❤Luluhnya sebuah ikatan -bab 9❤
Monday, 4 November 2013 | 23:29 | 0 love drops
BAB 9
“Kau bawa baju lebih,tak?”,soal Farhan. “Ada”,jawab Farisya ringkas. “Taman tema air Sunway Lagoon?”,soal Farisya. Farhan lekas-lekas membuka pintu untuk Farisya. “Jom!”, kata Farhan sambil menggalas beg baju lebih.  Tangan Farhan mula bertaut di pinggang Farisya. “Biar orang tak kacau”.
          Farisya hanya merenung kolam renang yang luas. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di dalam kolam. “Oi, apa hal termenung cik adik?”,soal Farhan sambil mencangkung di sebelah isterinya. “Bosanlah kat sini”, Farisya merungut. “Bosan? Mandilah jom”,ajak Farhan. “Kalau boleh mandi tak apalah. Ini,seganlah nak mandi. Lagipun datang sini membazir je. Lainlah kalau family. Tengok,ramainya orang dewasa mandi-manda sebab layan kerenah anak”,Farisya mencebik. “Oh, jadi kita kena ada anaklah baru boleh datang sini?”,soal Farhan. Pipi Farisya mula memerah. “Ok, harini kat sini. Esok lusa baru pergi pantai”,Farhan tersengih. Farhan sudah pun berenang di dalam kolam renang. “Macamlah rumah tak ada swimming pool!”,Farisya mencebik. Cebikannya semakin memuncung. Lama-kelamaan hati Farisya tergoda,dia pun sudah bermandi-manda. Hahahahaha! Tadi berlagak,lepas tu mengalahkan budak-budak! Farisya,Farisya!
“MAAFKAN aku Farisya....”,Aisyah menekan pedal minyak lalu berhenti di bahu jalan. Dia runsing. Alamat Farhan,juga di mana Farisya berada sekarang diberitahu. Sebak bertandang. “Mesti Farisya marahkan aku. Susah kalau pernah ada hubungan dengan lelaki gila macam tu”, Aisyah mendengus geram. Telefon Blackberrynya dicapai. Mahu mendail nombor telefon rakannya,namun terbantut. Perasaan bersalah memonopoli dirinya.
          “Lepas ni kita tengok 5D nak?”,soal Farisya. “Alah kau ni. Tak sempatlah,nanti-nanti kita datang. Lepas ni ada tempat lain aku nak bawa kau”,jawab Farhan lalu menarik tangan Farisya menuju ke kereta. “Yelah,cik abang”,jawab Farisya dengan senyum  meleret. Farhan memandu sambil mulutnya menyanyi sendiri. “Han... awak dah jumpa jawapan semalam?”,soal Farisya. Jantungnya berdegup laju. “Jawapan semalam?”,soal Farhan. “Tak ingatlah tu!”, Farisya memeluk tubuh membuat gaya merajuk. Walhal,hanya mahu mengingatkan Farhan!
           “Banyak sangat perkara semalamlah sayang... mana nak ingat. Nak merajuk rajuk pula,cik abang awak ni dahlah tak pandai pujuk”,Farhan memandang Farisya buat seketika. Sayang? Eeuuww! “Yang awak tanya saya fasal apa yang berubah?”,soal Farisya. Farhan ligat mencerna. Oh,itu! “Dah, akulah kan”,kata Farhan tanpa berjarang-jarang,terus jelas-jelasan. “Perasan”,Farisya berbohong. Yes,dia dapat scan! “Eleh,sudah terang lagi bersuluh. Macam orang tak tahu”,Farhan mencuit hidung Farisya. “Hey,sempat lagi nak cuit hidung orang. Bawa kereta elok-elok”,Farisya memuncung sampai boleh menyangkut hanger. “Aku pun sama”,Farhan tersenyum lebar. Farisya hanya mengangguk.
          “Aik, kata nak bawa saya pergi tempat lain? Apa hal terus balik?”,soal Farisya. Farhan hanya mendiamkan diri. Farisya terus menuju ke bilik selepas mencari kelibat mama yang tidak kelihatan. “Mama suruh balik awal sebab Sharid nak datang”, Farhan membaringkan diri di katil. “urmm..”. “Kali ni mama kata Sharid nak datang sendiri,bukan papa ajak. Ada makna tersirat tu”,Farhan mendengus. “Makna tersirat?”,soal Farisya. “Kau sayang aku,kan?”,soal Farhan lalu menyentuh lembut tangan Farisya. Gadis itu terdiam. “Kalau aku bagitahu kau,lepas tu aku tanya kau apa-apa. Kau kena jawab”, Farhan mengarah.  “Sharid sukakan kau. Dan aku tahu dia datang sebab nak tengok kau. Dia juga cakap dengan aku yang dia akan alih perhatian kau kepada dia”, kata Farhan. Farisya terkesima. “Kau sukakan Sharid?”,soal Farhan. “A..aku... aku cuma sayangkan.....”,Farisya tergagap-gagap. Farhan merenung dalam-dalam mata Farisya yang berkaca. “Aku takkan khianati kau. Aku sayangkan kau”,jawab Farisya lalu memeluk Farhan kesedihan. Farhan dapat merasakan kehangatan kasih sayang daripada isterinya. Aku tahu Farisya...aku tahu.
          Makan malam yang disediakan dimasukkan ke dalam perut dengan penuh selera. Sengaja Sharid duduk di hadapan Farisya,mahu bertentangan mata dengan gadis itu. Entah mengapa,dia rasa mahu mencabar Farhan. Selalunya,dia malas mahu bertengkar dengan lelaki itu. Namun,bila soal Farisya hati ligat mencabar suami gadis manis itu. Farhan yang panas hati melihat Sharid asyik merenung Farisya mencapai tangan Farisya. Diusapnya lembut sambil tangan kanannya menyuap laju nasi yang berbaki. ‘Aik dia ni,pelik semacam je. Siap pegang tangan bagai masa makan’,detik hati Farisya lalu tersengih. Sempat mengutuk Farhan di dalam hati. Isy!
