❤Awak Adalah Mrs Adam! - Bab 3❤
Thursday, 26 December 2013 | 06:42 | 0 love drops
BAB 3
“ROSE,pergi tunggu
kat luar. Biar mama yang hidangkan makanan ni”,arah Datin Fatimah. “Buat apa
Rose nak tunggu kat luar? Sejuklah,ma”,balas Esmira. “Tunggu buah hati Roselah”,kata
mamanya lagi lalu tersenyum. Esmira sudah mengangkat kening. Amboi,jika
tiap-tiap hari diusik,habislah begini!
“Adam,masuklah”,pelawa Esmira. Adam
hanya menurut lalu mengikut jejak langkah Esmira Rose. Diperhatikan gaya hiasan
rumah Datuk Farid itu. Ringkas namun mewah. Jika dilihat, rumah Datuk Farid itu
tiada bezanya dengan rumahnya. Luas,mewah,berkonsepkan Inggeris,namun tidak
terlalu berat.
“Aunty,mummy dan daddy kirim salam pada
aunty dan uncle”,ucap Adam. “Adam, panggil saja mama dan papa. Lagipun,daddy
Adam suruh Rose panggil mereka daddy dan mummy. Kami pun sama juga”,ujar Datuk
Farid. Adam hanya mengangguk sebelum memandang Esmira. “Adam,tak payahlah
pandang Rose tu lama-lama. Nanti dia perasan popularlah pulak”,usik Emir.
Esmira sudah menjeling abangnya itu. “Siaplah abang nanti”,bisik Esmira. Adam
hanya mengukir senyuman. ‘Memang popular pun’,telahnya. Datuk Farid dan Datin
Maria tersenyum-senyum sendiri. Melihat gelagat mereka, memang menghiburkan
hati!
“ESMIRA rasa baju
mana yang sesuai?”,soal Tengku Maria sambil menunjukkan lakaran Harith. “Err...mummy.
Ini kan majlis pertunangan saja kan. Kena pakai baju vogue macam ni ke?”,soal
Esmira Rose. “Mira... mummy nak yang terbaik untuk kamu berdua. Jadi, mama
minta Harith lakarkan yang terbaik lagi terbaik! Majlis perkahwinan tu nanti
lagilah vogue”,balas Tengku Maria sambil tersenyum lebar. “Yalah,Esmira.
Walaupun ia hanyalah majlis pertunangan. Esmira tetap kena nampak mantap dan
vogue!”,ujar Harith pula,pereka fesyen itu dibayar mahal oleh mummynya.
“Saya rasa baju yang ketiga tu. Kalau
warna ungu campur putih lagi cantik”,ujar Esmira. “Hmm... Esmira nak yang
hujungnya beropol-ropol atau berkilat-kilat?”,soal Harith sambil mencatat
sesuatu. “Kalau boleh beropol-ropollah. Kalau berbentuk bunga ros lagi comel
dan tampak anggun”,pinta Esmira. Itulah Esmira Rose,jika sudah diberi peluang
untuk memilih,pasti cerewet. “Sesuai dengan namanya... Esmira Rose!”,kata
Tengku Maria. “Mesti gempak nanti,Tengku...Mira...”,ujar Harith lembut.
JUNE Zabella
memandang Emir tidak berkelip. “Kenapa awak pandang saya lama-lama?”,soal Emir.
“Errr.. tak ada apalah”,balas June lalu segera melangkah. Esmira yang
menghendap dari balik pintu tersenyum nakal. “Oh...abang dengan Kak June dating
ya tadi?”,usik Esmira. “Isy,mana ada!”,Emir menyangkal. “Abang,malam ini Kak
June tidur sini. Bolehlah abang makan malam dengan dia,berbual dengan dia...”,belum
sempat Esmira habis bercakap Emir menyambung. “Cukuplah tu,Rose”,ujar Emir lalu
segera melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya. “Malulah tu!”,kata Esmira lalu
tergelak kecil. Suka dapat mengenakan abangnya itu.
Melodi Be My Baby nyanyian Wonder
Girls itu menggetarkan iPhone Esmira.
Dia menggosok matanya. Dia melirik jam di sebelah katilnya. Jam 11 malam. SMS
daripada Tengku Adam? Dia mengurut kepala kehairanan.
Adam: Assalamualaikum.
