❤Luluhnya Sebuah Ikatan- bab 8❤
Sunday, 3 November 2013 | 05:56 | 0 love drops
BAB 8
Sharid menaburkan kertas kerjanya ke lantai. Dia memegang kepalanya. “Projek Bandar Kelukur ini memang menyusahkan!”,kata Sharid. “Sharid, awak okey?”,soal Waheeda. “Kenapa tak ketuk pintu dulu sebelum masuk?”,soal Sharid. “Maaflah tapi saya nak ajak awak keluar lunch dengan saya”,kata Waheeda sambil tersenyum. “Malaslah,saya tak lapar”, Sharid bermasam muka. “Okey,kalau tak mahu keluar dengan saya tak apa. Cuma saya nak tanya, kenapa kertas kerja projek besar ini boleh berterabur. Koyak sana sini”, Waheeda menegur. “Papa dah amanahkan awak projek ini. Awak patut hargainya”,kata Waheeda memberi rangsangan. Yalah,dia amat mencintai Sharid. Kalau boleh,dia mahu Sharid menjadi kebanggaan keluarganya. “Awak janganlah nak menyibuk! Saya tahulah kerja awak cuma menyelit mengacau orang kat pejabat ini! Senang kan kerja awak? Jadi,kerja saya ini susah. Ada hari kena duduk tengah panas! Boleh tak jangan masuk bilik saya semata-mata nak membebel!”,marah Sharid semula. “Apa bising-bising ini?”,soal Farhan yang tiba-tiba menerjah masuk. Sharid kembali duduk. Dia cuma diam membisu. “Sharid,aku dengarlah semua nasihat adik aku. Nak bertengkar pula! Betul kata Waheeda, papa dah amanahkan kau untuk jaga dan buat yang terbaik projek ini. Oh ya,mentang-mentanglah papa aku dah sayang sangat dengan kau! Buat perangai. Ingat ini office engkau?Tiada maknanya. Aku ada lagi satu benda nak cakap dengan kau. Tapi,Eda keluar dari bilik ini dulu”,Farhan berhujah panjang lebar sebelum menyuruh adiknya keluar. Waheeda yang terkesima dimarahi oleh Sharid hanya menurut.
FOTO-foto kenangan dirinya bersama Farisya direnung dalam-dalam.Lelaki itu cuba mengoyakkan gambar itu namun tangannya seolah ditahan dan air matanya menitis. “Norman Yusoff,kau kena dapatkan cinta kau kembali!”,jeritnya sendiri. Walaupun dia tahu segala hakikat, Farisya sudah dimiliki dan tak mungkin direbut kembali,cintanya tak pernah goyah atau runtuh.   
          “Sharid, jangan pernah mengganggu hidup aku lagi”,kata Farhan. “Bila masa aku ganggu hidup kau?”,soal Sharid terpinga-pinga. “Kau sukakan isteri aku,kan?”,soal Farhan menjeling laju sambil tangannya mengepal penumbuk hanya sebagai simbol. Tak mungkin dia mahu menumbuk Sharid,pekerja kesayangan papanya. Sharid mula terdiam,mahu menjawab tidak mahu menjawab. “Errrr... mana ada”,Sharid mula rasa gelisah. “Bila kau bertemu dengan Farisya, mesti ke kau renung dia dalam-dalam?”,soal Farhan persis seorang detektif terlatih. Sharid terus membisu. “Jawab pertanyaan aku,Sharid!”,Farhan rasa mahu menampar-nampar wajah Sharid. Dia pasti Sharid mempunyai naluri cinta pada isterinya. Lantas Farhan melarikan matanya dari terus menjeling Sharid. Takut juga tangannya melayang apabila syaitan mula menguasai minda. “Farhan,aku minta maaf kalau itu yang kau rasa. Tapi sejujurnya,aku memang dah jatuh cinta dengan isteri kau”, jawab Sharid jujur. Pergaduhan mereka ternyata didengari Waheeda. Air mata mula mengalir di pipinya. Waheeda lantas terus pulang ke rumah tanpa mahu mendengar perbualan seterusnya. “Sharid..”,sebut Farhan. “Kau pun bukannya sayangkan isteri kau. Aku dapat rasa yang kau dipaksa berkahwin. Kau tak sayangkan dia! Justeru, aku akan cuba mengambil alih perhatian dia kepada aku”, Sharid mula menjeling Farhan. “Kurang ajar kau!”,Farhan segera keluar dari pejabat Sharid. Tidak mahu kecoh satu syarikat dengan pertelingkahan mereka nanti. Kalau ditunggu lama,pasti mati Sharid dikerjakannya.
           PUAN SRI Faridah menghidangkan lauk-pauk dibantu oleh menantunya,Farisya. “Waheeda balik awal harini,mama?”,soal Farisya. “Ha’ah. Dia balik, lepas tu terus masuk bilik. Mama tegur tak berjawab. Ada masalah kerja kot”, Datin Faridah mengandaikan. Farisya terangguk-angguk. “Farisya, suami kamu balik tengah hari kan?”,soal Puan Sri Faridah pula. “Iya mama. Baru je tadi Han call”,jawab Farisya sambil tersenyum indah.  
          Usai makan, Farhan terus menuju ke bilik untuk menunaikan solat zuhur. “Awak, kita solat berjemaah nak tak?”,soal Farisya. “Solat berjemaah? Kau belum solat?”,soal Farhan kembali. Farisya mengangguk sambil tersenyum lebar. “Jomlah,kau pergi ambil wuduk dulu”,Farhan kembali mengambil tempat di atas tikar sejadah. Dicapainya Al-Quran untuk dibaca sementara menunggu Farisya. Juga mahu menenangkan jiwanya yang tidak tenang.
