❤Cerpen : Aku Mahu Bertakhta Di Hatimu❤
Saturday, 14 December 2013 | 23:03 | 0 love drops
Dania memandang ke arah lantai kusam yang sedikit
berhabuk,mungkin kerana sudah lama tidak dimop. Kemudian dia memandang
sekeliling biliknya yang berwarna ungu cair,dipenuhi patung beruang merah jambu
dan almari yang sarat dengan pakaian. “Dania,boleh tak berperangai perempuan
sedikit. Ini tidak, kemas bilik pun mahu tidak mahu sahaja. Lantai bilik bila
nak dimop? Meja belajar,bila nak dikemaskan?”, Puan Mariam menasihati anak
gadis tunggalnya itu. “ Fikirkan sedikit jadi manusia,Dania. Tidak akanlah kamu
mahu mengharap kami sahaja,Nia”, Encik Farhan pula mengambil giliran. Dania
merasakan ada air yang bertakung di kelopak matanya.
Kedengaran pintu biliknya
diketuk,Dania lantas membuka pintu. Wajah kakaknya,Along Sofea menenangkan
sedikit hatinya. “Along Sofea nak apa?”, soal Dania lantas duduk semula di
birai katil. “ Along Sofea datang nak jenguk adik pun tidak boleh ke?”,Along
Sofea tersenyum. “Dania kena ubah sikap Dania menjadi perempuan. Kalau
tidak,siapa nakkan Dania?”,soal Along Sofea.Dania masih termenung. Kini,Along
Sofea yang sentiasa menjadi penemannya pula menasihatinya.
Kantin di Sekolah Sri Mawar riuh
dengan pelajar-pelajar yang ingin membeli makanan. Pengawas-pengawas yang
bertugas sudah berbuih mulut, mengarahkan supaya senyap dan beratur dengan
baik. “Senyap dan beratur elok-elok!”, jerit seorang pengawas perempuan bernama
Shahirah. Secara tidak langsung,pelajar terus menikus ketakutan. Siapa tidak
takut dengan Shahirah,suaranya jika marah sahaja sudah boleh kedengaran satu
sekolah.
Dania mengunyah nasi goreng di dalam
mulut perlahan-perlahan. “Nia, kau ada masalah?”,soal Fatimah. “Ada,aku kalau
boleh nak jadi perempuan sejati macam kau”,Dania berkata. Terburai gelak tawa
Fatimah. “Betullah, kau jangan ketawa. Kau dah ada peminat,macam Saiful. Aku ini,orang kasar semua orang orang
tidak mahu!”, Dania melepaskan keluhan berat. “Kalau macam itu,petang ini
tunggu aku datang rumah kau”, Fatimah menyentuh lembut bahu rakannya itu.
Akhirnya,Dania tersenyum.
Bilik tidur Dania menjadi sasaran
utama mereka. Fatimah mengenakan pakaian yang cantik di tubuh Dania. Fatimah
juga menjadi pakar nasihat dalam kecantikan. “Kau orang buat apa?”, soal Along
Sofea yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik. Dania segera menolak Along
Sofea keluar lantas mengunci bilik. “Kenapa kau tidak kunci pintu?”, Dania
menyoal Fatimah dengan marah. Fatimah tersengih-sengih.
Malam itu,Dania keluar dari bilik
lalu terus ke ruang tamu. “Dania,awak buat apa di dalam bilik petang tadi?”,
soal Puan Mariam. Dania tersipu-sipu. “Mama tahu tak, dia tolak Sofea bila
masuk bilik dia petang tadi”, Along Sofea mengadu. “Kamu buat apa?”, Encik
Farhan pula menjadi inspektor menyoal orang bagai. “Nia nak jadi perempuan
sejati. Itu yang Nia berdandan dengan
Fatimah”, Dania tersenyum simpul. Terburai tawa mereka anak-beranak.
Dania dan Fatimah berjalan seiringan
menuju ke kelas. Gedebuk! Dania terjatuh dan hampir sahaja masuk longkang.
“Mata awak letak di mana?”, Dania menengking seorang pelajar lelaki. “Maafkan
saya,awak okey ?”,soal pelajar lelaki itu. “Saya okey. Nama saya Dania”, Dania
memperkenalkan diri. “ Saya Lokman”,kata pelajar lelaki itu lalu pergi
meninggalkan Dania yang tersipu-sipu. “Jangan perasan!”, Fatimah menarik tangan
rakannya.
