❤Cerpen: IDOLA KU, Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz .❤
Saturday, 14 December 2013 | 23:09 | 0 love drops
Nama saya Haikal Najwa binti Abdullah. Saya amat berminat dengan karier peguam. Walau bagaimanapun, idola saya merupakan seorang gabenor bank negara wanita pertama di Malaysia. Beliau adalah Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz .Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1947. Beliau merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Negeri kelahiran beliau merupakan negeri kelahiran saya juga, bumi Johor. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada tahun 1970.  Kemudian,beliau melanjutkan pengajian beliau ke peringkat  Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa.
     Saya amat berbangga dengan beliau. Beliau telah memegang beberapa jawatan lain selain menjadi gabenor bank negara Malaysia. Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak. Beliau juga pernah dipilih sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia.
     Beliau merupakan seorang yang matang dan tabah menghadapi segala cabaran sebelum berjaya mendapat hidup yang selesa sekarang. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz  telah menjadi sebutan ramai tentang tandatangannya di atas wang ringgit Malaysia. Tentulah, siapa yang tidak mahu menandatangani wang ringgit Malaysia yang digunakan dalam urusan jual beli? Kadangkala, terdetik di hati saya untuk menjadi seorang gabenor yang jujur dan bertanggungjawab seperti beliau. Namun,hasrat saya untuk menjadi seorang peguam lebih kuat. Sikap bertanggungjawab beliau akan saya teladani untuk menjadi seorang peguam yang bertanggungjawab.
         Gabenor bank negara wanita pertama itu menjadi contoh teladan saya selain Rasulullah S.A.W. Beliau menjadi pedoman untuk saya terus maju ke hadapan. Rakan-rakan saya yang lain turut berbangga dengan beliau.
          Beliau semestinya seorang yang bijaksana dan baik hati. Peramah juga, saya tidak menafikan bahawa beliau pemurah. Jika saya mendapat peluang untuk bertemu dengan beliau,saya tidak akan melepaskan peluang keemasan itu.
        Sifat positif yang ditunjukkan di dalam diri beliau membuatkan saya teruja. Kejayaan demi kejayaan diperolehi beliau. Tidak kurang juga, dugaan demi dugaan ditempa dengan penuh sabar dan sifat harmoni.
     Wajah beliau sentiasa di dalam ingatan saya, senyuman manis beliau dan kegembiraan beliau terselit di celah-celah jiwa saya. Saya impikan kehidupan senang seperti beliau. Walaupun pilihan kerjaya beliau dengan saya agak berbeza, namun saya rasa beliau adalah contoh paling baik untuk saya.
     Sering kali kita melihat wajahnya di kaca televisyen, bila melihat wajahnya sahaja. Kita sudah terbayang sifat-sifat positifnya. Peramah,penyayang,pemurah, baik hati,jujur,bertanggungjawab,romantis dan matang. Itu adalah sifat-sifat beliau yang saya dapat lihat sepanjang meneliti tentang idola kebanggaan saya itu.

         Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz ,saya yakin saya boleh menjadi seperti beliau. Mencontohi sifat-sifat terpuji beliau. Itulah cerita saya, berkenaan seorang gabenor bank negara wanita Malaysia yang pertama. Yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari makhluknya. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it