❤Cerpen: Aku Mahu Menjadi Puteri Serba Tahu❤
Saturday, 14 December 2013 | 23:05 | 0 love drops
Azalea Munirah  termenung sendirian di bangku kantin. Dia tidak menjamah pun nasi lemak yang dibekalkan oleh ibunya dari rumah. “Mengapa muram saja?”, Khadijah menyoal Azalea,sebagai rakan yang prihatin. “Tidak ada apa-apa. Cuma,saya tiada selera makan hari ini”,kata Azalea masih masam mencuka. Azalea tidak pernah tidak makan sewaktu rehat 20 minit, masa itu harus dihargai katanya. Jika makanan yang dibekalkan dari rumah sudah habis,dan masih ada masa yang berbaki,Azalea akan membeli roti di kantin.
          Poster yang ditampal di papan kenyataan menarik minat semua pelajar Sekolah Sri Tasik. Azalea juga tidak ketinggalan.Dia meneliti bait-bait di  poster itu.

MENCARI  PUTERA  &  PUTERI
Pihak sekolah akan mengadakan pencarian putera & puteri   pada  bulan hadapan. Tarikhnya akan diberitahu kelak. Pemberitahuan awal ini adalah untuk pelajar menyiapkan diri sebagai putera & puteri. Pada tarikh yang ditentukan nanti,pelajar akan memakai pakaian yang menarik supaya dipilih sebagai Putera & Puteri Sri Tasik. Sesiapa yang mahu hadir pada majlis pemilihan itu, sila isi borang. Borang boleh didapati di bilik guru.
                                                                                                            








Azalea tersenyum riang. “Pastinya aku mahu menjadi puteri itu”,bisik hati Azalea. “Khadijah,petang ini datang rumah saya. Bawa sekali baju-baju awak yang cantik. Kita boleh menggayakannya bersama!”,kata Azalea. Khadijah mengangguk laju. “Ada orang berangan jadi puterilah!”,kata satu suara. “Pastinya aku yang akan menjadi puteri!”,kata suara itu lagi. “Suraya,kamu jangan berlagak dahulu”,marah Khadijah. Suraya tidak mempedulikan kata-kata Khadijah.
          Khadijah dan Azalea menggayakan gaun-gaun labuh dan baju lain di hadapan Puan Umairah,ibu Azalea. “Kamu berdua memang nak masuk ke pemilihan itu?”,soal Puan Umairah. Azalea dan Khadijah mengangguk. “Dah ambil borang?”,soal Puan Umairah lagi. Anggukan yang sama juga diterima.
          Azalea melambai-lambai Khadijah yang baru saja keluar dari rumahnya. Azalea lantas menapak di hadapan televisyen. “Papa mana ibu?”,soal Azalea. “Belum balik dari Cameron Highlands. Papa kamu ada hal kerja di sana. Kamu sudah lupa?”,soal ibunya. “Oh ya!”,kata Azalea lantas tersengih. “Lea, ibu tidak kisah kamu ingin masuk pemilihan puteri itu.Cuma ibu ingin menasihatkan kamu,jangan terlebih yakin.Jika kamu tak dipilih sebagai puteri, kamu akan terlalu sedih nanti!”, Puan Umairah mengusap rambut Azalea. Azalea menjamah wajah tenang ibunya. “Ingat pesan ibu”,kata Puan Umairah lagi. Azalea mengangguk perlahan.
          Azalea melihat laman facebooknya. Ada satu permintaan rakan. “Siapa Farisz  CSP ni?”,soal Azalea. FARISZ  CSP, itu nama yang tertera.Dia tanpa berfikir panjang menerima Farisz CSP sebagai rakan. Dia lantas membaca status-status dari rakan-rakannya dengan senang hati.
        Azalea dan Khadijah membeli-belah di sebuah kompleks membeli-belah. Mereka membeli pakaian dan aksesori menarik untuk menjadi puteri. “ Lea, dah RM 3000 kita habiskan!”,kata Khadijah membulatkan matanya. Azalea tersenyum plastik. Kalau dia tidak berjaya menjadi puteri,apakah makna penghabisan beribu ringgit itu ?
          Khadijah melihat Azalea termenung. Azalea tidak sedar yang Cikgu Zakrul sudah memasuki kelas. Ucapan selamat pagi yang hendak di ucapkan oleh pelajar,di tahan oleh Cikgu Zakrul. “Syy!”,kata Cikgu Zakrul lalu menuju ke arah Azalea. Azalea masih ralit termenung. “Azalea Munirah!”, Cikgu Zakrul memekik. Khadijah di sebelah Azalea sudah merasai bahang kemarahan Cikgu Zakrul,guru Matematik itu. Azalea terus terbangun dari duduknya. “Kamu berangan,ya?”, Cikgu Zakrul tersenyum sinis. “Denda kamu berdiri di atas kerusi sampai masa pengajaran saya habis!”,Cikgu Zakrul meletakkan denda ke atas Azalea. Peluh Azalea menitik deras,semua salah berangan!
          Puan Umairah mendekati anak tunggalnya itu. “Papa balik hari ini!”,kata Puan Umairah. Azalea mengangguk lalu menceritakan apa yang terjadi di sekolah tadi. “Lea,ibu bukan nak marah. Itu memalukan Azalea,bukan? Puteri bukan setakat bijak berdandan,kenalah serba tahu juga”, Puan Umairah menasihati Azalea. Serba tahu,ya.
          “Bukan senang ingin menjadi seorang puteri.Kita kena bijak menguruskan masa,masalah dan juga kena bijak berkata-kata!”,Azalea memberitahu Khadijah. “Ambil”,Azalea menyerahkan sehelai kertas kepada Khadijah.
PUTERI  JUGA    SEORANG  PEMIMPIN
Puteri seorang pemimpin. Haruslah:
TAJAM  PEMIKIRAN                                    KEPERIBADIAN YANG TINGGI
PANDANGAN  HELANG                            KEMAHIRAN BERINTERAKSI
KREATIF DAN  INOVATIF                             KEIMANAN YANG TEGUH
BERANI                                                         MELEBARKAN KEPIMPINAN
TAHU  KEUTAMAAN