“AYAH Zakrul, Sharid rasa projek Bandar Kelukur itu besar sangat untuk Rid”, Sharid berkata sambil meminta belas kasihan. Tan Sri Zakrul mengeluh halus. “Ayah ingatkan nak memberi kepercayaan projek itu pada Rid. Harga berbilion projek tu Rid!”, Tan Sri Zakrul mengurut dagu. Sharid menunduk. “Papa,biarlah Han yang uruskan projek tu”,Farhan mengambil tempat di sebelah papanya. Dia juga memberi isyarat supaya Farisya turut serta di dalam perbincangan di ruang tamu yang luas itu. “Kamu kan uruskan projek Bukit Indah?”,soal Tan Sri Zakrul lagi. “Projek itu sudah siap tiga hari lepas. Esok akan dihantar kertas kerjanya”,Farhan berkata bangga. “Bagus,bagus. Sharid, projek Bandar Kelukur diserahkan kepada Han. Kamu cuma tunggu projek dari Wisma Damansara, besar dari projek Bandar Kelukur”,kata Tan Sri Zakrul lalu meninggalkan Sharid,Farhan dan Farisya bertiga di ruang tamu itu. Farhan tersenyum sinis. Mahu lari ? Kan sudah dapat projek lagi teruk!
          “Farhan,aku nak pinjam Isya kejap”,kata Sharid sambil tersengih. “Tak boleh”,kata Farhan menggenggam erat tangan isterinya. “Aku tak culiklah! Nak bincang kejap je”,kata Sharid lalu mencebik persis anak kecil. “Bincang dengan suami dia sekali”,Farhan tersenyum sinis. “Isy dia ni. Nak pinjam Farisya kejap je pun tak boleh. Dahlah,aku balik dulu ya”, Sharid bersalaman dengan Farhan walau salam tak seikhlas mana.
“SESUKA hati je nak meminjam isteri orang. Ingat troli kat pasar raya ke apa?”,Farhan mendengus geram. Farisya tersengih. Gembira melihat Farhan cemburu. Comel wajah singa ni marah! “Apa sengih-sengih?”,tegur Farhan. Geram pula melihat wajah Farisya yang masih boleh tersenyum tatkala dia berduka. Adakah Farisya bertentangan dengannya sama sekali? “Tak ada apalah. Sabar je lah cik abang ya”,Farisya menepuk bahu Farhan perlahan. “Sabar? Dia nak pinjam kau pun kau masih suruh aku bersabar. Aku masih sabarlah ni,kalau tak dah melayang tangan ni”,Farhan melepaskan keluhan berat. “Alah, dia nak pinjam je. Bukannya ambil terus”, Farisya sengaja mahu menduga Farhan. Farhan terasa hatinya sungguh kecewa. Sekarang dia keliru,adakah Farisya mempunyai perasaan yang sama seperti Sharid. Sungguh,dia keliru dengan wanita itu. “Malas aku nak bercakap dengan kau”,Farhan membelakangkan Farisya. “Han,awak nak air?”,soal Farisya. Farhan membatukan dirinya. Aduhai,merajuk pula! Cakap sikit dah sulking, menyampah aku! Ikutkan hati wanitanya,mahu saja diperli lelaki itu. Namun ditahan sahaja,dia suami akulah! Tak baik begitu.....
“HARINI kita cuti ya”,Farhan mengarah Farisya. “Cuti?”,soal Farisya. “Ya..aku dah cakap dengan papa. So,tak ada aral melintang lagi”, Farhan menarik tangan Farisya. Wanita itu mengeluh. “Tak baik berkeluh-kesah dengan arahan suami. Berdosa! Isteri kena ikut arahan suami selagi tak bertentangan dengan agama Islam”, Farhan memimpin tangan Farisya. Ewah,ewah... Nak berceramah dengan aku pula ya?! Macam aku ni tak tahu isu agama berdosa bagai! Phuii!
          “Han dengan Isya cuti harini,abang tahu tak?”,soal Puan Sri Faridah sambil menyendukkan nasi goreng untuk Tan Sri Zakrul. “Tahu...dari malam tadi sampai ke pagi ni. Dah lebih sepuluh kali Han cakap dengan abang”,Tan Sri Zakrul mengukir senyum lebar. “Idah rasa dia orang dah betul-betul serasi sekarang ni”,  Puan Sri Faridah mengagak. “InsyaAllah”,Tan Sri Zakrul mengangguk. “Abang dah uruskan honeymoon dia orang?”,soal mama Farhan lagi. Tan Sri Zakrul mengangguk.

          “Awak,pengurus kewangan kat syarikat tu siapa?”,soal Farisya tiba-tiba. “Apa tiba-tiba soal fasal kerja ni? Tak ada cerita lain ke?”,Farhan menjeling. Budak ni,tak romantik langsung! Cerita fasal kerja,kerja,kerja! “Saya tanya je. Memudahkan kerja saya,lagipun awak tu kan bos. Mesti jawab semua soalan pekerja”,kata Farisya lalu tersengih. “Sekarang ni kau tengah cuti kan. So,aku tak perlu jawab soalan kau”,Farhan membuat muka selamba. “Why?”,soal Farisya kembali. “Yelah, sekarang kau isteri aku. Bila kau dah masuk kerja nanti,baru jadi pekerja”,Farhan tersenyum nipis. “Baru nak mengaku isteri”,Farisya mencebik. Susah ke nak jawab soalan aku? Ke dia tak tahu? Hahahaha! 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it