❤Awak Adalah Mrs Adam! - Bab 4❤
Thursday, 26 December 2013 | 22:23 | 0 love drops
BAB 4
Esmira menunggu
dengan penuh setia di restoran itu. Dia melirik jam tangan Pandoranya itu.
“Hai,Amirul. Saya Esmira Rose”,sapa Esmira pabila melihat gerangan yang
ditunggunya itu tiba. “I know you,Rose from Adam”,balas Amirul.
“Boleh saya tahu tentang Adam?”,soal
Esmira. “Tentang Adam?Apa yang Rose nak tahu berkenaan dia?”,soal Amirul.
“Macam kisah silam dia. Dia pernah bercinta atau tidak...”,balas Esmira Rose.
“Oh,kisah silam Adam”,sambut Amirul.
Esmira mengangguk.
“Sebenarnya,Rose. Adam hanya pernah
jatuh cinta dua kali sahaja”,ujar Amirul. Esmira mengerutkan dahinya,kurang
mengerti. “Awak adalah cinta kedua dia. Kali pertama Adam jatuh cinta adalah
dengan Risa”,cerita Amirul lagi. “Macam mana Adam boleh berpisah dengan
Risa?”,soal Esmira. “Adam bercinta dengan Risa dekat dua tahun,kemudian mereka
merancang untuk bertunang. Dalam tempoh itu,Adam dapati Risa mendekatinya
hanyalah untuk harta dan juga Risa ada kekasih lain”,Amirul meneruskan
ceritanya. Esmira terdiam. “Jadi,saya harap awak tak akan menghampakan
Adam”,ujar Amirul lalu menggenggam erat jari jemari Esmira. Esmira segera
menarik tangannya,terkejut dengan tindakan Amirul. “Okey,saya faham
sekarang”,balas Esmira Rose.
“ADA apa awak nak
jumpa saya?”,soal Esmira Rose lalu mengambil tempat di hadapan Tengku Adam.
“Awak jumpa Amirul tanpa sebab tak apa? Menyesal saya berikan nombor telefon
dia pada awak”,jawab Adam. Esmira terkesima dengan kata-kata Adam. “Saya jumpa
Amirul bersebab”,ujar Esmira. “Okey,saya jumpa awak ni pun bersebab. Saya nak
tanya,kenapa awak jumpa Amirul tadi?”,soal Adam. “Kan saya dah kata,saya nak
ambil tahu fasal masa silam awak,info tentang awak”,balas Esmira lagi.
“Oh,tanya fasal saya? Atau bercinta di belakang saya?”,marah Adam. “Apa awak
cakap ni,Ad?”,tanya Esmira. “Habis kalau bercerita tentang saya. Kenapa sampai
pegang-pegang tangan bagai?”,soal Adam lagi dan mula melangkah pergi.
“Awak saya tak tahu. Dia yang pegang
tangan saya”,ujar Esmira sambil menghentikan langkah Adam. Adam masih membisu.
“Saya nak tahu semua tentang awak...sebab saya nak miliki awak selamanya. Awak
perlu tahu,yang saya bukan seperti Risa”,kata Esmira Rose lagi, ‘Risa?’,detik
hatinya. “Saya nak tahu tentang awak,segala-galanya fasal diri awak. Sebab saya
nak miliki hati awak,jiwa awak. Saya nak selami dunia awak,supaya awak akan
kekal milik saya selamanya”,Esmira menjelaskan. Adam sudah berpaling ke
arahnya. “That’s true?”,soal Adam lagi. Esmira tersenyum. “You’re mine forever.
Dan... awak dah tahu tentang Risa?”,soal Adam. “Ya,dan saya janji saya tak akan
jadi seperti dia”,balas Esmira. Adam tersenyum syukur. “Maafkan saya sebab
tersalah sangka tadi”,ucap Adam. Esmira tersenyum. Dia berjanji di dalam hati
supaya tidak menjadi seperti Risa,yang tamak dan hipokrit.
