❤Awak Adalah Mrs Adam! - Bab 1❤
Wednesday, 25 December 2013 | 22:38 | 0 love drops
BAB 1
Tengku Adam Tengku Iman tersenyum manis. “Macam penting aje perkara yang mummy nak cakap dengan Adam ni?”,ujar Adam. Tengku Maria tersenyum lalu mengangguk perlahan. “Penting sangat ni Adam”,sambut Tengku Iman. Adam sudah mengerutkan dahi,apa hal yang penting sangat ini?
        “Adam,mummy nak Adam dengar elok-elok ya. Mummy nak Adam kahwin dengan Esmira Rose”,kata Tengku Maria lalu tersenyum lebar. “Esmira Rose?!”,Tengku Adam kehairanan. “Siapa dia tu mummy?”,soal Adam tidak pasti. “Dia tu anak kawan mummy dan juga daddy. Esmira tu baik dan cantik tau Adam!”,puji mummynya.
          “Apa-apalah,mummy. Like usual,Adam hanya ikut arahan mummy. I know you want to do the best for me”,balas Adam,membuatkan senyum Tengku Maria dan Tengku Iman melebar.
ZURINA tergelak kecil. “Tahniah,kawan! Kau bakal menjadi seorang isteri mithali”,usik Zurina. Wajah Esmira Rose sudah cemberut. Merah padam wajahnya di waktu itu. “Kau ni boleh tak jangan sakitkan hati aku?!”,marah Esmira. Hatinya panas membara.
          “No,Esmira Rose! Mama dan papa sudah buat keputusan. Rose kena kahwin dengan Tengku Adam,biarlah mama dan papa buat yang terbaik untuk Rose...”,ujar Datin Fatimah. “Mama.... But,Rose tak kenal pun lelaki tu”,kata Esmira sambil menagih simpati daripada papa dan mamanya. Wajah papanya itu direnung lama,meminta belas kasihan. “Rose, kami hanya mahu Rose bahagia. Kami yakin Rose pasti bahagia dengan Adam”,pujuk Datuk Farid. Esmira Rose sudah mengetap gigi,menahan hati yang sudah meraung.
         “Hoi,kau dah berangan jadi isteri Tengku Adam ke?”,Zurina memecahkan lamunan Esmira. “Aku hanya mampu ikut aje cakap mama dan papa aku tu. Terpaksalah”,balas Esmira perlahan. Zurina tersenyum segaris.
WAJAHNYA bengis menahan perasaan. Entah siapalah yang mama aku nak jodohkan aku tu,telahnya. Olivia melangkah penuh gaya ke arah Tengku Adam. “Hai Adam”,sapa Olivia penuh manja. “Hai”,jawab Adam dengan ringkas. Suasana di Cafe Casa Trio itu menyamankan dan menenangkan. “Kenapa muram je ni,Adam?”,tangan Olivia sudah meliar ke pipi Adam. “Olivia,please don’t disturb me”,arah Tengku Adam,tegas. Dia rimas dengan wanita yang berlagak diva itu,suka sangat menyibuk dengan dirinya.
        “Tengku Adam, saya sentiasa ada di sini untuk mendengar luahan awak”,pelawa Olivia lagi,kali ini lebih diva. “I don’t need you”,balas Adam sedikit kasar sambil menolak tangan Olivia. “Adam,awak tahu yang saya sukakan awak,kan? Cuma awak berlagak,tak mahu melayan saya. Ingat awak bagus sangat?!”,luah Olivia sambil menjeling Tengku Adam. “Ya,memang saya bagus sangat-sangat!”,sindir Adam dengan tajam. “Okey,Tengku Adam. Awak akan sukakan saya juga suatu hari nanti,itu saya yakin!”,ujar Olivia lalu melangkah keluar dari kafe itu. Adam sudah tersenyum sinis. Tak mungkin aku jatuh cinta dengan perempuan gedik terlebih dos macam kau,telahnya.
“ESMIRA,hari ni anak mama ni kena jumpa dengan Tengku Adam”,pinta Datin Fatimah. “Jumpa dia? Baguslah tu,takutlah pula nanti bila dah kahwin...Muka dia macam koala bear”,ejek Esmira Rose. “Rose! Mama tahulah bakal menantu mama tu macam mana. Tak adanya,Rose. Dia handsome,don’t worry my darling”,pujuk Datin Fatimah. Esmira tersenyum nipis. Jika benar apa yang dikatakan oleh mamanya,untunglah dirinya!
