❤Luluhnya Sebuah Ikatan-Bab 16❤
Saturday, 7 December 2013 | 00:33 | 0 love drops
BAB 16
 “Awak tak kenal saya?”,berkerut dahi Farhan. “Saya suami awak!”,kata Farhan sambil menggoncangkan bahu Farisya. “Ini anak kita,awak jangan berpura-pura!”,kata Farhan sedikit keras sambil mengusap perut Farisya. “ Apa awak cakap ni? Suami saya dah lama tiada”,bidas Farisya. “Sanggup awak cakap macam tu,Farisya? Tergamak awak?”,Farhan terpempan dengan kata-kata Farisya tadi. “Apa pun,saya bukan Farisya awak. Saya Wilma”,kata Farisya perlahan.  Air matanya sudah mula mengalir. “Awak tipu,saya! Kalau tak kenapa awak menangis?”,balas Farhan. “Sudah,keluar dari butik saya sekarang! Awak dah buat kacau kat sini”,Farisya menghalau Farhan. “Sayang,sanggup awak buat saya macam ni?”,kata Farhan masih tidak percaya. “Keluar!”,arah Farisya lagi. Dengan berat hati,Farhan melangkah keluar dari butik itu.
        Farisya meraup wajahnya perlahan. Meskipun dia tahu,adalah salah untuk berbohong begitu,namun dia tidak tahu mahu melakukan apa-apa. “Maafkan saya”,rintih Farisya perlahan. “Sedih saja muka ni,kenapa?”,soal Kak Min yang baru saja memasuki butik itu. Farisya yang tidak mampu berkata apa-apa terus memeluk Kak Min yang terpinga-pinga. “Farisya,cakap dengan akak”,kata Kak Min cuba memujuk Farisya yang masih tersedu-sedu. Farisya masih berdiam diri. “Farisya,bertenang. Akak ada kat sini,beritahu kenapa menangis ni?”,pujuk Kak Min lagi. “Saya tipu dia,kak”,teresak-esak Farisya berkata. “Adik tipu siapa?”,soal Kak Min. Farisya hanya berdiam diri sebelum menceritakan semuanya kepada Kak Min yang sudah ternganga besar.
        Tan Sri Zakrul menggelengkan kepalanya. “Agaknya memang Farhan salah orang?”,teka Tan Sri Zakrul. “Farhan telefon Idah tadi,dia kata dia yakin itu Farisya”,kata Puan Sri Faridah lagi. “Tak apalah, esok Han balik. Kita cuba tanya dia betul-betul”,balas Tan Sri Zakrul. 
KAK MIN masih cuba menenangkan Farisya. “Kenapa kamu buat macam tu,Farisya? Dia datang cari kamu”,tegur Kak Min. “Akak,saya takut kalau saya maafkan dia. Dia akan melakukan kesilapan yang sama”,balas Farisya. “Tak baik bersangka buruk pada suami sendiri,dik”,nasihat Kak Min. “Saya tak bersedia nak maafkan dia”,perlahan Farisya berkata. “Sampai adik sanggup berpura-pura suami adik dah tiada?”,balas Kak Min. Farisya terdiam. Dia tidak tahu mahu membalas apa.
        “Farhan rasa dia memang berpura-pura jadi Wilma”,kata Farhan sambil memasukkan kakinya ke dalam kolam renang. “Kalau betullah begitu,mungkin dia terlalu kecewa”,Tan Sri Zakrul memberi pandangan. “Kamu kuatkan diri,Han. Tabah adalah satu senjata umat Islam. InsyaAllah,kamu akan dapat Farisya kembali”,lembut Puan Sri Faridah menasihati. “Farhan pun tak faham kenapa orang benci tengok kami berdua bahagia?”,duga Farhan. “Orang cemburukan kamu. Balasannya hanya Allah yang tahu”,pujuk Tan Sri Zakrul. Farhan hanya mampu mengiyakan.
        “Kak,betul ke saya ni berdosa buat semua tu?”,soal Farisya. Kak Min yang sedang asyik menjahit pakaian terhenti,wanita itu lantas menggenggam erat jari jemari Farisya. “Dik,akak bukanlah arif sangat. Cuma,ini nasihat akak. Akak rasa suami adik ikhlas nak kembali,lagipun mungkin betul dia kena perangkap malam tu. Fasal dosa tu,ini je akak boleh cakap,dia suami adik.  Dosa pahala tu adik fikirlah sendiri,ya”,nasihat Kak Min perlahan sebelum menyambung jahitannya semula.
