❤Luluhnya Sebuah Ikatan-Bab 18❤
Thursday, 12 December 2013 | 04:17 | 0 love drops
BAB
18
Irham
tersenyum riang. Setelah mengazankan bayi di dalam dukungannya itu,dia segera
membawa bayi itu ke Farisya.
“Terima kasih,Irham”,ucap Farisya.
“Tak ada apalah. Perkara biasa saja”,jawab Irham. “Pada saya ia perkara luar
biasa. Awak pula kena lakukan semua tanggungjawab yang patutnya suami saya yang
kena buat”,kata Farisya. “Farisya,anak awak macam anak saya juga”,balas Irham.
Wajah Farisya sudah berubah riak.
“Eh,awak dah beri nama pada baby yang comel momel ni?”,soal Irham bagi
mengalih topik. “Nama? Firash Irhan”,jawab Farisya ringkas. “Firash Irhan?”,Irham
mengangkat keningnya. “Yup! Irhan tu saya collect daripada nama
suami saya,Farhan dan juga nama awak. Jadilah Irhan”,terang Farisya. “Wah,nama
saya pun terselit juga. Besar betul pengiktirafan ni”,Irham sudah tersenyum
sampai ke telinga. Farisya hanya membalas dengan senyuman. “Eh,awak boleh
tolong uruskan pendaftaran Firash?”,pinta Farisya. Irham mengangguk
“Boleh,sayang”,kata Irham. Namun kata-kata itu hanya terlahir di dalam hati.
Farisya bersyukur kerana Irham berada
di sisinya tatkala dia berkeadaan begitu. Tatkala Farhan tiada di sampingnya.
Kak Min mematikan khayalan Farisya. “Assalamualaikum,Farisya. Amboi,termenung
jauh nampak”,usik Kak Min. “Waalaikumsalam. Mana ada termenung,cuma
berangan”,Farisya membalas usikan Kak Min. “Samalah tu”,jawab Kak Min lalu
tertawa kecil. Farisya merasa amat bahagia. Sudah lupa segala kesedihan yang
menempa apatah lagi setelah menatap wajah si kecil,Firash Irhan.
“MAMA,kalau
ikutkan. Bulan ni sepatutnya Farisya bersalin kan?”,soal Farhan. Puan Sri Faridah
hanya mengangguk. “Teruknya Farhan ni,kan. Isteri tengah sarat mengandung pun
Farhan tak ada kat sisinya”,Farhan menundukkan kepalanya. “Mama harap sangat
bila tiba masa Farisya nak bersalin nanti,dia selamat melahirkan. Mama rindu
sangat dengan dia,mama pun tak sabar sangat nak tengok cucu mama ni”,Puan Sri
Faridah sudah tersenyum segaris. Farhan menahan takungan air mata yang hampir
melimpah dari tubir matanya. Dia tidak mahu menangis kerinduan lagi,malah dia
akan mendoakan yang terbaik buat isterinya dan anaknya.
Farisya membaca kandungan mesej
Farhan dengan teliti. Akhirnya dia membalas mesej itu dengan kadar terpaksa.
Farhan:
Assalamualaikum,sayang. Awak sihat?
Farisya:
Waalaikumsalam. Alhamdulilah,sihat.
Farhan:
Sayang,awak okey ke? Bila due awak?
Farisya:
Awak kena ambil tahu ke?
Farhan:
Mestilah! Saya suami awak,kenalah tahu
Bila merasakan mesej itu tidak patut
dibalas,Farisya segera mematikan telefonnya. Mesej Farhan tidak dibalas malah
dipadam. Sungguh,dia merasakan Farhan
tidak perlu mengetahui semua hal berkenaan dirinya dan keluarganya. Dia
memejamkan matanya untuk merehatkan diri yang keletihan.
Irham memerhatikan Farisya yang
sedang diulit mimpi. Firash Irhan yang juga sedang tidur di sisi mamanya dicuit
penuh kasih sayang. “Seandainya Farhan tak mahu awak lagi. Sayalah insan
pertama akan berada di samping awak”,kata Irham di dalam hati.
RISAU
mendadak di hati Tan Sri Zakrul dan Puan Sri Faridah. Sesungguhnya,kerisauan
mereka semakin hari semakin membara. “Farhan,apa kata kamu pergi jumpa Farisya
di Johor Bahru?”,cadang Tan Sri Zakrul. “Betul juga cakap papa tu,Han”,sokong
Puan Sri Faridah pula. Farhan hanya mengangguk perlahan.