        “Abang dengar adik abang ni dah nak kahwin?”,tegur seseorang. “Abang!”,Esmira Rose bagai terkena renjatan elektrik. Dia segera memeluk abangnya yang sudah lapan tahun berada di London,dan sudah lapan tahun juga tidak pulang ke Malaysia! Emir membalas pelukan adik kesayangannya itu lalu bersalaman dengan mamanya. “Anak mama ni makin lama makin mengancamlah!”,puji Datin Fatimah. “Biasalah mama! Tapi,adik Emir ni lagilah mengancam. Dah nak kahwin...”,usik Emir. Cubitan membisa Esmira singgah di pinggang Emir. “Aduh!”,Emir sudah mengaduh. Seketika kemudian,dua beradik itu sudah berkejaran sesama sendiri. Datin Fatimah sudah menggelengkan kepalanya. Gembira melihat keluarganya.
TENGKU Adam berpeluh-peluh. Hatinya berdebar-debar. Tengku Iman dan Tengku Maria sudah tersenyum melihat gelagat anak tunggal mereka itu. “Adam,dah tak sabar nak jumpa Esmira ke?”,usik Tengku Iman lalu tertawa kecil. Adam hanya mampu mengukirkan senyuman nipis. Takut juga jika gadis pilihan ibu bapanya itu berwajah panda,telah hatinya.
        “Assalamualaikum”,sapa seseorang. Mereka menjawab salam lalu memandang gerangan itu. “Iman,Maria”,sapa Datuk Farid lagi. Tengku Iman segera bersalaman dengan rakan karibnya itu. Tengku Maria sudah tersenyum-senyum melihat gadis di sebelah Datin Fatimah itu.
        Esmira Rose segera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tengku Maria. “Buat sopan sikit ya”,usik Emir. Esmira sudah menjeling abangnya itu lalu segera duduk. ‘Sempat lagi nak mengenakan adik ya’,bisik hati Esmira. Emir sudah tertawa di dalam hati melihat jelingan adiknya itu.
        Esmira sudah terpaku melihat Tengku Adam. ‘Ingatkan macam koala bear,rupanya....’,telah Esmira nakal. Tengku Adam juga sudah tersenyum sendiri. ‘Comellah Esmira ni’,detik hati Adam. “Esmira,inilah Tengku Adam”,Tengku Maria memperkenalkan anaknya. Esmira Rose hanya mengangguk. “Baguslah dia orang berdua ni setuju”,Tengku Iman memulakan bicara. Kemudian,mereka rancak berbual. Hanya Adam dan Esmira sahaja diam tidak berkata apa-apa.  
“SO,macam mana dengan Adam tu?”,soal Datuk Farid. Esmira hanya tersenyum. “Okeylah,papa”,balasnya ringkas. “Okey je? Ke adik dah jatuh cinta....”,usik Emir pula. Esmira sudah menjegilkan matanya. “Abang!”,pekik Esmira. “Betullah apa yang abang Rose cakap tu”,balas Datin Fatimah,juga dalam usikan.  Wajah Esmira sudah merah padam. Malu dengan usikan keluarganya. Namun,dia tahu dia belum jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Tengku Adam Tengku Iman itu.
          Esmira melirik iPhonenya. Nombor telefon Adam yang baru disimpannya hendak didail. “Tapi buat apa aku nak call dia?”,ujar Esmira sendiri. Dia sendiri bingung. Kemudian dia segera memejamkan matanya. Beberapa saat kemudian,Esmira sudah terlelap.
TENGKU Iman tersenyum lega. “Rasanya Adam tu suka tak dengan Esmira tu?”,soal Tengku Iman kepada isterinya. “Entahlah. Tapi saya rasa,dia suka agaknya”,balas Tengku Maria. “Harap-harap begitulah”,Tengku Iman sudah mengharap.

        Adam meraup wajahnya. “Haih...memang betullah mummy cakap. Comel,cantik.... Sopan aje Esmira tu”,puji Adam sambil membaringkan dirinya ke atas katil. Kemudian dia menepuk pipinya. “Kenapa dengan kau ni,Adam?!”,soal Adam sendiri. ‘Mungkin ke aku dah suka kat dia?’,detik jiwanya sendiri. Kemudian dia tersenyum simpul. Mengharapkan perasaan yang menerangkannya. Dia melirik jam tangannya. Jam lima petang. Dia memejamkan matanya. Mengharapkan mimpi di siang hari....

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it