        “Farhan,kamu dah siapkan perancangan di Johor Bahru tu?”,soal Puan Sri Faridah sambil membetulkan tudungnya. “Sudah,kawan Farhan dah set semua. Jemputan untuk dia pun dah siap. Mama,papa dah siap kan? Jomlah”,ajak Farhan. Waheeda dan Sharid hanya mampu menyokong dengan apa yang direncana oleh abang,mama dan papanya.
         Farisya membuka sampul surat yang berwarna merah jambu itu. “Jemputan ke Hotel Casa De’Rolla?”,soal Farisya sendiri sebaik membaca kepingan kad di dalamnya. “Farisya,Hotel Casa De’Rolla? Lima bintang punya hotellah tu,mesti Farisya masa kat KL tu ada event. Tu yang dapat invite tu”,kata Kak Min. “Risya tak pergi kot,petang ni lah”,kata Farisya sambil mengeluh. “Tak pergi? Sayang tu,Farisya! Fasal baju,kan boleh ambil kat butik ni je. Eh,invite untuk berapa orang?”,soal Kak Min teruja. “Kad ni jemput untuk dua orang”,kata Farisya. “Cantik sangatlah tu. Risya pergi dengan akak,ya?”,ujar Kak Min. Farisya hanya mengangguk. Tak sanggup menghampakan Kak Min yang sudah terlebih teruja itu. Dia terus melangkah untuk memilih pakaian yang bersesuaian dengan dirinya. Tiba-tiba mindanya ligat memikirkan sesuatu. Macam mana tiba-tiba boleh dijemput,ya?
         Jam sudah menunjukkan angka lapan malam. “Akak,jom masuk bilik”,ajak Farisya sebaik sahaja habis makan. “Sabarlah,tadi dengar pengacara tu kata,ada persembahan istimewa”,kata Kak Min sambil tersengih. Farisya duduk semula,menarik juga bila mendengar ada persembahan istimewa. “Panggil Anuar Zain,kot”,teka Farisya sambil berseloroh. Kak Min sudah tergelak kecil.
        Tidak lama kemudian,seseorang dipanggil untuk naik ke atas pentas. Semua mata memandang ke arah lelaki yang sudah memegang mikrofon. “Tibalah masanya untuk persembahan istimewa kita. Dengarkanlah lagu Kita nyanyian Farhan Farisz!”,kata pengacara itu lagi. Farisya sudah tidak senang duduk. Sebaik sahaja muzik dipasang,suara Farhan dapat didengari seluruh kawasan hotel. Farhan menyanyi sambil matanya menuju ke arah Farisya. Hampir semua penonton dapat meneka bahawa Farhan menyanyikan lagu itu untuk Farisya. Kelihatan Tan Sri Zakrul dan Puan Sri Faridah yang duduk tidak jauh darinya sedang tersenyum lebar. Mereka memandang Farisya dengan penuh bermakna. Sebaik lagu Kita itu tamat,Farisya segera menarik tangan Kak Min lalu segera masuk ke dalam lif.
        Farhan,Tan Sri Zakrul dan Puan Sri Faridah yang menyedari tindakan Farisya segera naik lebih awal ke tingkat bilik Farisya. Sebaik sahaja Farisya sampai di hadapan pintu biliknya, dia dan Kak Min disapa seseorang. “Assalamualaikum,Wilma”,sapa Farhan. Kak Min sudah mengangkat kening. Farisya pula sudah mengutuk dirinya sendiri kerana lambat masuk ke dalam bilik. “Waalaikumsalam”,perlahan Farisya menjawab. Puan Sri Faridah yang tidak mampu mengawal dirinya terus memeluk Farisya yang berada di depan mata. Tan Sri Zakrul hanya mampu tersenyum. Kak Min pula hanya menyaksikan ‘drama’ itu. Sebaik pelukan dilepaskan,Farisya menarik nafas lega. Farisya sudah terdiam. Tidak mampu untuk berkata-kata. “Saya nak minta maaf fasal hari tu. Saya tersalah orang. Maafkan saya”,ucap Farhan. “Okey,tak ada apa”,Farisya hanya mampu mengukir senyum plastik. “Wilma, muka Wilma serupa seratus peratus macam Farisya. Suami Wilma dah tiada kan, apa kata Wil kahwin dengan Farhan?”,Puan Sri Faridah sengaja mahu menguji sama ada itu benar-benar Farisya atau tidak. Farisya sudah mengetap bibir. “Errr....Puan,dah malam ni. Kalau nak sembang-sembang,esok je lah ya”,Kak Min menjadi penyelamat. Tan Sri Zakrul hanya mengangguk lalu menyuruh isterinya dan anaknya  meninggalkan Farisya dan Kak Min.
