❤Luluhnya Sebuah Ikatan- Bab 17❤
Monday, 9 December 2013 | 01:30 | 0 love drops
BAB
17
“Awak?”,Farisya
terkejut besar. “Ini Farisya kan?”,soal lelaki itu. “Ya,dah lama saya tak jumpa awak Irham”,ujar Farisya. “Well,awak
yang tak nak jumpa saya”,usik Irham. “Mana ada saya tak nak jumpa awak. Yalah,
lepas habis belajar je awak dah pergi New York,kan?”,ujar Farisya. “Memanglah
saya lari ke New York. Dah ada orang tu tolak lamaran saya”,kata Irham sedikit
berjauh hati. Farisya sudah terdiam. “Awak masih kecil hati ke? Maafkan saya
ya”,ujar Farisya. “Eh, tak adalah! Ermm...saya tahu awak dah kahwin. By the
way,maafkan saya sebab terjumpa awak kat sini”,kata Irham lagi. “Apalah
awak ni Irham. Saya gembira sangat dapat jumpa awak”,kata Farisya lalu tertawa
kecil. “Awak ada masalah,ya?”,soal Irham.
“Masalah? Semua orang ada masalah,tapi bukan masalah besar pun”,ujar
Farisya. “Masalah awak besar. Saya dah kenal awak lama,Farisya. Cara awak
ketawa kedengaran menutup semua kesedihan awak”,duga Irham. Farisya sudah
terpaku. Kemudian dia mengangguk perlahan. “Jom kita pergi minum. Banyak benda
saya nak borak dengan awak ni”,pelawa Irham. Farisya hanya mengangguk.
“Ermm...Farisya,awak dah lama ke
kahwin?”,soal Irham. “Dah sembilan bulan lebih dah saya kahwin”,jawab Farisya.
Irham mengangguk perlahan. “Kandungan awak tu dah berapa bulan?”,soal Irham
lagi. “Dah dekat tujuh bulan dah”,jawabnya. “Oh,mana suami awak?”,soal Irham
lagi. “Errr...sebenarnya... Irham,awak tak kisah kan kalau saya ceritakan semua
kat awak? Saya perlukan seseorang”,pinta Farisya. Kak Min tak cukup baginya
untuk meluah rasa kerana dia baru sahaja berkenalan dengan wanita itu.
Manakala,Irham juga sudah bagaikan saudara kembarnya. Irham hanya mengangguk.
Dia mengerti perasaan wanita itu dari riak wajahnya.
SHARID
menyusun fail-fail yang baru disemaknya di atas meja. Kemudian dia mengeluh
perlahan. Dia mengurut kepalanya perlahan. “Macam mana aku nak tolong
Farhan?”,buntunya sendiri. Dia juga bimbang jika rumah tangganya dialami
masalah sebegitu. Namun,dia berdoa semoga Farisya mempercayai Farhan. Kerana
dia tahu Farhan seorang yang setia.
“Saya faham sekarang”,ujar Irham
sebaik mendengar cerita Farisya. “Maafkan saya ya sebab saya rasa suami awak
tak bersalah”,Irham memberi pendapat.
“Entahlah,kadang-kadang saya pun rasa macam tu. Tapi,saya tak tahu”,balas
Farisya. “Tak apa,saya tahu awak kuat dan sabar orangnya. Saya ada kat sini
untuk menjadi pendengar awak,kawan awak. Jangan risau”,ujar Irham. “Thanks”,jawab
Farisya. “Pada saya,kalau awak bahagia. Ia turut membahagiakan saya”,ujar
Irham,ikhlas. “Terima kasih sebab masih nak berkawan dengan saya. Walaupun saya
dah tolak awak”,ujar Farisya perlahan. “Tak apalah,mungkin kita tak ada jodoh
bersama. Tapi saya rasa ia tak
menghalang kita untuk kekal menjadi sahabat”,jelas Irham berkata. Farisya
hanya tersenyum nipis. Nasibnya baik ditemukan dengan Irham yang dulu pernah
melamarnya namun ditolak.
Farhan memerhatikan pelan projek di
atas mejanya itu dengan penuh khusyuk. Matanya menangkap satu kesalahan di atas
helaian kertas pelan itu. “Liza,ini projek penting! Saya nak awak betulkan
kesalahan ini sekarang juga! Kerja senang pun tak boleh nak buat ke?!”,tengking
Farhan kepada Liza,pekerjanya. Liza hanya mengangguk perlahan. Kemudian dia
segera mencapai pelan projek itu lalu segera keluar dari bilik pejabat
bosnya itu. “Kenapa dengan bos tu? Dia
tak pernah pun marah macam tu?”,gusar Liza sendiri. Namun dia malas mahu masuk
campur dalam urusan bosnya.
Farhan meraup wajahnya. Otaknya
benar-benar kusut. Semua pelan projek yang bertaburan di atas meja dicampakkan
ke atas lantai. Dia rimas melihat semua itu. Yang ada di matanya,cumalah
Farisya. “Tolong kembali pada aku!”,pekiknya. Air matanya mengalir bersama
rindunya. Dia tidak tahu cara apa lagi mahu dilakukan. Semakin dia cuba berserah,semakin
memorinya menyerang. Dia sungguh rindukan Farisya.
