❤Awak Adalah Mrs Adam! - Bab 5❤
Friday, 27 December 2013 | 05:41 | 0 love drops
BAB 5
19
Disember
Esmira Rose
tersenyum. Lagi sehari dia bakal memegang ‘pangkat’ isteri. Inai yang baru
diukir di jari jemarinya direnung indah. Dia berdoa di dalam hati supaya
hidupnya nanti diberkati.
“Esmira Rose,jangan termenung
lama-lama. Nanti esok hilang seri”,usik June Zabella yang tiba-tiba datang.
“Betul cakap Kak June tu. Nanti Adam tukar aku jadi pengantin dia,baru
tahu!”,Zurina pula menerjah. “Berani dia nak tukar pengantin?”,balas Esmira
lalu mereka tertawa sendiri.
“Tahniah,Rose. Esok aku dah tak ada
kawanlah lagi”,Zurina mencebik. “Kenapa pula?”,soal Esmira. “Yalah,kawan aku ni
dah ada suami nanti. Mana nak kisahkan aku ni...”,rajuk Zurina. “Janganlah
cakap macam tu,Zue”,pujuk Esmira. “Aku gurau ajelah!”,Zurina sudah tergelak
sakan,berjaya mengenakan Esmira. June sudah tersenyum.
TENGKU Iman tersenyum
melihat Adam. “Adam,get ready to be a husband”,ujar Tengku Iman. “Daddy,you
scary me!”,balas Adam lalu meraut wajahnya. “Adam,suami ada tanggungjawab yang
besar. Jadi,Adam tak sepatutnya takut sekarang ni. Patutnya dari dulu lagi Adam
takut dengan tanggungjawab tu. Esok Adam akan pikul segala-galanya,ketua
keluarga. Daddy akan sentiasa menyokong Ad,don’t be scary Adam”,Tengku Iman
menasihati anak tunggalnya itu.
Tengku Adam mengangguk,tanda faham.
“Bincangkan apa ni?”,soal Tengku Maria. “Tak ada apalah,mummy”,jawab Adam.
“Dah,cepat bersiap. Kita pergi rumah Rose”,arah Tengku Maria. Adam segera
melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Esok adalah hari yang paling bererti
buat Adam. Saya harap,jodoh mereka berkekalan”,doa Tengku Maria.
“InsyaAllah,Mar. Dengan doa kita semua,sokongan kita,InsyaAllah”,kata Tengku
Iman pula. Tengku Maria mula memasang impian,semoga mahligai bahagia anaknya
itu kekal ke akhir hayat.
KETAWA Esmira
Rose,June Zabella dan Zurina mati sebaik mendengar seseorang berdehem. Gerangan
itu adalah Tengku Adam yang baru muncul. “Oh,hero kita dah sampai rupanya!”,ujar
June. “Haih,Rose... Bertuah kau dapat bakal suami yang kacak,macho dan bergaya macam
ni”,puji Zurina. Hidung Adam sudah kembang kempis. Meskipun dia tahu hakikat
itu,semua wanita memujinya dan inginkan dirinya. Namun,dia hanya melihat Esmira
Rose sahaja.
“Okeylah,jom Zue. Biarkan bakal
pengantin ni bersendiri,nanti kita berdua ni kacau daun pulalah”,ajak June.
Zurina mengangguk lalu tersenyum nakal ke arah Adam dan Esmira. Niatnya ingin
mengenakan Esmira habis-habisan.
Esmira menjeling maut ke arah Zurina
yang sudah ketawa terkekek-kekek. “Rose,cantik inai tu”,puji Adam sambil duduk
di sisi Esmira. Esmira tersenyum pelik. “Kenapa?”,Adam mengangkat keningnya. “Terkejut.
Yalah,biasanya Ad panggil Esmira dan bukannya Rose macam orang lain”,jawab
Esmira. “Oh,sebab tu aje. Panggil dua-dua senang,kan? Ikut suka Adam....”,jelas
Tengku Adam.
“Adam,betul kan Adam cintakan Rose?”,soal
Esmira tiba-tiba. “Kenapa pula tanya macam tu?”,soal Adam kembali. “Taklah,Rose
takut Ad terpaksa kahwin dengan Rose sebab mummy dan daddy”,balas Esmira. “Okey,Esmira
cintakan Adam tak?”,tanya Tengku Adam pula. “Sebab selama ni,hanya saya saja
yang cakap cintakan awak,bukannya Rose yang cakap”,ujar Tengku Adam lagi.
Esmira terdiam. “Sebenarnya.... Esmira Rose pun cintakan Tengku Adam”,jawab
Esmira,melegakan jiwa Adam. Senyuman mekar di bibir Rose dan Adam.
AMIRUL menepuk bahu
Adam. “Kau ni Amirul! Buat aku terkejut saja,nasib baiklah aku tak ada penyakit
jantung,kalau tak...Tak sempat aku nak kahwin,tahu tak?!”,Adam mengurut
dadanya. “Kalau kau tak kahwin,aku gantikan!”,usik Amirul. Adam menjeling
Amirul sambil menjelirkan lidah persis kanak-kanak.
“Ingat Adam,jangan bawa memori kau di dalam
mahligai kau ini”,Amirul mengingatkan. “Memori aku?”,soal Adam,kurang mengerti.
“Dah lupa? Baguslah tu...”,jawab Amirul. “Amirul,look at me! Beritahulah memori
apa? Aku sibuk sikit sekarang ni jadi tak ingatlah”,pujuk Adam. “Memori kau
dengan Risa... Jangan kau mengigau Risa lagi macam dulu”,serius Amirul berkata.
Masih melekat dalam ingatannya sewaktu bermalam di rumah Adam. Dia ditempatkan
sebilik dengan Adam. Waktu tidur,Adam mengigau memanggil nama Risa dan meminta
dia kembali. “Ahh! Aku dah lupakan dia dah! Aku tak mahu dia kembali lagi
pun,cukuplah tu. Terima kasih sebab ingatkan aku”,balas Adam lalu meninggalkan
Amirul yang tercegat di situ.
Adam meraup wajahnya. Serta-merta ingatannya
kepada Risa muncul kembali. Wajah jelita gadis itu dan sikap sopan santunnya
menjengah di minda Adam. Sungguh,Risa adalah cinta pertamanya. Mungkin agak
sukar untuk dia meluputkan gadis itu dari ingatannya.
Dia sudah berikrar untuk memadam segala
tentang Risa di jiwanya. Dan membuka buku baru bersama Esmira. Dia berdoa
supaya memori dia dan Risa tidak bertandang kembali,kerana ia akan merosakkan
jiwanya. “Aku tak perlukan kau!”,kata Adam sendiri. “Adam,kenapa ni?”,soal
Esmira yang tiba-tiba muncul. Adam menggelengkan kepalanya lalu meninggalkan
Esmira yang terpinga-pinga. “Rose,Adam tertekan sikit aje tu. Jangan ambil hati”,pujuk
Amirul. Esmira mengangguk kemudian melangkah masuk ke dalam rumah.
Hearts, <$NanaJepperz$>