        “Okey,sekarang papa dan mama rasa,itu Farisya atau tak?”,soal Farhan. “Entahlah,mama masih tak boleh beri kesimpulan lagi. Bila mama tanya dia nak kahwin dengan Farhan tadi, dia tak  menjawab apa pun.  Sebab mungkin dia memang dah kahwin dengan Farhan”,Puan Sri Faridah sudah tergelak kecil. “Kalau dia memang Farisya,mesti dia ada berbual fasal tadi dengan kawan dia tu. So,nak intip dia kat bilik?”,soal Tan Sri Zakrul. “Nak dengar perbualan dia?”,Farhan mengangkat kening.
          “Kak, memang betullah saya terharu dengan tindakan dia tadi. Tapi setakat menyanyi takkan boleh pulihkan luka di hati saya ni!”,kata Farisya. “Dik,akak rasa dia memang ikhlas dengan adik. Ikhlas adalah ubat bagi semua penyakit Farisya”,nasihat Kak Min. “Entahlah,Kak Min”,balas Farisya. “Macam mana dengan lamaran mamanya tu?”,usik Kak Min sambil tergelak kecil. “Akak ni,kan! Jawapannya macam tak tahu je,dah saya memang isteri dia nak kahwin macam mana lagi,kak”,Farisya juga tertawa. “Gelak pun adik akak ni”,kata Kak Min. Farisya tertawa,namun di dalam hatinya penuh kecewa dan keliru. 
        “Mama ni,takkanlah Han nak curi dengar perbualan dia orang”,ujar Farhan. “Untuk kebaikan kamu,apa salahnya. Ikutlah idea papa ni”,saran Puan Sri Faridah lagi. “Kalau tertangkap?”,berkerut Farhan berkata. “Betul juga,tak payahlah Han. Kita berserah saja,kita cuba jentik dia lagi. Tengok sama ada itu Wilma atau Farisya”,balas Tan Sri Zakrul. Farhan hanya mampu mengangguk. Hatinya menyuruh dia bersabar. Dia akan bersabar, demi Farisya. 
        Sebaik sahaja selesai sarapan pagi,Farisya dan Kak Min segera turun ke tingkat bawah. Mereka tidak mahu berlama-lama di situ atas arahan Farisya. Dia takut jika Farhan kembali menyapanya. “Mana kad jemputan tu Farisya?”,soal Kak Min. Farisya segera memberikan kad itu. “Akak pergi ‘slot’ kad jemputan ni dulu ya”,kata Kak Min sebelum meninggalkan Farisya di ruang tetamu. “Cik Wilma”,sapa seseorang. “Farhan,awak buat apa kat sini?”,itu saja yang terlintas di minda Farisya waktu itu. “Nak baliklah ni,macam Wilma jugak. Ermmm...macam mana dengan tawaran mama saya semalam?”,soal Farhan. “Tawaran?”,Farisya masih terpinga-pinga. “Lupalah tu,tawaran cepumas tu pun boleh lupa. Kan mama saya lamar awak semalam”,ujar Farhan. Farisya sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kini dia mengutuk diri sendiri kerana   melayan lelaki itu. “Diam je,kenapa? Maknanya Wilma setujulah ya?”,usik Farhan. Hatinya kuat mengatakan itu Farisya dan bukannya Wilma. “Err...bukan setuju”,Farisya sudah gelisah bercampur panik. “Jadi tak setujulah ni?”,desak Farhan lagi. “Err..bukan tak setuju”,Farisya sudah keliru mahu menjawab apa. Sebaik sahaja Kak Min tiba di hadapannya,dia terus berlalu pergi. ‘Aku lama-lama lagi kat situ,buatnya mama dan papa pulak datang. Hisy,seriau je. Terbongkar pula nanti kepura-puraan aku ni nanti’,detiknya sendiri.
