❤Awak Adalah Mrs Adam! - Bab 2❤
Thursday, 26 December 2013 | 05:56 | 0 love drops
BAB 2
Adam menghirup teh
perlahan-lahan. Fikirannya masih lagi bersama Esmira Rose. “Adam, ingat kat
siapa tu?”,soal Tengku Maria,pelik melihat sikap anaknya. “Mummy,bila tarikh
pertunangan Ad?”,soal Adam pula. Tengku Maria mencuit suaminya. Tengku Iman
hanya mampu tersenyum. “Tak sabar ke? Lagi dua minggu majlis pertunangan
Adam”,jawab mummynya. Adam hanya mengangguk lalu tersengih. “Confirm Ad dah
jatuh hati dengan Esmira,kan?”,usik Tengku Iman. “Ya,daddy”,balas Adam selamba.
Kemudian dia menekup mulutnya. ‘Macam mana boleh terlepas cakap ni?’,bisik
hatinya sendiri. Daddy dan mummynya sudah tertawa melihat gelagat Tengku Adam. Adam
sudah termalu sendiri.
“ROSE,petang ni Kak
June sampai”,ujar Datin Fatimah. “Kak June sampai petang ni? Dah lama tak jumpa
dengan Kak June”,balas Esmira Rose. Kakak saudaranya itu sungguh rapat
dengannya,sudah seperti adik-beradik. Perbezaan umur dia dan June hanyalah
empat tahun. Umur Kak June itu sama dengan umur Emir. “Dapatlah abang jumpa
dengan buah hati abang hari ini”,kata
Esmira selamba. Emir berkerut seribu,mencerna kata-kata adiknya itu.
“Rose....Rose... Pandai-pandai aje skandalkan abang ya”,balas Emir. Esmira
menghamburkan tawanya. Padan muka,asyik usik kita aje kan,telah Esmira sendiri.
“Majlis pertunangan Rose dua minggu
lagi aje tau. Get ready,sweety”,ujar Emir. “Pandai-pandai aje abang ni”,
sangkal Esmira. “Betul Rose”,Datin
Fatimah pula membalas. Esmira Rose sudah terdiam. “Cepatnya,mama”,rengek Esmira
Rose. “Cepat tak cepat... Mama rasa lagi cepat lagi bagus. Makin awallah mama
dapat cucu”,jawab Datin Fatimah. Emir sudah menghamburkan tawanya.
“Mama! Mama tak terfikir ke nak
jodohkan abang dulu,mana boleh...langkah bendul”,ujar Esmira. “Istilah langkah ke,lompat bendul
ke....Tak ada. Anak mama ni kan vogue,bahaya kalau kahwin lewat. Emir tak
apa,dia lelaki”,balas Datin Fatimah. Esmira mengangguk perlahan. Dia tahu
mamanya mahu yang terbaik,dia tidak mahu menyangkal. Emir mengukir senyuman.
Dia yakin adiknya itu akan bahagia bersama Tengku Adam. Kemudian,dia tiba-tiba
memikirkan tentang June Zabella...
“JUNE!”,Datin
Fatimah sudah memeluk anak saudaranya itu. “Best belajar kat New Zealand?”,sapa
Emir. June hanya mengangguk. “Abang risau tau...Takut Kak June jatuh cinta
dengan orang lain. Sebenarnya abang suka Kak June tau”,kata Esmira. June
Zabella sudah ternganga. Datin Fatimah dan Datuk Farid juga bingung,betul ke?
“Isy,Rose tipu aje ni. Mana ada”,sangkal Emir lalu menjeling setajam pedang
samurai ke arah adiknya.
“Awak ni,Rose! Takkanlah Emir nak
suka kat akak”,ujar June. “Hehehe... Tapi kan, Rose rasa abang memang syok
dekat akak”,Esmira membisikkan kepada June Zabella. June sudah termalu,betul ke?