IRHAM
mencapai telefonnya. Gambar Farisya yang manis bertudung ala-ala Hana Tajima
itu menjadi gambar utama di dalam telefonnya. Gambar itu jugalah yang menjadi
pembakar semangatnya selama berada di New York. Walaupun sekarang Farisya
mempunyai masalah, dia tidak berharap dengan Farisya. Kerana dia takut nanti
hatinya hampa. “Aku akan tolong kau selagi aku mampu”,bisiknya sendiri sambil
merenung gambar Farisya dengan senyuman manis.
Farisya menggigit bibir. Dibaca mesej
daripada Farhan berulang kali. Hatinya mendesak mahu membalas,namun dia
berbelah bahagi. Akhirnya mesej pertanyaan khabar daripada Farhan dibiarkan
sepi tidak dibalas. Farisya tekad mahu menyejukkan jiwanya terlebih dahulu
barulah memikirkan hal Farhan. “Ikatan ni harus aku luluhkan atau...?”,Farisya
mencipta tanda tanya sendiri.
KAK
MIN tersenyum segaris melihat Farisya yang bertungkus-lumus menyiapkan jahitan
bagi baju pengapit satu majlis perkahwinan yang agak mewah. “Risya,biarlah akak
siapkan. Risya pergilah berehat”,Kak Min sudah mempelawa untuk menghulurkan
bantuan. “Tak apalah,kak. Lagipun,sikit je lagi ni dah nak siap”,jawab Farisya
lalu menghadiahkan Kak Min segaris senyuman. “Dik,pergilah berehat. Awak tu
tengah sarat mengandung,tak payah buat kerja kat butik ni. Akak kan ada”,ujar
Kak Min. Farisya hanya membalas dengan senyuman. Kak Min sudah menggelengkan
kepalanya melihat kesungguhan Farisya. Butik Farisya semestinya tidak
menggunakan khidmat pekerja melainkan dia dan Kak Min sahaja.
“Farisya,awak memang dah nekad tak
nak balik kat suami awak ke?”,soal Irham. Dia hanya bertemu dengan Farisya di
butik itu kerana Farisya sedang sarat mengandung. Kak Min hanya memandang
dengan senyuman. “Saya pun tahulah,Irham. Mungkin dah takdir,hubungan kami
macam ni saja. Tak terputus dan tak terjalin,entahlah”,Farisya sudah mengerutkan
dahinya. “Saya bukan apa. Cuma nak nasihatkan,ingat Farisya dia tu suami awak.
Berdosa tau awak jauhkan diri daripada suami awak”,nasihat Irham. Farisya
mengangguk perlahan. Sudah banyak kali dia diingatkan tentang hal itu.
Namun,hatinya keras tidak mahu bertemu dengan Farhan. Jiwanya masih belum
bersedia bersatu semula dengan jiwa Farhan. Luka di hatinya belum sembuh
sepenuhnya.
PUAN
SRI FARIDAH merenung Waheeda dan Sharid bersilih ganti. “Eda,mama rasa lagi
bagus kamu dan Rid pergi honeymoon dulu. Kalau kamu nak tunggu abang
kamu,mama takut berapa bulan lagi kamu kena tunggu”,nasihat Puan Sri Faridah. “Mama
dah penat ke tunggu Kak Risya?”,soal Waheeda. “Mama bukan penat menunggu
menantu mama tu,cuma sekarang ni mama nak kamu berduaa pergi je honeymoon
dulu”,tegas mamanya. Sharid dan Waheeda hanya mengangguk perlahan. “Mama
sayangkan Farisya. Sayang sangat,mama sayangkan Risya macam anak mama sendiri”,bisik Puan Sri Faridah di dalam hati.
Farhan merenung skrin komputernya
lama. Wajah Farisya yang sentiasa menjadi penghias skrin komputernya itu
direnung. Wajah itulah yang selalu membuatkan dirinya tersenyum juga bangkit
dari jatuhan. Kini,dirinya terumbang ambing tanpa Farisya. Namun,dia berserah
kepada Allah. Dia reda dan tawakal dengan takdir Allah.
Dirinya sungguh kerdil apabila mahu
merebut cinta manusia namun cinta Allah belum didapati. Sesungguhnya dia
yakin,dengan tawakal dan reda segala-galanya akan kembali pulih.
Memorinya bersama Farisya tidak mahu
dihapuskan. Tetapi menjadi penguat dan bukannya menjadi punca tangisan.
Kerinduannya akan diubah menjadi satu perasaan cinta yang kental dan kekal
abadi. Itu ikrar dirinya.
FARISYA
terjaga dari tidur sebaik merasa ketidakselesaan menjengah. Dia memegang
perutnya yang mulai sakit. Kak Min yang terdengar panggilan Farisya segera
menuju ke bilik tidur wanita itu. “Kenapa Farisya?”,soal Kak Min cemas. “Sakit,kak”,wajah
Farisya sudah berkerut. “Farisya dah nak bersalin ke?”,perasaan cemas mula
menguasai diri Kak Min. Dia cuba menenangkan dirinya lalu mencapai telefon
bimbit Farisya. Nombor yang terjengah di mindanya hanyalah nombor telefon
Irham. Segera Kak Min menelefon lelaki itu.
Hearts, <$NanaJepperz$>