        Farhan menanti dengan penuh sabar. Sesekali Kak Min yang berada di kaunter tersenyum melihat dirinya yang sedang menunggu Farisya di sofa. “Dah lama ke awak tunggu saya?”,soal Farisya. “Adalah dua puluh minit,tapi tak apa”,ujar Farhan seraya bangun. “Oh,ada apa awak nak jumpa saya ni?”,soal Farisya. “Wilma, boleh kita keluar sekejap?”,soal Farhan. “Ermm... Bolehlah,saya pergi ambil beg tangan kejap”,jawab Farisya walaupun sebenarnya dia malas mahu bertemu Farhan. Farhan sudah tersenyum lebar.
       “Erm,betul ke suami awak dah tiada?”,soal Farhan. Wajah Farisya mula berubah. Lidahnya kelu. “Kenapa awak tanya soalan macam tu?”,soalnya pula. “Tak adalah. Kalau betul suami awak dah tak ada, apa kata awak kahwin dengan saya?”,ujar Farhan. Jika benar itu isterinya,dia mahu mendengar jawapan dari mulut wanita itu. “Awak asyik suruh saya kahwin dengan awak je,kenapa?”,soal Farisya sedikit keras. Geram juga. Dia dapat rasa lelaki itu sengaja mahu mengenakannya. Farisya segera bangun dan ingin berlalu pergi dari situ. “Farisya!”,jerit Farhan sedikit kuat. Langkahnya terhenti. “Saya nak awak kahwin dengan saya,sebab saya tahu awak memang isteri saya. Saya cuma   nak kita kembali macam dulu,sebab sekarang ni kita macam bukan pasangan  suami isteri”, ujar Farhan. Farisya menelan air liur,kelat. Tak sempat Farisya ingin menambah,Farhan sudah berkata terlebih dahulu.  “Saya yakin awak Farisya dan bukannya Wilma. Tak guna awak larikan diri saya,sebab saya sentiasa menunggu awak kembali. Saya mengaku,memang saya derita menunggu awak. Tapi derita inilah yang bakal menguatkan cinta kita,Farisya. Baliklah pada saya Farisya....”,rintih Farhan. Farisya yang tidak mampu menahan air matanya sudah berpaling kepada Farhan. “Baiklah,saya mengaku saya Farisya! Tapi saya berpura-pura menjadi Wilma sebab awak pun berpura-pura di hadapan saya”,akhirnya Farisya menguatkan dirinya untuk bertentang mata dengan Farhan.
       “Ya Allah,saya bersumpah saya tak tidur dengan perempuan tu pada malam tu. Norman yang nak kenakan saya,sayang. Tolonglah percayakan saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak”,ujar Farhan,air matanya juga menitis akhirnya.  “Buat apa saya kembali di dalam kehidupan awak kalau nanti kehidupan kita penuh rasa kebencian?”,Farisya sudah mulai mengingati peristiwa itu. “Kebencian? Apa yang awak katakan ni,saya tak benci awak. Kalau awak benci saya,pasti saya berjaya buat benci awak menjadi cinta sejati semula”,ujar Farhan lagi. “Sudah,awak memang pandai kalau berbohong. Saya tak percayakan awak lagi. Anak saya ni pun tak nak berayahkan penipu macam awak!”,Farisya segera meninggalkan tempat  itu. Sengsara dirasakan sewaktu bertengkar dengan Farhan. Terduduk Farhan sewaktu Farisya mula melangkah pergi dari situ. “Sanggup awak cakap macam tu?”,rintihnya sendiri. Sungguh dia kesal dengan Farisya. Jujurnya,dia sudah tidak tahu bagaimana mahu mendapatkan kepercayaan wanita itu semula
“MAMA,Farisya memang dah benci dengan Han”,rintih Farhan.  “Han, mama yakin dia akan kembali. Cuma,kita perlu berdoa dan bertawakal”,pujuk Puan Sri Faridah. “Han dah buntu,mama. Han sayangkan dia,Han tak sanggup kehilangan dia”,ujarnya perlahan. “Apa pun yang berlaku,mama tak mahu kamu berdua bercerai. Mama pun sayangkan Farisya”,pujuk mamanya lagi. Farhan sudah buntu,dia sudah kehilangan arah. Sungguh,dia amat terasa dengan kata-kata Farisya.