 










Tarikh bagi Majlis Pencarian Putera & Puteri telah ditetapkan. Azalea sudah banyak belajar menjadi seorang puteri serba tahu. “Esok majlis itu,saya berdebar-debar!”,Khadijah membuat muka risau. “Tidak mengapa Dija, kalau kita tidak berjaya menjadi puteri. Maknanya,ada orang yang lebih layak”,kata Azalea Munirah tenang. “Awak rasa siapa bakal putera?”,soal Khadijah. Azalea mengangkat bahu. Tiada calon yang sesuai baginya.
          Malam itu,Azalea menadah telinga mendengar nasihat dari ibu dan papanya. Dia rela mendengar nasihat yang bernas. “Kamu jangan putus asa sekiranya gagal”,papanya berkata. Azalea akan mengunci segala nasihat di dalam mindanya.  “Kamu tetap puteri ibu dan papa”, Puan Umairah memberi kata dorongan.
           Azalea membuka laman facebooknya. FARISZ CSP menandakannya di dalam satu status?         
FARISZ  CSP                                                                           TAG : AZALEA

Doakan saya berjaya menjadi putera,esok ya!
Doakan Lea sekali..
 


         
“Siapa dia ini?”,soal Azalea. Malas mahu memberatkan kepala,dia tidak memberi apa-apa komen. Lalu,dia terlelap di hadapan komputer yang masih menyala.
          Kelam-kabut Azalea menyiapkan diri.Dia memakai gaun labuh berwarna biru cair yang beropol-ropol di hujungnya dan tudung bawal yang berwarna biru pekat. Dia juga meletakkan topi pantai berwarna putih dan bereben biru cair, di atas kepalanya. “Hari ini anak papa jadi flower girl ke?”, soal papanya. “Lea tidak kelihatan seperti puteri ke?”,soal Azalea. “Azalea tetap puteri.Pakailah apa pun”,Puan Umairah berkata kepada Azalea. Lea tersenyum simpul.

           Pelajar-pelajar Sekolah Sri Tasik mengerumuni Dewan Tun Najwa,ingin menunggu keputusan. Setelah guru besar Sekolah Sri Tasik, Puan Qairatul Shazalina berbicara di atas pentas,Cikgu Rosyam Nur kembali mengambil alih. Beliau mengambil posisi selesa di atas pentas. “Selepas melihat pelajar-pelajar Sri Tasik yang kacak dan cantik menawan. Hati para juri menjadi kacau bilau. Ingin memilih siapa,kenapa,dan macam-macam lagilah. Juri kita ialah Puan Qairatul Shazalina. Guru besar naik sekali lagi ke atas pentas lalu menyerahkan sehelai kertas kepada Cikgu Rosyam Nur. “Cantik dan kacak pelajar semua kerana ingin memenangi hati juri. Namun,hanya dua orang bakal mendapat gelaran. Putera dan puteri Sri Tasik ialah, Farisz Farhan dan Azalea Munirah! Jantung Azalea bagai hendak tercabut! “Sayalah Farisz CSP!”, Farisz ingin berjabat tangan. “CSP, coming soon prince”,kata Farisz. “Impian jadi kenyataan!”,kata Azalea. Seisi dewan bersorak. Suraya mendengus. “Saya puteri!” ,bisik hati Azalea. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it