❤Luluhnya Sebuah Ikatan - bab 15❤
Tuesday, 3 December 2013 | 04:46 | 0 love drops
BAB 15
          “Farhan,apa yang kamu fikir?”, Tan Sri Zakrul meraup wajahnya. “Papa,itu semua tak benar. Farhan tak tidur dengan perempuan tu!”,Farhan menidakkan. “Habis tu,Farhan? Maknanya kamu tak bersalah?”,soal Puan Sri Faridah. “Papa,mama,Sharid,Eda. Percayakanlah,Han. Perempuan tu bagi Han minuman,dia kata mama yang suruh bagi. Bila Han tanya siapa dia, jawabnya anak Datin Suhaila”,Farhan menerangkan. “Datin Suhaila mana pulak ni? Maknanya,kamu kena perangkap?”,soal mamanya lagi. “Tolong percayakan Farhan”, dia masih merayu. “Eda percayakan abang. Tapi Eda tahu,macam mana perasaan Kak Risya sekarang ni”,ujar Waheeda. “Terima kasih sebab percayakan abang,Eda”,ucap Farhan. “Farhan,aku pun sama macam Eda. Cuma sekarang ni,fikirkanlah fasal Farisya”,Sharid menepuk lembut bahu Farhan yang sudah menjadi abangnya. “Farhan,kalau betullah kamu tak bersalah. Papa mahu kamu pujuk Farisya semula untuk mendapatkan kepercayaan dia semula. Papa hanya mampu menyokong”,Tan Sri Zakrul meninggalkan Farhan. “Betul cakap papa,tu Farhan”,Puan Sri Faridah pula menyokong. Setitik demi setitik air matanya menitis. “Aku tak nak kehilangan kau,Farisya. Aku sayang kau. Aku sayang isteri aku!”,ujarnya sendiri.
HUJAN yang menggila seakan memahami jiwa Farisya yang sedang meredah lebuh raya. “Aku nak pergi jauh dari sini. Biar dia rasa derita menunggu aku,macam aku menderita melihat dia tidur dengan perempuan lain”,ujar Farisya sambil menekan pedal minyak sekuat mungkin. Dia mahu keluar dari Kuala Lumpur secepat mungkin. “Kali ni aku akan pergi lebih jauh! Mungkin juga takkan kembali”,air mata Farisya sudah berguguran. “Maafkan mama,sayang. Mama terpaksa pisahkan kamu dengan papa”,bisik Farisya perlahan sambil mengusap perutnya.
          Gerimis di pagi hari menggambarkan hati Farhan. Mesyuarat yang penting juga tidak dihadiri. Dia masih berdiam diri di dalam bilik pejabatnya. Pintunya diketuk perlahan. “Masuk”,ujarnya dengan tidak bersemangat. “Encik Farhan,ni ada surat untuk encik. Saya jumpa kat meja saya tadi”,kata seorang pekerjanya. Farhan menyambut hulurannya dengan mengucapkan terima kasih. “Farisya?”,pelik menjelma di mindanya. Dia membaca bait-bait yang ditulis kemas di dalam kertas yang sedang dipegangnya itu.

UNTUK FARHAN FARISZ
Assalamualaikum,awak. Saya sempat hantar surat ni kat ofis sebelum saya pergi dari hidup awak. Adakah semasa awak baca surat ni,awak merindui saya atau gembira bila saya pergi? Jawapannya biar sajalah hati awak yang simpan. Maafkan saya sebab tinggalkan awak. Awaklah segala-galanya dalam hidup saya, awaklah cinta kedua saya selepas Allah. Saya kalau boleh nak hidup dengan awak sampai ke syurga,tapi Allah lebih tahu. Allah bukakan mata saya lebih awal. Mungkin awak bukan untuk saya,tetapi untuk perempuan tu. Saya maafkan awak dulu semasa awak hina saya. Tapi adakah sekarang awak nak memujuk saya lagi? Saya tak kisah dengan jawapan awak,sebab kini kita dah berpisah. Awak cahaya untuk saya. Namun,sebab perkara semalamlah saya rasa selama ni saya hidup dengan kegelapan. Awaklah curahan hati saya,terima kasih sebab jadi peneman saya selama ini. Maafkan saya sekali lagi awak. Saya tulis surat ni awal-awal supaya masih ada rasa cinta di dalam hati ini. Saya takut kalau saya tulis esok lusa,perasaan cinta saya kepada awak dah pupus. Saya tak kisah awak membenci saya dari sekarang,tak apa. Sebab saya juga benci dengan penipuan awak.  Maafkan saya kalau saya pisahkan awak dengan anak awak. Tapi saya tahu, awak akan ada kehidupan baru. Saya rasa saya dah pergi dari hidup awak, barulah awak boleh bermesra dengan perempuan tu. Selamat tinggal,Farhan.