“InsyaAllah,mama,papa”,jawab Farhan. Dia kan berusaha memikat hati wanita itu
semula.
Kak Min hanya tersenyum melihat
gelagat Firash Irhan yang tersenyum dan amat suka bila berada dengan Irham. Kak Min dan Farisya hanya
memerhati dari jauh. “Farisya, kan akak dah cakap tak payah datang butik ni.
Farisya tu baru saja berapa hari lepas bersalin. Tak eloklah”,nasihat Kak Min
sambil menjahit sepasang baju kebaya yang ditempah. “Tak apalah,kak. Risya
datang sini pun sebab bosan,bukan buat kerja apa pun kat sini. Lagipun Irham
kan ada?”,Farisya tersengih. Kak Min hanya mengangguk perlahan sebelum ekor
matanya mengekori Farisya yang sudah bergerak keluar dari bilik menjahit itu
dan menuju ke arah sofa.
“Terima kasih,Irham”,ucap Farisya
lalu mengambil tempat di sofa. “Tak habis-habis nak berterima kasih. Bukannya
susah mana pun. Lagipun Firash ni boleh jadi anak angkat saya,kan”,jawab Irham
lalu menghadiahkan senyuman buat Farisya. “Awak yang buat semua tanggungjawab
ayah dia. So,papa angkat pun boleh”,balas Farisya. “Thanks”,balasnya
pendek. Farisya hanya merenung Irham yang sedang leka bermain dengan Firash.
“Adakah jika saya memilih awak,Irham dulu? Adakah saya tidak begini
sekarang?”,tiba-tiba terdetik kata penyesalan di dalam hatinya yang sedang
gusar. Kemudian dia beristighfar sendiri,dia tidak boleh mempertikai jodohnya.
“Assalamualaikum”,seseorang memberi
salam lalu terus memasuki butik. Farisya dan Irham menjawab salam dengan
serentak. Farisya sudah tersentak sebaik melihat gerangan itu. ‘Farhan,apa dia
buat kat sini?’,gusar hati Farisya sendiri. Irham bagai sudah mengerti siapa
lelaki itu melalui riak wajah Farisya. “Sya,suami awak ya?”,bisik Irham.
Farisya hanya mengangguk perlahan.
“Farisya, tu anak kita?”,hampir
mengalir air mata Farhan sebaik ternampak seorang bayi yang comel di dalam
dukungan Irham. “Tak,ini anak saya. Bukan anak kita”,Farisya menguatkan dirinya
untuk berkata begitu. Tersentap jiwa Farhan sebaik mendengar kata-kata Farisya.
“Sampai hati awak cakap macam tu,kan. Oh,maknanya sekarang ni awak dah sukakan
lelaki ni lah kan?”,duga Farhan sambil menjeling ke arah Irham. “Oh,patutlah.
Kau nak rampas Farisya dan anak aku daripada aku,ya?!”,kata Farhan yang hampir
menumbuk Irham. “Sudah,Farhan! Irham tak ada kena mengena dengan hal ni.
Dan,kalau saya sukakan dia apa masalah awak? Awak boleh bebas dengan perempuan
lain,kenapa saya tak boleh?”,balas Farisya. “Adakah selama ni awak cuma
mempermainkan cinta saya?”,tanya Farhan. “Patutnya saya yang tanya soalan itu
pada awak”,ujar Farisya. “Tergamak,awak kan?”,ujar Farhan lalu merampas Firash
Irhan dari dukungan Irham. Kak Min yang mendengar kekecohan segera menuju ke
ruang butik. “Farhan!”,pekik Farisya. “Itu anak saya,bukan anak awak!”,pekik
Farisya lagi lalu cuba mengambil Firash daripada Farhan. Farhan segera keluar
dari butik itu. Dia merenung wajah comel Firash dengan sayu. Tergamak Farisya
melakukannya sebegitu. “Irham,tolong saya”,pinta Farisya. Kak Min dan Irham
segera mengejar Farhan. “Farhan,tolong serahkan anak Risya”,ujar Irham. “Apa
hak kau? Ini anak aku,ikut suka akulah”,jawab Farhan. Dia segera menuju ke
keretanya. Baru sahaja Irham ingin mengejar,terdengar panggilan daripada
Farisya. “Irham,tak payah”,ujar Farisya lemah. Jiwanya dipagut pilu.