          “Farisya,dah tiga bulan kita kahwin. Kau ada rasa apa-apa?”,soal Farhan lalu wajahnya memerah. “Kenapa dengan muka Han?”,soal Farisya kembali. Farhan menggeleng laju lalu menjeling tanda suruh menjawab. “Rasa... biasa. Cuma,berubah sikitlah”,jawab Farisya jujur. “Apa yang sikit tu?”,soal Farhan sambil melipat sejadah. “Farisya rasa perasaan sayang dalam hati makin bertambah”,jawab Farisya tersengih. “Makin bertambah?”,Farhan masih kurang jelas. “Maksudnya,dulu perasaan sayang dalam hati Farisya sikit je. Tapi sekarang berlambak,macam melimpah. Han rasa sayang tu untuk siapa?”,soal Farisya lalu tersenyum nakal. Farhan mula memahami. Saat dia memandang ke arah Farisya,isterinya itu sudah berlari keluar dari bilik. Hati Han mula rasa berbunga-bunga.
          “Farisya,bersiap cepat. Harini cuti,jomlah kita jalan-jalan”, ajak Farhan. “Okey”,pendek saja balasan dari Farisya. Gadis itu juga mahu bersiar-siar setelah puas bekerja.
“MAMA, Han nak keluar dengan isteri kesayangan Han hari ni ya”,kata Farhan lembut sambil mengucup tangan mamanya. Farisya juga membuat perlakuan yang sama. “Baik-baik ya. Farhan,jaga menantu mama!”, Puan Sri  Faridah melambai. “Pakai siltbelt”,arah Farhan kepada Farisya. Dia hanya mengangguk,sabarlah cik abang oi! “Apa jeling?”,soal Farhan. “Aku takut kang kau tercampak keluar siapa nak sambut?”,Farhan berkias. Isy,dia ni!
          “Mana Farhan dan Farisya?”,soal Tan Sri Zakrul. “Dia orang keluar. Farhan nak bawa Isya ke mana entah”,jawab Puan Sri Faridah sambil menghulurkan secawan teh. Tan Sri Zakrul menyambutnya dengan senyuman melebar. “Malam ini, Sharid nak datang dinner”, kata Tan Sri Zakrul. “Dia yang offer diri?”,soal Puan Sri Faridah pelik. “Ya, dia yang cakap dengan saya sendiri nak datang. Biasa tunggu kita ajak pun liat bukan main dia”,kata Tan Sri Zakrul lalu tertawa kecil. “Idah bukan apa,bang. Risau dengan Farisya. Sharid tu semenjak Farisya dah kahwin dengan Farhan, sengih je bila datang sini. Idah selalu perasan Rid renungkan Isya tu je.  Nampak juga cemburu Farhan tu menggerutu. Takut Sharid ada hati dengan Farisya”,panjang berjela Puan Sri Faridah meluahkan. “Takdelah Idah, Sharid takde hati kat Isya. Saya kalau boleh,nak Sharid dengan Eda”, kata Tan Sri Zakrul tersenyum segaris. “Yelah”.

          Aisyah tersenyum segaris. “Haih,gembira betullah sepupu aku ini. Jalan-jalan... aku ni lah tinggal seorang diri bila Farisya dah kahwin”,Aisyah mengeluh perlahan. Dia lantas meneruskan langkah keluar dari restoran. Niatnya ingin menuju ke kompleks membeli-belah. “Aisyah, Aisyah!”,pekik seseorang. Kelihatan Norman Yusoff tercungap-cungap. “Apa hal mamat ni cari aku? Aduhai!”,keluh Aisyah. “Kau kena cakap dengan aku, kat mana Farisya sekarang. Mana rumah laki dia?”,soal Norman. Aisyah terkelu. “Syah, kau cakap dengan aku sekarang. Aku perlu cari dia”,Norman hampir menengking. “Aku tak tahulah alamat suami dia. Kau carilah kat Google ke... Yahoo ke... kalau tak pun kau boleh guna Friends Detect’ On-car”,kata Aisyah. Gila? Buatnya betul Norman gula aplikasi serupa macam GPS, Friends Detect’ On-Car,mampus! Dahlah dengar cerita,aplikasi tu lebih cekap. Buatnya terjumpa Farisya,masak aku! Tapi kan,aplikasi tu harga dekat RM5000 juga. Mana Norman mampu? “Aisyah,apa kau termenung?”,soal Norman. Kini Aisyah di dalam genggaman Norman. “Tolong aku...”,kini Norman sudah memeluk kedua-dua  belah kaki Aisyah. Akibatnya,Aisyah mahu terjatuh. “Apa kau buat?”,soa Aisyah. Orang sekeliling mula memandang sumbang. “Orang ramai ni,Man”,pujuk Aisyah. ‘Psikolah jantan ni. Patut pun Farisya buang kau,Man’,detik hatinya. “Ramai orang?”,soal Norman Yusoff kembali. Lalu lelaki itu menarik Aisyah ke lorong sunyi. “Sekarang tak ada orang kecuali kita berdua kan. Jadi,kau kena cakap sekarang. Bohong tahap gila kalau kau tak tahu!”,jiwa Norman mula cengkung. Aisyah mula rasa terperangkap. Kasihan Farisya, takkanlah aku nak mengkhianat dia?! 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it