Yang sudah mula rasa benci kepadamu,
Farisya

AIR matanya menitis membaca surat di tangannya. Kertas itu direnyukkan lalu dicampakkan ke dalam bakul sampah. “Saya tak pernah benci awak,sayang. Saya akan cuba sedaya upaya mengubah benci awak itu kepada cinta semula”,ikrar Farhan sendiri. Seseorang mengetuk pintu bilik pejabat Farhan dengan perlahan. “Masuk”,ujarnya sambil mengesat air matanya. “Farhan,kenapa ni?”,soal Puan Sri Faridah. “Mama!”,Farhan terkejut. Farhan mengambil surat itu semula yang sudah renyuk dan dihulurkan kepada mamanya. Ternganga Puan Sri Faridah membacanya. “Sabar,Farhan”,pujuknya. ‘Tak sangka Farisya tak mahu kembali pada Farhan kali ni’,bisik hati Puan Sri Faridah. Sesungguhnya dia sangat menyayangi menantunya itu.
          Malizzsa tersenyum puas. Digenggamnya sampul surat yang tebal itu. “Syabas,Malizzsa! RM 15 ribu dalam sampul tu. Cukup?”,ujar Norman Yusoff. “Cukup sangat,terima kasih”,balas Malizzsa. “Macam mana reaksi dia orang?”,soal Norman. “Terkejut,sangat terkejut! Farisya pula dah keluar dari rumah tu”,kata Malizzsa sambil tersenyum jahat. Norman sudah ketawa jahat. “Kau nak tambat hati Farisya semula,ke?”,soal Malizzsa. “Nope! Dia mesti tak mahukan aku. Aku buat semua ni cuma nak lihat mereka berpisah,bila aku tak dapat Risya. Farhan mesti tak dapat!”,Norman dan Malizzsa sudah menunjukkan tanda bagus. Komplot mereka menjadi kali ini. “Okey,dah.  Lepas ni tak usah jumpa aku lagi. Nanti jadi syak”,kata Norman sebelum menyuruh Malizzsa meninggalkannya di situ. Malizzsa hanya mengangguk laju.
        “Betul ke kedai ni nak disewakan?”,soal Farisya kepada seorang wanita separuh abad yang tersenyum di hadapannya. “Betul dik,akak nak sewakan. Sebulan RM 3OO je”,kata wanita itu yang dipanggil Kak Min. “Oh,saya nak sewalah kak”,kata Farisya lagi. “Oh,adik ni dari mana?”,soal Kak Min. “Saya dari Kuala Lumpur”,kata Farisya lagi. “Ada tempat tinggal tak kat sini?”,soal Kak Min lagi. “Errr... belum lagilah,Kak Min. Kalau boleh saya nak sewa hari ini juga,sebab boleh tidur kat kedai”,ujar Farisya. “Farisya,nak tinggal kat rumah akak? Akak pun duduk seorang je kat rumah tu. Johor Bahru ni memang banyak rumah yang nak disewa. Cuma,kalau tinggal rumah akak,kita kongsi bayar je”,pelawa Kak Min. “Terima kasih,akak sebab nak tumpangkan saya. Sebenarnya saya ada masalah sekarang ni”,Farisya menundukkan wajahnya. “Masalah? Jom ikut akak balik,kita cerita nanti”, Kak Min mengajak. Farisya mengangguk. Dia bersyukur kerana berjumpa orang sebaik Kak Min.