“Farisya,awak sayangkan dia lagi
kan?”,soal Irham. Farisya hanya mendiamkan diri. “Kalau awak sayang dia,sayang
Firash,kenapa awak tak kembali pada dia?”,soal Irham lagi. “Saya...saya tak
tahu”,Farisya sudah menangis teresak-esak. “Maafkan saya Farisya,kalau saya
mendesak awak. Cuma saya nak tengok awak bahagia. Tapi saya nak awak tahu,saya
akan di sisi awak”,ujar Irham. “Tak apalah,Farhan pun ada hak nak bawa balik Firash.
Cuma,cara dia saja yang kurang baik”,pujuk Kak Min. “Bilalah Farisya nak
maafkan dia?”,kata Kak Min perlahan. Farisya terdiam. Dia keliru.
KAK
MIN merenung Farisya yang sudah terlena. “Irham,akak ni kasihan tengok Farisya
tu. Baru berapa hari,dia dah dipisahkan dengan Firash”,kata Kak Min. “Saya pun
sama,tapi.. saya ni hanya kawan dia,kak. Saya tak mampu melakukan
apa-apa”,sambut Irham. “Irham sukakan Risya ke?”,Kak Min menyerkap jarang.
“Saya pernah melamar Farisya,tapi ditolak”,balas Irham. Kak Min hanya tersenyum
nipis. Dia juga bersimpati dengan Farhan,yang tidak dimaafkan oleh Farisya
walaupun seikhlas mana.
“Assalamualaikum”,Farhan memberi salam
lalu segera masuk ke dalam rumahnya. Puan Sri Faridah terkocoh-kocoh menuju ke
ruang tamu. “Farhan..”,Puan Sri Faridah sudah mengukir senyuman sebaik sahaja
melihat bayi yang comel didukung Farhan. “Inilah cucu mama”,kata Farhan sambil
menyerahkan Firash kepada mamanya. “Comelnya,Farisya mana?”,soal Puan Sri
Faridah. Wajahnya berubah keruh sebaik Farhan tidak menjawab apa-apa. “Farisya
masih tak maafkan Han. Jadi,Han terus rampas anak Han daripada dia”,ujar
Farhan,mudah. “Kamu buat macam tu,Han?”,terkejut Puan Sri Faridah sebaik
menerima khabaran daripada Farhan. “Han terpaksa,mama. Han mula rasakan ada
orang nak rampas dia daripada Han”,jawab Farhan. “Farhan,jangan berhenti
berdoa. Mungkin Farisya perlukan masa”,pujuk Puan Sri Faridah. “Mama,masa apa
lagi? Anak Han dah lahir pun dia tak cakap dengan Han. Patut ke macam
tu,mama?”,jawab Farhan. “Habis tu, abang dah tak nak Kak Risya lagi?”,soal
Waheeda yang tiba-tiba muncul.
“Eda jangan nak menyibuklah”,bidas
Farhan. “Maaflah kalau Eda menyibuk. Cuma kalau abang dah putus asa, Eda rasa
lebih baik abang lepaskan Kak Risya. Tak adalah menanggung dosa!”,balas
Waheeda.
Pang!!!
“Farhan!”,pekik Puan Sri Faridah
sebaik sahaja Farhan menampar adiknya. “Eda tak kisah kalau abang tampar Eda.
Tapi Eda nak abang tahu,yang abang ni seorang pengecut! Abang mudah mengalah
pada orang lain. Kalau betullah ada orang nak rebut Kak Risya daripada
abang,Eda rasa abang tak akan dapat semula Kak Risya”,kata Waheeda. Firash
Irhan sudah menangis dek pertengkaran itu. Sesungguhnya,anak kecil tidak
menyukai suasana sebegitu.
“Farhan,mama nak kamu fikir demi
Farisya dan anak kamu ni. Mama tak mahu segala-galanya hancur. Betul cakap
Eda,kalau kamu dah tak kuat untuk menghadapi semua ni,lepaskan saja Farisya.
Jangan kamu biarkan dia terseksa dan dibendung dosa”,nasihat Puan Sri Faridah
sebelum membawa Firash ke bilik. “Firash Irhan?”,Puan Sri Faridah meneliti nama
yang dikait di baju yang dipakai oleh Firash.
FARHAN
meraup wajahnya. Tak mungkin dia mahu melepaskan Farisya,dia benar-benar
mencintai wanita itu sepenuh jiwanya. Terbayang wajah Irham menjengah di minda.
