❤Awak Adalah Mrs Adam! - Prolog❤
Wednesday, 25 December 2013 | 22:37 | 0 love drops
PROLOG
Esmira Rose mencebik. Cadangannya ditolak mentah-mentah oleh papanya. “Esmira Rose, kamu perlu patuh dengan arahan papa. Cadangan kamu itu terlalu teruk,Rose! Syarikat papa akan hancur jika mengikut cadangan gila kamu itu”,bidas Datuk Farid lalu mendengus kasar. “Apa-apa ajelah. Semua cakap Rose tak betul!”,bentak Esmira. “Rose,papa bukannya tidak mahu mendengar cadangan kamu. Cuma cadangan kamu tu so terrible lah sayang”,pujuk Datuk Farid.
         “Tak apalah,papa. Rose faham. Rose balik dululah ya”,ujar Esmira Rose lalu menerima anggukan daripada papanya.

        Datuk Farid menggeleng perlahan lalu tersenyum. Anak  perempuannya itu sungguh bijak namun tidak dibenarkan bekerja. Kerana isterinya, Datin Fatimah mahukan Esmira Rose sentiasa berada di rumah,dimanjakan! Namun,anak manja itu tidak terlalu melebih-lebih. Esmira Rose sentiasa bertimbang rasa,penyabar namun tegas di dalam setiap perkara. Datuk Farid tersenyum bangga. Megah dengan kesempurnaan anaknya. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it