“AKU dengar kau dah
nak bertunang,bro? Betul ke?”,soal Amirul. Adam mengangguk. “Tahniah
sepupuku,Tengku Adam Tengku Iman”,usik Amirul. Adam tertawa kecil. “Apa-apalah
kau ni”,balas Adam selamba. “Eh,tapi bila masa kau bercinta ya? Tiba-tiba dah
nak tunang”,soal Amirul lagi. “Amirul,sebenarnya perempuan tu anak kawan baik
daddy dan mummy aku”,jawab Adam bersahaja. “Oh,gadis pilihan keluargalah ni”,ujar
Amirul. “Tapi,aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertamalah,Am”,ujar Adam
lagi.
Tersembul mata Amirul. Setahunya,Adam
ialah seorang yang tidak percayakan cinta. “Kau kan jenis yang tak percaya
cinta”,Amirul kehairanan. “Mana ada. Aku percaya pada cinta. Tapi,aku belum
bersedia untuk jatuh cinta...Pandai-pandai aje kau buat andaian ya. Tapi,hati
aku dah terbuka luas seluas laut sekarang ni”,ujar Adam. “Fuh,lantak kaulah
Ad”,balas Amirul. Tak sangka sepupunya itu sudah jatuh cinta!
ESMIRA Rose menampar
wajahnya sendiri. Biar betul?! “Jom kita keluar dinner”,Esmira mengulang semula
SMS yang dihantar oleh Tengku Adam. “Baru jumpa sekali nak ajak
dinner...alone?”,ujar Esmira sendiri.
“Papa, boleh tak Rose keluar
dinner?”,Esmira meminta izin daripada Datuk Farid. “Dinner? With whom?”,soal
Datuk Farid. Esmira mengeluh lembut,dia kalau boleh malas mahu memberitahu
siapa yang mengajaknya. “Err...Adam”,jawabnya terketar-ketar. Datuk Farid
mengukir senyum lebar. “Fatty....anak kita nak keluar dinner ni”,panggil Datuk
Farid. Datin Fatimah mengerutkan dahinya. Dia tahu,anaknya kurang suka untuk
keluar malam. “Dengan Adam”,kata Datuk Fakrul lagi. “Alhamdulilah....Nampaknya
Adam dah suka Rose lah tu”,balas Datin Fatimah. Esmira sudah terdiam,kecohlah
macam ni!
“Apa mama?”,soal Emir yang sudah menuju
ke ruang tamu. Esmira sudah mengutuk dirinya sendiri. “Adik nak keluar dengan
Adam? Baguslah tu”,kata Emir lagi. “Pakai comel-comel tau,Rose”,ujar June pula.
Wajah Esmira sudah membahang. Tension!
“TERIMA kasih sebab
ajak saya dinner”,Esmira memulakan bicara. “Sama-sama kasih,Esmira”,jawab Adam
sambil merenung anak mata Esmira. “Kenapa pandang saya macam tu?”,soal Esmira
pelik. “Tak adalah,mata awak comel”,balas Adam. “Comel?”,Esmira kehairanan. “Yup,awak
memang comel. You’re so perfect,sweety”,balas Tengku Adam. Esmira menundukkan
wajahnya. “Thanks,Adam”,hanya itu mampu diluahkan dari mulut Esmira.
“Kenapa awak setuju nak kahwin dengan
saya?”,soal Adam. “Errr...saya tahu mama dan papa saya nak saya bahagia”,balas
Esmira Rose. “Maknanya awak akan bahagia dengan saya?”,Tengku Adam menyoal
lagi. “Kenapa? Saya tak tahulah pula awak tak setuju..”,belum sempat Esmira
menghabiskan ayat Adam sudah memotong. “Bukan macam tu. Saya akan pastikan awak
bahagia”,ujar Adam. Degupan jantung Esmira berombak kencang. Nafasnya
seolah-olah terhenti. Adam mencapai
tangan Esmira. “Sebenarnya..... saya dah jatuh cinta pada kali pertama kita
bertemu”,ucap Tengku Adam.
Esmira Rose menarik tangannya kemudian
mengukir senyuman nipis. “Adakah awak bergurau?”,soal Esmira. Adam mengeluh
lembut. “Tak,saya tak bergurau”,balas Adam. Esmira sudah terpaku di situ.