Sungguh,dia geram dengan lelaki itu. Dia sudah merasai lelaki itu adalah
pesaingnya. Dia nekad ingin membawa Farisya pulang. Biarlah dia berulang-alik
ke Johor Bahru. Asalkan keluarganya bahagia.
Farisya ralit melihat Kak Min yang
sedang melipat pakaian yang baru dibeli. “Farisya,Irham tak datang butik hari
ini ke?”,soal Kak Min. “Dia kata petang nanti dia datang”,jawab Farisya.
“Oh,bukan apa. Kak Min ingatkan nak minta
tolong dia sikit”,balas Kak Min. Farisya hanya mengangguk kecil.
“Farisya”,tegur seseorang. Farisya
sudah mengeluh berat sebaik melihat gerangan itu. “Apa awak nak? Awak dah
rampas Firash daripada saya,sekarang awak nak apa?”,soal Farisya lemah. “Saya
nak awak”,ujar Farhan. “Apa awak cakap ni?”,Farisya sudah mengeraskan suaranya.
“Tolong balik hari ini,sayang. Semua orang rindukan awak,saya pasti awak merasa
bagaimana merindukan Firash. Begitulah kami semua merindukan awak”,pujuk Farhan
lembut. Farisya menoleh ke arah Kak Min. Wanita itu hanya mengangguk perlahan.
Jiwanya semakin lama semakin lembut. Akhirnya dia akur.
“Farisya,awak masih sayangkan
saya?”,soal Farhan sambil memandu. Farisya tidak menjawab. “Farisya,tolong
jawab pertanyaan saya tu”,kata Farhan lagi. “Adakah awak perlu tahu?”,soal
Farisya kembali. “Ya,saya perlu tahu. Saya tak mahu jika awak dirampas oleh
Irham”,ujar Farhan. Farisya menghamburkan tawanya. “Awak takut saya dirampas
oleh Irham? Awak ingat,saya tak kisah bila perempuan jalang tu rampas awak
daripada saya malam tu?”,bidas Farisya. “Tolong percayakan saya,sayang. Saya
bersumpah saya tak melakukan perkara terkutuk itu. Awak harus mempercayai
saya”,kata Farhan lalu menyambar tangan Farisya lalu dibawa ke dadanya. Farisya
sudah tergamam. “Betul apa awak cakap ni?”,tanya Farisya pula. Farhan
mengangguk. “I swear,I never betray you. I miss you so much my
sweetheart. I love you so much,darling”,ucap Farhan penuh romantis. Tangan Farisya dikucup
penuh rasa cinta yang mendalam. Tembok air mata Farisya hampir sahaja
roboh,namun ditahan-tahan. Farisya mengalihkan pandangannya dari Farhan. “You
are everything to me”,balas Farisya yang sudah mulai melembutkan hatinya. “Yes,you
are everything to me too. So likewise with the sign of our love,Firash”,potong
Farhan. Mulutnya tidak henti-henti berkata supaya meraih hati Farisya namun
matanya kekal fokus di pemanduan. Farisya terdiam sejenak. ‘Adakah hatiku sudah
memaafkan?’.
“MAMA,Kak
Risya!”,jerit Waheeda sambil memeluk erat Farisya yang baru melangkah masuk ke
dalam rumah. Puan Sri Faridah yang sedang menidurkan Firash segera turun ke
ruang tamu. Sebaik pelukan Waheeda dilepaskan, Puan Sri Faridah pula mengambil
giliran. Sharid dan Tan Sri Zakrul hanya tersenyum. Senyuman sampai ke telinga!
Waheeda sibuk bermain dengan Firash
Irhan yang semakin sebati di rumah itu. Tan Sri Zakrul juga bagai tidak mahu
berpisah dengan cucu sulungnya itu. “Eda,tak lama dapat dukung anak
sendirilah”,usik Puan Sri Faridah. Waheeda hanya tertawa kecil. “Maafkan aku
Farhan,kalau pernah bergaduh dengan kau dulu”,ucap Sharid sambil menggapai
tangan Farhan. “Okeylah Rid. Benda dah lepas,jangan dikenang-kenang. Tapi,kau
tak ada menaruh hati lagi kan?”,soal Farhan sambil tersenyum nipis.
“Erm...adalah sikit”,jawab Sharid lalu tertawa kecil. Farhan sudah menepuk bahu
Sharid.
Hearts, <$NanaJepperz$>