        “Abang,Eda bukan nak menyibuk. Cuma,Eda rasa perkara terbaik abang perlu lakukan sekarang adalah berdoa. Doalah semoga Kak Risya lembut hati pada abang. InsyaAllah”,nasihat Waheeda. Farhan hanya mengangguk lalu tersenyum segaris. Dia mengusap kepala adiknya itu. “Jaga Sharid elok-elok. Abang tak mahu Eda kehilangan  orang yang Eda sayang macam abang”,ujar Farhan. Waheeda tersenyum nipis. “InsyaAllah, abang tak akan kehilangan orang yang abang sayang”,pujuk Waheeda. Farhan hanya mampu mengukir senyuman plastik. Senyuman yang menyelubungi segala kesedihan.
FARISYA duduk memegang lutut. Dia menangis sepuas-puasnya. “Sayang,rasanya patut ke mama buat papa macam ni?”,rintihnya sendiri sambil mengusap perutnya yang membukit. Sungguh,dia sendiri menyesal berkata begitu kepada Farhan. Meskipun rasa benci bersarang di jiwanya,namun perasaan rindu dan sayang masih belum terlerai.
        “Kak Min,Farhan dah tahu saya Farisya”,ujar Farisya sambil menyusun kain-kain perca lebihan yang bersepah di lantai bilik menjahit itu. “Dah tu,apa respons dia?”,soal Kak Min teruja. “Saya rasa dia takkan cari saya lagi lepas jumpa dengan saya hari tu”,ujar Farisya lemah. “Kenapa pula?”,soal Kak Min lagi. “Masa jumpa saya hari tu,mungkin dia terkena tamparan hebat dengan kata-kata saya”,ujar Farisya. “Risya marah dia ke?”,soal Kak Min. Namun,soalan Kak Min itu dibiarkan sepi. Kak Min yang memahami terus membiarkan Farisya membuat keputusan sendiri.
         Farisya merenung bingkai gambar yang elok diletakkan di sebelah katilnya. Dia tidak sampai hati mahu membuang gambar itu. Gambar persandingan mereka. Di waktu itu,kedua-duanya berwajah masam kerana dipaksa berkahwin. Tiba-tiba air matanya mengalir apabila mengingati memori lalu.
AISYAH terkejut mendengar berita daripada Farhan. “Kau kan kawan dia. Mesti kau tahu macam mana nak pujuk dia,dapatkan kepercayaan dia semula”,ujar Farhan. “Farhan,sorry. Aku tak boleh tolong kau kali ni,kes ni berat. Aku hanya kawan dia, dan nak dapatkan kepercayaan dia bukan mudah”,ujar Aisyah sedikit kesal. Farhan sudah mengeluh berat. “Kau perlu reda dengan apa yang berlaku sekarang ni,Farhan. Doa dan tawakal penting,kau berusaha. Cepat menangi hati dia sebelum dia jatuh cinta lagi”,kata Aisyah serius. “Maksud kau?”,soal Farhan. “Dia jauh daripada kau sekarang ni. Aku takut dia jatuh cinta dengan orang lain,Farhan. Ya,walaupun aku tahu Farisya tu setia. Tapi,kita tak tahu future,kan?”,ujar Aisyah perlahan.  Farhan meraup wajahnya. Ada benarnya kata Aisyah.
        “Akak,Farisya nak keluar kejap. Akak tolong jagakan kedai ya”,pinta Farisya. “Yalah,dik”,sambut Kak Min. Farisya mengangguk lalu melangkah keluar dari butik itu. Kak Min hanya memerhati dari jauh. Otaknya ligat memikirkan Farisya,bagaimanakah dengan Farhan? Mungkin dia hanya orang luar,namun dia sudah menganggap Farisya seperti adiknya sendiri.

FARISYA berjalan sambil mindanya ligat memikirkan Farhan. Jiwanya kosong tanpa Farhan. Memori indahnya sentiasa menjengah tak kira masa. Tanpa disedari,dia terlanggar seorang lelaki. “Maafkan saya”,kata Farisya sambil menghulurkan barang lelaki itu yang sudah bertabur. “Tak apa”,ujar lelaki itu pula sambil tersenyum. Farisya sudah terdiam sebaik melihat wajah lelaki itu. “Awak?”,Farisya terkejut besar. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it