Mulutnya ibarat ditampal menggunakan plaster. Kata-katanya tidak bisa
diungkapkan. Adam tersenyum.
“CEPATNYA dia
cintakan kau”,Zurina kehairanan. Esmira tersenyum. “Kau rasa dia memang
betul-betul syok kat kau ke?”,soal Zurina. “Entahlah,Zue”,balas Esmira,ringkas.
“Oh...kau pun dah jatuh cinta kat mamat tu eh?”,usik Zurina. “I’m not sure
about the feelings,Zurina”,jawab Esmira.
“Esmira Rose,hati kau boleh rasa
segala-galanya,kan? Jadi hanya kau boleh tahu,betapa jujurnya cinta
Adam”,nasihat Zurina lembut. Esmira mengangguk,ada betulnya cakap Zurina itu.
EMIR tersengih
sendiri bila mengingatkan June Zabella. “Abang... Ingat kat Kak June ke?”,usik
Esmira. Emir mengurut dadanya akibat terkejut. “Mana ada,adik! Tak habis-habis
nak kaitkan abang dengan June ya. Macam mana dengan Adam? Okey?”,Emir cuba
mengubah topik. “Alahai,abang dah nak tukar topiklah tu!”,balas Esmira Rose.
Emir sudah mencebik. “Yang abang tanya fasal dia tu kenapa?”,sambung Esmira
lagi. “Saja nak tanya. Dia ada cakap yang dia syok kat adik tak?”,soal
Emir,saja mahu mengusik.
Esmira terkebil-kebil. ‘Nak beritahu ke
tak ni?’,bisik Esmira di dalam hati. “Adik,cakap aje apa-apa kat abang. Abang
janji abang tak akan kecoh-kecoh”,ujar Emir,seakan membaca apa yang terlintas
di fikiran Esmira Rose.
“Memang betul. Err...”,Esmira
terketar-ketar memberitahu abangnya. “Dia beritahu yang dia dah jatuh cinta
dengan Rose?”,duga Emir lagi. Esmira mengeluh halus lalu mengangguk perlahan. “Alhamdulilah...
Sekurang-kurangnya,tak adalah adik kahwin dengan orang yang tak cintakan adik”,ujar
Emir. “Abang janji jangan beritahu sesiapa”,Esmira memberi amaran. Emir
tersenyum. “Tapi abang,Rose tak sukakan Adam tu pun”,kata Esmira Rose lagi. “Ya?
Lama-lama adik mesti suka dialah”,ujar Emir tenang. Esmira hanya tersenyum
segaris.
AMIRUL tersengih
melihat gelagat Adam. “Kalau ya pun dah angau kat Rose tu... Tak payahlah jumpa
aku,lepas tu berangan!”,tegur Amirul. “Rose? Siapa Rose?”,soal Adam. Amirul
menepuk dahinya sendiri. “Kau kan cakap nama bakal tunang kau tu,Esmira Rose!”,balas
Amirul. “Oh ya,aku lupa! Yalah,famili aku selalu panggil dia Esmira. Bukannya
Rose”,ujar Tengku Adam. Amirul mengangguk. “Tapi aku rasa,better kau panggil
dia... Esmira dan Rose. Barulah seimbang”,usik Amirul. “Nama pun kena seimbang?
Lawaklah kau ni Am”,Adam menepuk bahu Amirul.
Adam melirik Blackberrynya. Kemudian
senyuman merekah di bibirnya. “Okey,Amirul. Aku gerak dululah”,ujar Adam dengan
tergesa-gesa. “Apa hal nak balik awal pula ni?”,soal Amirul,pelik. “Bakal mama
aku nak jumpa”,ujar Adam lalu tersengih. “Amboi”,balas Amirul lalu
menggelengkan kepalanya. Dia bahagia melihat keadaan Adam,semoga perkara yang
pernah menghancurkan hati Adam tidak berulang kembali.
Hearts, <$NanaJepperz$>

