❤Cerpen: Aku Mahu Rebut Juara❤
Saturday, 14 December 2013 | 23:07 | 0 love drops
Sekolah
Sri Bangsar kecoh dek poster yang ditampal di papan kenyataan berhampiran
pondok kuasa The Wannababes. “Jom kita
tengok!”, Fasha mengajak teman-temannya.
“Berundur semua!”, Shasha membuka laluan untuk Fasha. “Gediknya!”, Sarah
mengejek dalam diam. “Tidak mengapa girls,kamu semua boleh tunggu di
pondok. Biar Fasha sahaja yang baca”, Shasha dan yang lain-lain membawa diri ke
pondok.
“Girls, I ada berita hot!”,
Fasha tersenyum-senyum. “Apa?”,soal Nana dengan segera. “Sri Bangsar akan
adakan, pertandingan juru solek dan model!”, kata Fasha separuh menjerit. “Itu
sahaja?”,soal Fazura seperti tidak mengujakan. “Memanglah macam tak
seronok,kita kan orang bertaraf. Tapi,hadiahnya bercuti ke China !”, kata
Fasha. “What, China?”,soal mereka. “Fasha,bukankah awak pernah ke
sana?”, soal Linda. “Memanglah,itu dengan keluarga. Ini kita bertujuh ke
sana!”, Fasha memegang bahu Linda.
Sarah mendekati Tania dan Syazwina.
“Kamu berdua ada kumpulan untuk masuk pertandingan jurusolek dan model?”,soal
Sarah. “Belum,kami berdua sahaja. Tetapi,antara kami berdua tiada siapa
berbakat dalam solekan”, kata Tania sedih. “Tidak mengapa,saya kan ada”, Sarah
menepuk bahu Tania. “Betul ke?”,soal Syazwina. “Ya,Wina”, Sarah meyakinkan
mereka. “ Tetapi Sarah, satu kumpulan ahlinya empat orang. Dua orang jurusolek
dan dua orang model”, Syazwina membebel sambil mengunyah kacang gajus di dalam plastik kecil. “Saya
rasa kita boleh minta bantuan dari salah seorang ahli The Wannababes”, kata
Tania. “The Wannababes gedik itu?”, Sarah menggaru kepalanya. “ Ya, mereka ada
tujuh orang. Kita boleh ambil salah seorang daripada mereka”, kata Tania. “
Lagi pula,mereka pakar”, kata Syazwina.
Sarah, Tania dan Syazwina berani
mendekati The Wannababes yang sedang asyik berbual sambil makan di meja khas
bagi mereka. “Hai”, Syaz-wina memberi
ucapan. “Ada apa?”, soal Fazura paling awal. Ahli The Wannababes yang lain
menjeling-jeling mereka bertiga dengan tajam,lagi-lagi Fasha. “Kami nak minta
pertolongan salah seorang daripada kamu semua”,Sarah memulakan bicara. “What
a type of help?”, soal Fasha menghentikan suapan nasi lemak di mulut. “Kami
kekurangan orang untuk masuk pertandingan itu. Mungkin salah seorang dari ahli
The Wannababes boleh membantu kami sebagai jurusolek?”,soal Tania teragak-agak.
“Maaf, kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk orang biasa-biasa. Terima
kasih”, kata Fasha. Kemudian,berderailah tawa menggedik The Wannababes memecahkan
hening di kantin. “ Jangan perasan kami mahu menolong kamu semua!”, Shasha
menolak Syazwina sehingga hampir terjatuh. Tujuh orang gadis Sri Bangsar itu
lantas berbual tanpa mempedulikan mereka bertiga. “Jahanam!”, kata Sarah
perlahan. “Apa awak kata? Jahanam? Siapa yang jahanam,sekarang ?!”, soal Fazura
yang telinga lintah. Dada Fazura ber0mbak tinggi,geram dengan kata-kata Sarah.
Sarah ingin memecut tetapi berjaya ditarik oleh Linda. “Ingat,budak. Kalau kamu
melemparkan kata-kata kesat pada kami, tunggu balasannya”, Fazura menengking
Sarah. Tania dan Syazwina menyembunyikan diri di bawah meja berjauhan dari The
Wannababes. “Dan ingat juga, kamu memang
tiada bakat dalam solekan!”, Linda pula mengambil giliran menengking Sarah.
Sarah cuba melepaskan diri,akhirnya dia berjaya memecut jauh dari The
Wannababes.
“ Tania, Syazwina. Ini Khuzaimah,dia
boleh menyolek.Dia akan bantu kita, mari kita berlatih sekarang”,Sarah berkata
perlahan. Khuzaimah mengeluarkan peralatan menyolek. “Awak solekkan Wina,saya
solekkan Nia”,kata Khuzaimah lalu mengambil posisi selesa di hadapan Tania.