        “Adik,maksudnya adik belum bercerai lagilah kan?”,soal Kak Min setelah mendengar semua cerita Farisya. Farisya menggelengkan kepala. “Berdosa dik keluar rumah tanpa izin suami. Tapi tak apalah,Risya kena  tenangkan diri,kan. Akak sentiasa  ada kat sini untuk membantu”,lembut Kak Min menasihati. “Kedai tu Risya nak buat butik”,ujar Farisya. “Butik? Bagus sangatlah tu,akak ni kerja jahit baju kat rumah ni je. Kedai tu pun akak beli saja-saja,tu yang cari penyewa”,gembira Kak Min bertutur. “Kita boleh bekerjasamalah.ni?”, tanya Farisya. Kak Min mengangguk. Farisya tersenyum lebar,urusannya dipermudahkan Allah.

TAN SRI ZAKRUL merenung Farhan dalam-dalam. Puan Sri Faridah pula masih mencari idea. “Papa,mama. Kena tolong Han”,ujar Farhan. “Iya,Farhan. Tapi hanya hati kamu tahu dia kat mana”, Tan Sri Zakrul yakin. “Kamu carilah dia, dapatkan semula kepercayaan dia. Mama risaukan dia dan cucu mama juga”,Puan Sri Faridah menggenggam tangan Farhan. “InsyaAllah ma,kita jumpa dia”,Farhan mengucup tangan mamanya dan papanya lalu mencapai kunci kereta untuk mencari Farisya. “Kasihan Farisya,macam manalah dia sekarang?”,ujar Puan Sri Faridah sendiri sambil melihat Farhan keluar.
           “Terima kasih sebab bagi akak kerja kat sini”,kata Kak Min. “Apalah akak ni,Risya sewa kedai pun dengan akak. Baju ada yang ambil kat pemborong,tapi ada yang akak jahit,kan? Kiranya bukan akak yang kerja,saya yang kerja dengan akak”,kata Farisya. “Macam-macamlah Farisya ni”,Kak Min tersengih. “Risya,sampai bila nak larikan diri dari suami Risya? Sampai anak Risya lahir,ke? Ingat dosa,dik”,nasihat Kak Min. Farisya hanya mengangguk lalu terus pergi melayan pelanggan yang baru memasuki butiknya. Kak Min hanya mampu menggelengkan kepala.
        “Penatnya!”,kata Farisya sambil meregangkan tangannya. Kemudian dia menyambung semula jahitan baju yang hampir siap. “Risya,dah pukul sepuluh dah ni. Tak ada pelanggan lagi,kan? Jomlah kita balik”,ajak Kak Min sambil menguap. Farisya hanya mengangguk lalu mencapai beg tangannya.
        Farisya merebahkan badannya yang keletihan di katil. Nada dering di telefon bimbitnya mengalihkan tumpuannya yang mulai terlelap. “Farhan?”,terangkat kening Farisya sebaik membaca nama penghantar mesej itu.

Farhan: Awak kat mana? Awak okey tak ni?
Farisya: Tak perlu tahu. Awak risaukan saya? Pergilah risaukan perempuan tu!
Farhan: Apa yang awak cakap ni? Saya betul-betul risaukan awak dan baby kita
Farisya: Sudahlah,Farhan. Saya mohon awak tak kacau saya lagi
Farhan: Farisya,awak kena percayakan saya
        Mata Farhan tidak mampu terlelap. Dia menanti balasan mesej dari Farisya namun hatinya hampa. Mesejnya tidak berbalas. Kemudian,dia lekas-lekas mendail nombor isterinya. “Kenapa tak angkat pulak ni?”,soalnya sambil mendengus kasar. “Macam mana aku nak cari dia?”,hatinya menangis sendiri. Dia meraup wajah kebimbangan.
          “Mama, Eda rasa tak nak pergi honeymoon selagi Kak Risya tak kembali pada abang”,kata Waheeda. “Betul ni Eda?Macam mana dengan Sharid?”,soal Puan Sri Faridah. “Sharid okey je ma. Rid terima keputusan Waheeda je”,angguk Sharid.  “Mama tak naklah kamu berdua bergaduh disebabkan hal ini”,Puan Sri Faridah tersenyum segaris. “Mama, kebahagian Farhan juga kebahagian kami”,kata Sharid untuk menenangkan hati mamanya. Puan Sri Faridah hanya mampu mengukir senyum tipis.
