Sri Zakrul ketawa gembira. “Pakaian keluarga?”,soal Sharid. “Yalah, mestilah seragam kan,mama. Kita orang jadi pengantin, family pakai busana jenis apa? Bincang dengan abang dan Kak Risya kot”, Waheeda berbicara panjang lebar.
          Pintu bilik pejabat Farhan diketuk. “Masuk”,arahnya. “Encik Farhan,Tan Sri Zakrul suruh datang ke bilik pejabat dia sekarang”,penuh formal Farisya mengucapkan. “Okey, saya ingatkan siapalah tadi. Formal sangat,dengan saya je pun”,Farhan menapak keluar. “Ya, kan awak cakap. Kat rumah isteri,kat ofis pekerja je”,Farisya menjuihkan bibir. “Isy suka buat bibir macam tu. Cium nanti baru tahu!”,ugutnya. Farisya masih menjuihkan bibir.
          “Papa,Han tak kisah pun pakai baju apa”,Farhan berkata. “Satin Korea,nak tak?”,soal Puan Sri Faridah. Tan Sri Zakrul,Farhan dan Farisya hanya mengangguk. “Mama,mama! Pakai macam baju pengantin juga. Cuma taklah beropol-ropol. Kan cantik?”,soal Eda. “Boleh jugak,cantiklah mama dan Risya nanti!”,Puan Sri Faridah menepuk sayang belakang Farisya. “Eda tak nak family pakai ropol-ropol, reben lebih sangat nanti Sharid tersilap isteri!”,usik Tan Sri Zakrul. Tawa mereka semua terburai, agaknya keluarga itu sudah kecapi bahagia yang diidamkan.
NORMAN merenung susuk tubuh di hadapannya. Dikucup tangan wanita itu manja. “Malizzsa,aku perlukan bantuan kau”,pinta Norman kepada wanita yang dianggap murahan itu. “Apa dia?”,soal Malizzsa. “Aku nak kenakan seorang mamat ni. Harga tinggi”,ucapnya. “Okey,aku setuju. Bila? Malam ni ke?”,soal Malizzsa tidak sabar. “Nantilah,kau tengah kering ke apa ni?”,soal Norman. “Iyalah,aku tengah kering sekarang ni. Sepuluh ringgit pun tak ada dalam tangan”,wajah Malizzsa berubah kusam. “Nah,ini deposit”,kata Norman lalu meletakkan sepuluh helai not kertas RM 100 di hadapan Malizzsa. Serta-merta wajah wanita itu berubah ceria. “Bila-bila masa je, kau telefon aku. Kita kenakan mamat tu”,Malizzsa tersenyum jahat. Meskipun dia tahu perkara yang dirancang bersama Norman itu berdosa, kerana wang dia sanggup berkorban.
         “Tahniah Sharid,Waheeda”,ucap salah seorang rakan Sharid. Tan Sri Zakrul dan Puan Sri Faridah hanya memerhati dari jauh sambil tersenyum. Sharid dan Waheeda yang sudah diijabkabulkan hanya tersenyum manis di majlis resepsi mereka. “Rindu saat tu”,kata Farhan. “Saat apa?”,Farisya sudah mengangkat  kening. “Yalah,lepas kahwin. Orang ucapkan tahniah,dan lain-lain. Sama macam dia orang baru tahu Risya mengandung”,Farhan tersengih. “Oh, nak macam tu lagi kenalah kahwin”,Farisya mengusik. “Kahwin? Maknanya Farisya izinkan Han kahwin lainlah ya?”,usik Farhan kembali. “Dia ni kan,kita kahwin tak sampai setahun dah nak cari lain!”,hinggap satu cubitan di pinggang Farhan. Dia hanya tersengih setelah berjaya mengusik isterinya. “Tapi kalau nak kahwin, awak mampu. Saya tak boleh halang”,kata Farisya lalu meninggalkan Farhan seorang diri. “Memang betullah agaknya orang mengandung ni terlebih sensitif”,kata Farhan lalu mengikut  jejak langkah isterinya.  