Satu jam kemudian,wajah Tania
ibaratkan Tania Hudson.Wajah Syazwina pula persis pelakon Nora Danish. “Cuba jalan lenggang- lenggok”, arah
Khuzaimah persis pakar. Tania dan Syazwina mencuba. “Bagus!”,Khuzaimah
menunjukkan tanda two thumbs.Lega di hati.
The Wannababes berkumpul di rumah
Fasha. Apa lagi,bilik Fasha yang selesa jadi sasaran. “I dan Shasha akan make-up,
Fazura dan Sazzy pula jadi model!”, Fasha mengarah. Mereka mengangguk.
“Manakala, Linda dan Nana will back up
model. Kiranya,pakaian model dia orang akan jadi pengurus.Diana akan bantu kami
“,arah Shasha pula. Semuanya mengangguk. Beberapa jam kemudian,Fasha tersenyum
tanda berpuas hati dengan gaya model-model.
“Esok adalah hari penentuan. Saya
dapat tahu,juri-jurinya ialah Kakak Ain Maisarah dan juga Dato’ Siti
Nurhaliza!”, Sarah teruja. “Kita kena buat betul-betul!”, Khuzaimah juga hampir
menjerit. “Kakak Ain Maisarah? Dato’ Siti Nurhaliza? Wah!”, Tania tersenyum
lebar. Syazwina pula asyik berangan-angan menjadi model terkenal.
Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba.
Setiap kumpulan mempunyai gaya dan karisma tersendiri. The Wannababes juga
telah cukup yakin dan pasti bakal berjaya menjadi juara,dan berjaya melancong
ke China sendirian tanpa ibu bapa! Setelah guru besar habis berucap,pengerusi
majlis mengambil tempat semula. Mikrofon
di letakkan rapat-rapat di bibir supaya lebih jelas. “Perhatian kepada enam
kumpulan yang mengambil bahagian. Sila dengar nama kumpulan anda dipanggil
lantas menuju ke bilik solek yang ditentukan”,pengacara majlis terbatuk-batuk
kecil seketika. Setelah hampir semua
nama kumpulan dipanggil, barulah The Wannababes dipanggil ke bilik solek
bernombor tiga dan kumpulan Sarah The Great,bilik solek bernombor dua.
Mereka semua menyediakan alat-alatan
solek dan pakaian untuk model mereka. Masa yang diberikan adalah dua jam. Para
jurusolek tidak sabar ingin menunjukkan kehebatan mereka.
Dua jam telah tamat,model-model keluar
daru bilik solek untuk mempersembahkan wajah mereka yang cantik menawan. Kakak
Ain Maisarah dan juga Dato’ Siti Nurhaliza runsing ingin memilih siapa menjadi
juara.
“Debaran yang dinanti-nantikan,akan
bermula sebentar lagi. Sebelum itu,saya nak puji gadis-gadis Sekolah Sri
Bangsar yang cantik,anggun dan pandai jadi juru solek!”, Dato’ Siti Nurhaliza
memuji- muji membuatkan The Wannababes yang terasa bahang pujian itu.
Kembang-kembang hidung mereka bertujuh. “Okey,Kak Ain akan umumkan keputusannya
sebentar sahaja lagi. Persiapkan diri masing-masing untuk keputusan yang agak
menggerunkan”,kata Kakak Ain Maisarah menakutkan keenam-enam kumpulan. “Tempat
ketiga bagi pertandingan ini diragut oleh, Kamiliah & The Gang!”, Kakak Ain
Maisarah mengumumkan keputusan tempat ketiga.
“Naib juara yang berjaya memenuhi ruang isi hati kami, The Wannababes!”,
kata Dato’ Siti Nurhaliza. “Naib juara?”,Fasha menyoal. “Tapi memenuhi ruang isi hati juri”,Shasha ingin
menyejukkan hati Fasha yang agak baran
waktu itu. “Juara, Sarah The Great!”, Kakak Ain Maisarah tersenyum sambil
mengumumkan keputusan itu.
Sarah,Khuzaimah,Tania dan Syazwina bersorak riang. “Mereka berjaya
memenangi percutian ke China!”,umum Dato’ Siti Nurhaliza. “Naib juara berjaya
ke Langkawi!”, umum Kakak Ain Maisarah. The Wannababes masih bersorak
riang,kerana mereka masih boleh bercuti sendirian tanpa ibu bapa! “Tempat
ketiga, senaskhah novel Ain Maisarah setiap seorang!”, pengumuman tempat ketiga
juga telah diumumkan. The Wannababes bukan apa,mereka lebih gemar melancong
sendirian. Jika ada ibu bapa,pasti ada pergaduhan. Itulah yang mereka risaukan.
Apa pun,mereka semua telah belajar.
Hearts, <$NanaJepperz$>