Dah tidur ke?
Esmira:
Waalaikumsalam. Terjaga dari tidur sebab awak SMS
Adam: Oh,maaflah ya
sweety
Esmira: It’s okay,Adam
Adam: Okeylah,saya cuma
nak tahu keadaan awak saja. Good night,sayang
Perkataan akhir di mesej Adam itu
mendebarkan Esmira Rose. Rasa mengantuknya tiba-tiba hilang. “Sayang?”,tiba-tiba
bibirnya mengukir senyuman indah tanpa disengajakan. Dia membaringkan
dirinya,mengharapkan mimpi yang indah menjengah.
TENGKU Iman pelik
melihat sikap anaknya yang sering termenung dan tersenyum sendiri. “Mar,cuba
awak tengok si Adam tu. Termenung, senyum seorang diri. Saya takut ada wayar
terputus agaknya”,duga Tengku Iman. “Isy,awak ni! Orang tengah bercinta
memanglah macam tu”,jawab Tengku Maria. “Herm... Macam mana dengan persiapan
pertunangan dia orang?”,soal Tengku Iman. “Itulah awak,tak mahu ambil tahu
langsung,kan?!”,cebik Tengku Maria. “Bukannya saya tak ambil tahu. Cuma kan
minggu ni saya sibuk sikit, sayang oi”,balas Tengku Iman. “Dah siap dah. Awak
rasa Adam kena ikut tak masa bertunang tu?”,soal Tengku Maria. “Kalau ikut cara
lama,Adam tak usah ikut. Tapi zaman sekarang ni,Adam ikutlah”,ujar Tengku Iman
lagi. “Kita tanya dia ajelah”,Tengku Maria memberi kata putus. Tengku Iman
mengangguk lalu mengalihkan pandangan ke arah Tengku Adam.
Adam merenung langit yang kebiruan...
Matahari didakap lembut... Mindanya mencerna tentang Esmira Rose yang telah
menambat hatinya. Diharapkan,gadis itu tidak akan menghancurkan hatinya seperti
dahulu.
Memang dia sukar untuk bercinta di atas
peristiwa yang lepas. Namun,jiwanya dilanda cinta pabila bertemu dengan Esmira
Rose. Dia tersenyum simpul. Semoga jodohnya dengan gadis itu kekal hingga ke
akhir hayat.
ADAM merenung wajah
Esmira. “Ingat,Ad. Rose tu baru jadi tunang Ad,belum jadi isteri lagi”,usik
Tengku Iman. Tengku Maria,Datuk Farid,Datin Fatimah,Emir,Zurina dan June yang
ada di situ sudah tertawa kecil.
“Alhamdulilah,selesai dah majlis ni”,ucap
Datin Fatimah. “Yalah,Fatty. Tunggu majlis akad nikah ajelah nanti”,balas
Tengku Maria,gembira. “Bila majlis akad nikah ya?”,soal Tengku Iman. “Hmm..belum
ditetapkan lagi”,ujar Datuk Farid sambil mengurut dagu. “Bulan depan elok,kan
papa?”,ujar Emir. “Bagus juga cadangan Emir tu”,balas Tengku Iman. “Kalau macam
tu, bulan depanlah”,kata Datin Fatimah pula. “Haih.. pengantin dah tak sabarlah
tu. Tunggu,sebulan saja lagi”,usik Zurina lalu menerima cubitan cepumas
daripada Esmira. “Kau ni memang ketam dari zaman berzaman,kan?”,bisik Zurina
kepada Esmira. Esmira hanya mengukir senyum nakal.
“BOLEH saya minta
nombor telefon kawan baik awak?”,soal Esmira Rose. “Buat apa?”,soal Adam
kembali. “Tak ada apalah. Cuma manalah tahu saya dapat informasi tentang awak
daripada dia orang”,balas Esmira. “Okey,ini nombor telefon Amirul. He is my
best friend and my cousin too”,ujar Tengku Adam.
“Thanks,my love”,balas Esmira lalu
menekup mulutnya sendiri. “Love?”,usik Adam lalu tersenyum. Esmira segera
melambai Adam lalu melangkah pulang. Dia menepuk mulutnya sendiri. ‘Haih mulut!
Apa yang kau sebut tadi?’,kutuknya sendiri.
Hearts, <$NanaJepperz$>