KAK MIN hanya merenung Farisya yang sedang berbual dengan seorang lelaki. “Siapa tu?”,soal Kak Min sebaik lelaki itu pulang. “Dia tu tauke kedai borong,kita beli blaus muslimah daripada dialah”,Farisya menerangkan sambil menyusun pakaian yang baru dijahit. “Akak,kenapa hidup berumah tangga ni banyak sangat dugaan?”,soal Farisya. Mereka boleh berbual kerana tiada pelanggan di waktu itu. “Dik,bila dah kahwin kita kena hadapi masalah bersama. Macam akak,baru dua tahun akak kahwin suami akak dah meninggal dunia. Tak sempat ada anak pun,adik untunglah. Dugaan ni kadang –kadang datang dari hasad dengki”,terang Kak Min. “Hasad dengki,maksudnya?”,Farisya mahukan penerangan lebih lanjut. “Maksudnya,ada orang dengki pada pasangan tu. Contohnya pada masalah adik,mungkin  suami adik kena perangkap?”,terjah Kak Min. Farisya hanya mendiamkan diri. Kak Min hanya tersenyum segaris,membiarkan Farisya berfikir sendiri.
        Farhan tergesa-gesa mencari Farisya. Norman yang ternampak kelibat Farhan sengaja mendekatinya. “Bro,cari bini yang lari ke?”,Norman sengaja mahu menyakitkan hati Farhan sebaik tiba di hadapannya. “Kau nak apa? Agaknya semua ni kau yang rancang?”,Farhan menerjah. “Kalau betul macam mana?”,Norman  masih menduga reaksi Farhan. “Jadi memang betullah ini semua kerja kau! Aku tak pernah jumpa manusia sekeji kaulah!”,Farhan sudah menarik kolar baju Norman. “Kau tu yang tak pandai jaga isteri”,Norman masih menyakitkan hati Farhan. Farhan yang sudah tidak senang hati di situ terus meninggalkan Norman yang sudah tergelak besar. Puas hatinya apabila dapat mengenakan Farhan.
          Farisya mengusap perutnya perlahan.  “Maafkan mama. Mungkin masa kamu lahir,papa kamu tak ada. Maafkan mama,sayang”,ujarnya sendiri. Dia mahu menenangkan hatinya. Dia berdoa kepada Allah semoga Farhan baik-baik sahaja.
        “Farhan,kamu kena pergi salah satu tempat. Melaka atau JB? Itu sahaja pilihan kamu”,ujar Tan Sri Zakrul. “Papa,tapi Han kena cari Farisya”,pujuk Farhan. “Farhan,projek dari syarikat ni amat penting. Lagipun, mana tahu kamu jumpa Farisya?”,soal Tan Sri Zakrul. “Han nak JB”,ujarnya perlahan.
        “Kak,Risya macam tak sedap hatilah”,kata Farisya sebaik sahaja Kak Min selesai melayan pelanggan. “Kenapa pulak ni?”,soal Kak Min kebimbangan. “Farisya macam rasa... dia ada kat sini”,ujar Farisya. “Siapa?”,Kak Min hairan. “Tak ada siapalah! Lupakan je apa yang Risya cakap tadi,perasaan je tu”,Farisya menggelengkan kepalanya. Kak Min sudah berkerut seribu. “Akak,boleh jaga kedai kejap ya. Teringin nak Slurpee lah”,kata Farisya lantas menerima anggukan dari Kak Min. Dia segera mencapai tas tangannya. Perutnya sudah meraung ingin diisi dengan Slurpee!
          Kak Min ralit  menyangkutkan blaus-blaus yang baru sahaja sampai. Tangannya ligat melakukan kerja. “Kak,jom kita pergi makan”,pelawa Farisya. “Makan lagi? Baru pukul lapan ni,dik”,Kak Min hairan sekali lagi. “Hari ni kita tutup butik awal”,kata Farisya. Laju sahaja dia menutup butik itu. “Farisya,lepas bersalin nanti jadi tembam,baru tahu”,usik Kak Min. “Tak apalah”,ujar Farisya selamba. Kak Min hanya mampu mengukir senyuman,dia tidak berpeluang mengalami apa yang Farisya rasa sekarang.