“EMIR rasa Rose tu
dengan Adam sesuai tak?”,soal Datin Fatimah. “Eh,kenapa pula mama cakap macam
tu? Bukan ke mama dan papa yang carikan Adam untuk adik?”,Emir hairan. “Tak
adalah. Mama hanya nak tahu pendapat orang yang rapat dengan adik aje”,balas
Datin Fatimah. Emir mengangguk faham. “Mama, Emir rasa mereka berdua tu memang
sesuai,sepadan sangat!”,ujar Emir.
“Samalah macam June Zabella dan Emir
Ridzuan,kan?”,usik Datin Fatimah. “Yup!”,balas Emir selamba,kemudian dia
menekup mulutnya. Datin Fatimah sudah tergelak kecil. “Mama tahu Emir berkenan
dengan June”,Datin Fatimah menjelaskan. “Mana ada,mama!”,Emir menafikan. Wajahnya
diserbu malu dan segan. “Tak usah berdalih lagilah,Emir sayang. Emir anak
mama,mestilah mama tahu perasaan anak mama ni”,duga Datin Faridah.
“Mama,promise to me. Don’t tell
anybody about this,please”,pinta Emir,rahsianya berjaya dibongkar oleh mamanya.
Senyum Datin Faridah merekah di bibirnya. “Don’t worry,Emir. Mama akan simpan
rahsia Emir ini,sampailah masanya tiba nanti”,janji Datin Faridah. “Thanks,mama.
Actually,I really love her. But,I don’t know what she’s feeling”,ujar Emir
lagi. “Emir,mama rasa June pun sukakan Emir”,pujuk Datin Faridah. Emir
tersenyum nipis. Itu kata mamanya,bukan omongan June Zabella.
TENGKU Adam merenung
sekeping gambar di dalam albumnya itu. Sekeping gambar yang pernah membawa
erti... gambar yang pernah membawa kegembiraan...membawa semangat....juga yang
mendatangkan kesedihan bertalu-talu.
Gambar Risa yang manis berbaju kebaya
hijau,sedondon dengan Adam,itu adalah sewaktu Hari Raya Aidilfitri dua tahun
yang lepas... permulaan titik cinta mereka berdua. Adam mengesat air matanya
yang mula mengalir dari tubir matanya. Dengan tidak teragak-agak,dia
mengoyakkan gambar itu menjadi cebisan yang kecil...yang tak akan pernah
bersatu lagi.
Di hatinya kini hanyalah,Esmira Rose
yang memenuhinya. Esmira Rose yang membuat mindanya tak keruan,membuatkan
hatinya cair dibuai mimpi. Kemudian,dia mengukir senyum bahagia.
TENGKU Maria,Datin
Fatimah dan Esmira Rose asyik mendengar penerangan daripada Harith. “Baiklah
Tengku,Datin,Esmira. Bagi baju masa majlis akad nikah,fesyennya agak ringkas.
Namun,aksesorinya masih mewah juga,jangan risau!”,Harith menjelaskan sambil
mengibaskan tangannya kelembutan. “Hmm...Harith! Majlis akad nikah,baju warna
putih ya. Masa majlis bersanding pula...warna apa ya?”,soal Tengku Maria. “Macam
mana Rose?”,soal Datin Fatimah pula. “Rose rasa tunggu Adam,boleh tak? Sebab
Rose takut nanti bila pilih,Adam tak suka”,jawab Esmira. Datin Fatimah
mengangguk perlahan. “Kejap lagi Adam sampailah tu”,Tengku Maria mengemaskan
rambutnya.
Seketika kemudian,Tengku Adam mula
memunculkan diri. “Hai,Tengku Adam. Ready to be a groom?”,usik Harith. “Of
course Harith”,balas Adam sambil mengambil tempat di sisi mummynya dan Esmira.
“You’re very lucky,Esmira Rose! You
managed to captivate Adam!”,ujar Harith lalu menepuk tangan. Mereka sudah
tergelak sendiri melihat Harith.
Hearts, <$NanaJepperz$>