          Farhan tersengih melihat Sharid dan Waheeda yang sedang mendendangkan lagu Tetap Menantimu. Semua tetamu teruja mendengar suara pasangan yang lunak itu. “Nak ke mana?”,soal Farhan sebaik sahaja melihat Farisya bangun dari tempat duduknya. “Tandas”,ujarnya ringkas. Farhan hanya mengangguk. Tiba-tiba datang seorang wanita duduk di hadapannya. “Farhan, minumlah”,ujar Malizzsa yang sudah diupah oleh Norman. “Kau ni siapa?”,soal Farhan pelik. “Puan Sri suruh saya bagi minuman ni kat awak”,kata Malizzsa. “Tapi kau ni siapa?”,soal Farhan. “Saya anak Datin Suhaila”,ujar Malizzsa sambil menyebut apa-apa saja nama. Akibat tekak yang kehausan,akhirnya Farhan menghirup sedikit air strawberi yang dihidangkan di hadapannya. Malizzsa tersenyum puas. “Hermm... Puan Sri suruh saya panggilkan awak”,kata Malizzsa sebelum menapak pergi. Farhan hanya membuntuti wanita itu. Tiba di ruang tamu, langkahnya terhenti. “Kenapa,Farhan?”,soal Malizzsa seolah-olah cemas. “Tak ada apa, rasa pening sikit”,ujar Farhan. Dalam keadaan itu, Malizzsa segera membawa Farhan masuk ke dalam kamar tidur lelaki itu. Farhan sudah pengsan dan tidak menyedari tindakan wanita itu.
          Sebaik sahaja majlis selesai, Farhan masih tidak muncul. “Mama ada nampak Farhan?”,soal Farisya sebaik melabuhkan punggung di sofa. “Tak ada pula”,Puan Sri Faridah menggelengkan kepala. Kini mereka sekeluarga sudah kepenatan di ruang tamu. Sharid,Waheeda dan Tan Sri Zakrul hanya mendiamkan diri. “Mungkin kat bilik. Risya naik dulu ya”, Farisya berkata sebelum menerima anggukan daripada mamanya.

         Membuntang mata Farisya sebaik melangkah masuk ke dalam bilik. Hampir sahaja dia pengsan di situ. “Farhan!”,jerit Farisya sambil mengalirkan air mata. Dia terduduk di situ, hatinya tidak henti-henti mengucap. Tan Sri Zakrul,Puan Sri Faridah,Sharid dan Waheeda segera berlari ke bilik Farhan. “Kenapa,kak?”,soal Waheeda segera mendekati Farisya. Semua tergamam melihat apa yang berlaku. Farhan dan seorang wanita iaitu Malizzsa dengan keadaan yang tidak sepatutnya di atas katil. “Farhan!”,pekik Tan Sri Zakrul pula. Dia meraup wajahnya. Wanita itu terjaga lalu menangis. Farhan juga terpinga-pinga. “Apa kau dah buat ni?!”,pekik Farisya sebelum cuba memukul wanita itu. Malizzsa segera keluar dari bilik itu sambil tersenyum jahat. “Bukan salah saya. Farhan paksa saya masuk bilik dia!”,sempat lagi Malizzsa menambah. “Kenapa,sayang?”,soal Farhan. “Apa kamu buat ni?”,Tan Sri Zakrul sudah beristighfar panjang. “Ya Allah,Farhan! Kenapalah dengan anak mama ni? Betul ke apa yang berlaku ni?”,Puan Sri Faridah merenung Farhan. “Apa ni ma?”,soalnya lagi. “Abang tidur dengan perempuan tadi...”,Waheeda meluahkan. “Apa?! Tak,tu tak betul! Sayang percayakan saya...Farisya..”,Farhan merenung anak mata Farisya.
“Saya tak tahu nak cakap apa dah,Farhan! Awak tak percayakan saya dulu atas bukti yang bukan di depan mata. Tapi sekarang,semuanya dah nyata di depan mata kami semua. Awak dah tidur dengan perempuan tu,Farhan!”,Farisya dibasahi air mata. “Percayakan saya”, Farhan sudah menggenggam erat tangan isterinya. Farisya menarik tangannya. Air matanya semakin deras. “Saya tak sangka, saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni!”,kata Farisya lalu terus keluar dari bilik itu. “Akak!”,panggil Waheeda tetapi ditahan oleh Sharid. “Awak,saya rasa kita tak payah masuk campur,ya”,Sharid memberi nasihat. Waheeda sudah tidak keruan. Farhan sudah berlari mengejar Farisya. “Risya,tunggu!”,pekik Farhan. Farisya segera berlalu pergi. Sebaik sahaja melihat kereta wanita itu tiada,hati Farhan hancur. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it