         Farhan sudah memegang perutnya. “Laparnya!”, ujarnya seperti tidak makan sepuluh hari lalu terus menerjah masuk ke dalam sebuah restoran. Dia segera memesan makanan lalu menanti dengan penuh sabar. Dia bersiul sendiri sebelum matanya membuntang. “Biar betul ni?”,Farhan menggosok matanya berkali-kali.
        Farisya dan Kak Min menghabiskan makanan dengan penuh berselera. Kemudian mereka menyambung perbualan mereka. “Apa?”,Farisya terkejut,matanya sudah membulat. Dia segera menutup wajahnya. “Akak,makanan ni dah bayar tadi kan?”,soal Farisya. Kak Min mengangguk. “Jomlah balik,kak?”,kata Farisya seraya menarik tangan Kak Min yang terpinga-pinga. ‘Tiba-tiba je’,detik hati Kak Min sambil memerhatikan seorang yang lelaki yang asyik memerhatikan mereka. “Sah,itu Farisya!”,kata Farhan lalu keluar dari restoran itu. Dia mahu mencari Farisya. Farisya sudah hilang dari pandangan. “Saya yakin tu awak walaupun saya tak nampak wajah awak”,ujar Farhan lalu mengeluh kecil. Rasa laparnya sudah hilang sebaik ternampak Farisya.
          Kak Min hairan melihat Farisya yang terus masuk ke biliknya tanpa berkata apa-apa. Sebaik pintu dibuka,kelihatan Farisya sedang menangis. “Farisya,kenapa ni?”,soal Kak Min sambil duduk bersebelahan dengan Farisya. “Akak,saya nam..nampak Farhan”,kata Farisya tergagap-gagap. “Siapa pula Farhan,dik?”,soal Kak Min lagi. Mindanya semakin berbelit. “Suami Risya ke?”,soal Kak Min lagi. Farisya hanya menangis lalu mengangguk perlahan.  “Farisya,kenapa kamu buat macam ni,dik? Kamu tak pedulikan dia,patutnya kamu berjumpa dia tadi”,nasihat Kak Min. Farisya hanya berdiam diri. “Sudah,kamu tenangkan diri. Jangan sampai perasaan kamu memudaratkan kandungan kamu. Akak akan biarkan kamu berfikir sendiri,dik. Adik,percaya dengan realiti”,lembut Kak Min menasihati Farisya sebelum melangkah keluar dari bilik tidur Farisya.
          Farhan merebahkan badannya ke atas katil. Mindanya merawang memikirkan Farisya. Semua kenangan bersama Farisya bermain di mindanya. Tiba-tiba fonnya berbunyi,dia mengangkat panggilan daripada mamanya. “Helo,mama. Sebenarnya,Farhan dah jumpa dia. Farhan tak nampak wajah dia ma,tapi Han yakin itu dia. Farhan akan cuba cari dia. InsyaAllah,mama”,kata Farhan lalu mematikan talian perbualan dengan Puan Sri Faridah. Akhirnya dia terlelap bersama kenangan Farisya.

SETELAH melawat tapak projek,Farhan terus mengelilingi Johor Bahru. “Kalau betul Farisya kat sini? Aku kena belikan hadiah ni”,kata Farhan sambil mengurut dagu. Sebaik ternampak sepasang gaun labuh yang menarik,Farhan segera menerjah masuk ke dalam sebuah butik.

         “Cik,gaun labuh ni ada warna lain tak?”,soal Farhan sebaik habis menilik gaun labuh yang digantung elok di dalam butik itu. Pekerja butik itu terus berpaling ke arah Farhan. Serta-merta Farhan tergamam. Suasana hening buat seketika. “Farisya”,ujar Farhan lalu menggenggam erat jari jemari Farisya. Farisya sudah terdiam,tak tahu hendak berbuat apa. Laju saja dia memeluk Farisya. “Eh,awak buat apa ni?”,pekik Farisya sambil mencari idea untuk melarikan diri. Pelukannya dilepaskan. “Penat saya cari awak,akhirnya saya jumpa awak. Awak percayakanlah saya. Fasal malam tu,ia hanya perangkap untuk saya”,Farhan menerangkan. “Apa yang awak cakap ni? Awak ni siapa?”,soal Farisya.

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it