Dania merenung wajah mamanya.
“Mama,jangan salahkan Dania!”, Dania merengus kasar. “Mama bukan salahkan
Dania”, Puan Mariam berkata. “Tetapi tindakan kamu yang menyebabkan kamu merasa
kami salahkan kamu semua!”,tengking Encik Farhan. “Dania tidak sengaja!”, Dania
masih mempertahankan dirinya,dia lantas berlari menuju ke biliknya.
Dania merenung lama skrin
komputernya,laman facebook sudah dibukanya selama 20 minit. Kemudian dia
membaca statusnya yang menyebabkan dia dimarahi.
|
Assalamualaikum
semua!
Dania
rasa seronok sangat hari ini, Dania
jumpa lelaki yang kacak bertakhta di hati!
Along Sofea yang
juga aktif dalam memuat naik status di facebook,terbaca status keluaran Dania.
Mulutnya laju sahaja memberitahu mama dan papanya. “Tetapi bukan along yang
salah,saya yang salah”,kata Dania lalu membaling bantal empat seginya ke arah
dinding dengan ganas.
Dania hanya tahu berdiam diri. Lagi
pula,hari ini Fatimah tidak hadir ke sekolah. Dania menyalin nota yang Ustazah
Zarina berikan dengan senyap. “Dania,nanti jumpa saya di bilik guru”,kata-kata
ustazah mengejutkan Dania.
“Dania,kenapa dengan kamu?”,soal
Ustazah Zarina. Dania dengan perlahan menceritakan segala-galanya kepada
Ustazah Zarina. “Kamu itu seorang pelajar yang harus menumpukan perhatian
kepada pelajaran. Bukannya berimpian bertakhta di hati seorang yang bergelar
lelaki!”, Ustazah Zarina berkata agak kuat namun tidak boleh didengari oleh
guru lain. “Lokman memang kacak di mata kamu,hati dia kamu tidak tahu.Kamu
perlu selami peribadi seseorang dengan lebih mendalam.Jadi,kamu boleh lakukan
segala-galanya semasa kamu betul-betul dewasa! Jika kamu mahu menjadi perempuan
sejati,kamu hanya perlu bersopan-santun dan jaga tatasusila kamu. Bukannya
menggatal dan menggedik seperti pelajar lain”, nasihat Ustazah Zarina yang juga
Guru Bimbingan Dan Kaunseling.
Ya,Dania sudah faham segala-galanya
sekarang. Nasihat dari mama,papa,Along Sofea dan Ustazah Zarina akan disemat di
hatinya. Dia masih merenung ke kaca televisyen. Rancangan drama kegemarannya
tidak diendahkannya. “Dania,rindu pada mama dan papa?”,soal Along Sofea. “Rindulah
juga”,kata Dania mengingati mama dan papanya telah berangkat ke Singapura
kerana urusan perniagaan. “ Dania dah fikir tentang diri Dania?”,soal Along
Sofea. “Dah along”,kata Dania sambil tersenyum. “Baguslah itu,along bukan apa.
Tidak mahu Dania terus tersesat di dalam dunia khayalan. Dania masih pelajar
menengah”, kata Along Sofea mengingatkan. “Awak itu baru tingkatan tiga,jangan
melebih-lebih”, Along Sofea menyentuh hidung Dania. Dania tersenyum,di dalam
senyumannya terselit rasa bahagia dan syukur kerana telah disedarkan.
Fatimah mencuit bahu Dania. “Kau ke
mana dua hari tidak hadir ke sekolah?”,soal Dania. “Aku demamlah”,kata Fatimah
lalu meletakkan beg sandangnya di atas kerusi. Dia lantas mengeluarkan sebuah
buku tebal. “Buku apa ini?”,soal Dania.
“Ini buku BAGAIMANA INGIN MENJADI
RATU DI HATI SESEORANG”,kata
Fatimah lalu tersenyum. “Maaflah,tapi aku tidak memerlukan buku ini”,kata Dania
menolak buku itu. Fatimah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik sungguh!
Dania berasa puas hati,dia tidak perlu
bertakhta di hati seorang insan. Dia harus menumpukan perhatiannya terhadap
pelajaran dan membanggakan mama dan papanya. Cita-citanya untuk menjadi seorang
pakar kaji sejarah pasti akan tercapai dengan adanya iltizam. Dia yakin.
|
Hearts, <$NanaJepperz$>

