❤Cerpen: Superheroin Umairah❤
Saturday, 14 December 2013 | 23:08 | 0 love drops
Planet Attarturyah adalah planet paling aman antara semua planet-planet yang ada di sistem suria. Pemimpinnya bijak menyelesaikan masalah. Namun, planet-planet lain sudah tidak aman. Kes jenayah semakin berleluasa. Superheroin Umairah, dihantar ke Planet Bumi untuk mengawal keadaan di sana.
         Superheroin Umairah  mempunya penampilan yang menarik.Dia disediakan pelbagai kemudahan untuk melawan arus jenayah yang semakin parah. Dengan lengkap berpakaian merah jambu,berjam tangan unik,alat-alat disediakan. Selain menggunakan alat,Superheroin Umairah ada kebolehan pada anggota tubuh badannya. Jari-jemarinya boleh memancarkan cahaya yang membutakan mata.Jika hatinya mahu sesuatu itu berlaku,perkara itu pasti berlaku.Itulah keistimewaan Superheroin Umairah yang berani!
         Dia tiba di Bumi sebagai seorang gadis  yang tinggal di kawasan perumahan seorang diri. “Aku akan berjasa di Bumi ini”,kata Superheroin Umairah. Dia menjenguk ke rumah jirannya. “Eh,adik.Nama siapa?”,kata seorang wanita dalam lingkungan 30-an. “Umairah”, jawab Superheroin Umairah. “Baru pindah ke sini ya”,kata wanita itu.Umairah mengangguk. “Panggil saja akak,Kak Ain”,kata wanita itu sebelum masuk ke dalam rumahnya. Umairah mengangguk. “Di sekitar kawasan perumahan ini pun,ada jenayah yang berlaku”,Superheroin Umairah mengangkat kening.
          Tidur malam Superheroin Umairah terganggu.Kedengaran bunyi bising di dalam rumah Kak Ain. Walaupun itu waktu tidur,Umairah akan cuba menyelinap masuk ke rumah Kak Ain kerana hatinya tahu ada sesuatu berlaku di rumah Kak Ain.Umairah membuka kunci rumah Kak Ain menggunakan ‘laser ajaib’ . Superheroin Umairah menggenggam sekepal penumbuk.Dengan penuh bergaya,dia masuk ke dalam rumah Kak Ain.Suasana menjadi sepi seketika sebelum tubuh Umairah ditarik oleh seorang lelaki. “Perompak!”,jerit Umairah. “Buat apa datang sini. Padan muka kau!”,perompak itu mentertawakan Umairah.Seorang lagi perompak menyediakan tali untuk mengikat Umairah. “Rasakan ini!”,kata Superheroin Umairah lalu memancarkan cahaya dari jari-jemarinya ke arah mata seorang perompak yang memegang tali. “Aduh,apa ni ?!”,kata perompak itu sambil menjerit kesakitan.Perompak itu menutup matanya. “Semoga ada ‘serbuk pelumpuh’ di hadapanku!” detik hati Superheroin Umairah . Hatinya mengharap penuh pasti. Muncul serbuk di hadapan Umairah.Perompak itu hairan,Umairah mengambil peluang itu untuk menabur serbuk itu ke kaki perompak itu.Perompak itu lalu terjatuh dan terpinga-pinga. “Kenapa dengan kakiku?”,perompak itu menyoal. Superheroin Umairah lalu memotong tali yang mengikat Kak Ain menggunakan ‘gunting kilat’. Tali yang mengikat Kak Ain terputus sepantas kilat. Kak Ain segera lalu menelefon polis.
          Polis tiba beberapa minit kemudian lalu menangkap dua orang perompak itu. Superheroin Umairah tersenyum. “Betul ke apa yang kakak nampak tadi?”, soal Kak Ain bingung. “Nampak apa,Kak Ain?”,soal Umairah. “Mai ada kuasa”,jawab Kak Ain. “Macam cerita kartun pula !”,Kak Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Mana ada Kak Ain. Tadi Umairah lawan perompak macam biasa saja.Mana ada kuasa, Kak Ain berkhayal ke?”,Superheroin Umairah menyembunyikan kenyataan sebenar.Kak Ain menggaru kepalanya.  “Tak mungkin. Tapi,betul agaknya”,Kak Ain mengambil tempat di sofa berwarna biru.Lega di hati Superheroin Umairah.
          “Terima kasih Umairah”,kata Kak Ain. “Tidak mengapa,kak”,kata Umairah. “Akak masuk rumah dahulu,ya”,kata Kak Ain lalu meninggalkan laman rumah.Umairah berasa gembira. “Tolong!”,kedengaran jeritan seorang wanita. “Kenapa,mak cik?”,soal Umairah mendekati wanita itu yang berada berhampiran rumahnya. “Beg tangan mak cik!”, kata wanita itu. Superheroin Umairah mengejar peragut itu sepantas harimau bintang. “Amboi,amboi. Buatlah kerja halal,ni meragut juga jadi pilihan hati”,kata Umairah yang sudah berada di hadapan peragut itu.Peragut itu bingung. “Bagi beg tangan mak cik itu,sebelum  aku apa-apakan kau”,kata Umairah. Peragut itu melarikan diri. Umairah mengeluarkan ‘selendang suci’ lalu menarik peragut tadi ala-ala Cowboy. Peragut tadi sudah berada di hadapan Umairah. Superheroin Umairah menampar peragut itu lalu menarik beg tangan mak cik itu. Umairah lantas menelefon polis. Peragut itu ditangkap sejurus kemudian. “Terima kasih,nak”,kata mak cik itu. “Ini upahnya”,kata mak cik itu sambil mengeluarkan sekeping not RM 10. “Tak payah mak cik”,kata Superheroin Umairah menolak. Mak cik itu berlalu pergi dengan senyuman. “Saya bukan buat untuk balasan.Saya buat untuk membanteras jenayah!”,kata Superheroin Umairah perlahan. Bangga dihantar ke Planet Bumi, Superheroin Umairah sanggup tinggal di Bumi buat selama-lamanya!
          Setelah sebulan Umairah berada di Planet Bumi,Umairah menyelesaikan pelbagai masalah.Bukan sahaja masalah kecurian di rumah Kak Ain dan kes ragut mak cik tua itu, tetapi banyak lagi jasa yang Umairah taburkan.Umairah menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang hampir lemas di dalam sungai dan masalah samseng  yang datang mengamuk di pasar. Umairah telah memberi pengajaran kepada samseng-samseng yang datang mengamuk di pasar dan mengganggu ketenteraman peniaga. Umairah juga telah menyelamatkan seorang remaja yang hampir diculik. Superheroin Umairah sudah sebati dengan keadaan.
         Jam unik Umairah tiba-tiba berbunyi,Umairah menekan butang berwarna biru. “Superheroin Umairah,anda diminta pulang ke Planet Attarturyah sekarang”, kata satu suara. “Awak akan ditugaskan di planet lain pula”,kata suara itu lagi. Umairah mengeluh sendirian.Dia segera mencapai alatnya.Satu cahaya dari langit menyentuh-nya.Superheroin Umairah lenyap dari Bumi dengan jasa melimpah.



Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it