❤Luluhnya Sebuah Ikatan-Bab 19 ❤
Thursday, 12 December 2013 | 19:03 | 0 love drops
BAB 19
KAK MIN termenung sendiri. Dia bersendirian di butik itu selepas dua hari Farisya pulang ke Kuala Lumpur. Kak Min dikejutkan oleh Irham yang tiba-tiba menerjah ke dalam butik itu. “Kak Min,Farisya mana?”,soal Irham kehairanan. “Farisya,dia dah balik KL. Dah baiklah tu dengan Farhan. Dia pun ada cakap suruh akak uruskan butik ni sendiri sementara dia tak ada”,balas Kak Min lalu tersenyum segaris. Irham tersentak. Dah berbaik? Walaupun dia tidak mengharap dengan Farisya,namun hatinya tetap melekap pada wanita itu. Wajahnya berubah keruh. “Okeylah,terima kasihlah kak”,balas Irham lalu meninggalkan butik itu dengan pasrah. Kak Min hanya memerhati Irham yang sudah hilang dari pandangan. “Mungkin jodoh kamu dengan Risya hanyalah berkawan baik”,bisik hati Kak Min. Dia memahami jiwa Irham .
          Norman Yusoff sudah menggigit bibir. Dia tidak tahu lagi bagaimana mahu memisahkan Farisya dan Farhan. Hatinya masih belum puas lagi. Ternyata peristiwa yang menggunakan Malizzsa itu tidak berhasil.
FARHAN tersenyum melihat Farisya dan  Firash yang sedang lena dibuai mimpi. Kemudian,matanya beralih ke arah iPhone merah jambu milik Farisya. Tangannya ligat mencapainya. Sebaik log dibuka, matanya terpempan pada skrin. Wajah comel Firash menjadi penghias skrin utama. Kemudian laju saja jarinya membuka galeri gambar. Matanya terpempan pada gambar sewaktu  Farisya di hospital. Gambar yang menunjukkan Farisya yang berada di sisi Irham sambil memeluk Firash Irhan. Serta-merta hatinya dijentik rasa cemburu dengan Irham. Kemudian,dia cuba menenangkan hatinya. Setelah puas diyakinkan oleh Kak Min yang ditemuinya, dia percaya yang Irham hanyalah kawan baik Farisya. Dia mengucup perlahan dahi Farisya dan Firash yang sentiasa menjadi penyeri hidupnya. Dia bersyukur kerana akhirnya Farisya kembali dalam hidupnya.
          Farisya tersenyum melihat mamanya yang asyik bermain dengan Firash. “Farisya,jom  kita keluar”,pelawa Farhan. Farisya sudah mengerutkan dahinya. “Nak pergi mana?”,soal Farisya pelik. “ Jalan-jalan,mana-mana pun boleh”,jawab Farhan sambil tersengih. “Kejap,nak ambil Fir daripada mama”,Farisya membalas sambil tersenyum. “Eh,kejap. Tak payahlah bawa Firash”,pinta Farhan. “What? Takkan nak tinggalkan Firash?”,Farisya menjadi hairan. “Sayang,Firash tu dah berumur sebulan dah. Dia boleh tinggal dengan mama. Kejap saja,ya”,pinta Farhan lagi. “Tak sayang anak betul”,balas Farisya. “Mana ada tak sayang anak! Lagipun,kita bukannya tinggalkan Fir dengan sesiapa,dengan mama je kot”,jawab Farhan. Akhirnya,Farisya mengangguk mengiyakan. Susah betul!
IRHAM termenung sendiri. Meskipun sudah sebulan Farisya meninggalkan Johor Bahru,namun dia masih terkenangkan wanita itu. Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan teman karibnya itu. Semogalah hubungan Farisya kekal dan persahabatan mereka tak akan terputus. Walaupun hanya sebagai rakan,Irham sudah bersyukur.
          Farhan memimpin tangan Farisya sambil bersiul sendiri. Ombak di pantai pada pagi itu menenangkan jiwa. “Awak dah maafkan saya,kan?”,soal Farhan. “Maaf? Ermmm...rasanya dah kot”,usik Farisya. “Kot? Maknanya tak maafkan lagilah ni?”,balas Farhan. “Gurau ajelah,tu pun dah nak sentap. Risya dah maafkan Han”,jawab Farisya sambil tergelak kecil. “Main-main ya,gigit hidung tu nanti baru tahu! Tapi,bila fikir-fikir balik,sampai hati Risya buat tak kenal Farhan masa tu”,cebik Farhan. “Eleh,nak merajuk konon! Itulah,saja nak uji Han. Padanlah muka”,balas Farisya lalu tersengih.
          Norman  mengepal penumbuk. Panas hatinya melihat pasangan itu berjalan-jalan di pantai sambil tergelak bahagia. “Kali ni aku pasti akan berjaya”,getus Norman sendiri. Meskipun rancangannya kali ini sudah dilakukan sebanyak dua kali,tetapi gagal. Namun dia pasti lagi yakin yang kali ini akan sukses. Norman tersenyum sendiri.
FIRASH sudah lena di pangkuan neneknya,Puan Sri Faridah. “Mama,biarlah Risya bawa dia masuk bilik dulu”,pinta Farisya. “Eh,tak apalah. Malam ni,boleh tak Firash tidur dengan mama?”,tanya Puan Sri Faridah. Farisya sudah tersenyum segaris. “Tak apa ke mama? Boleh”,balas Farisya. Sungguh, mamanya itu sangat mengasihi Firash Irhan.
         “Mana Fir?”,soal Farhan kehairanan. “Firash kat bilik mama. Hari ni mama dan dengan Fir. Yalah,papa kan outstation. Kasihan mama kena tidur sorang-sorang”,jawab Farisya lalu menghadiahkan senyuman buat Farhan. Farhan hanya mengangguk kecil.
         Pintu bilik Puan Sri Faridah diketuk perlahan. Wanita itu segera membuka pintu biliknya. “Mungkin Farisya atau Waheeda”,getus hatinya sendiri. Sebaik pintu dibuka,satu objek keras mengenai kepala Puan Sri Faridah. Wanita itu rebah ke lantai.
FARISYA segera mengejutkan Farhan sebaik mendengar satu jeritan kecil. “Ada apa?”,soal Farhan lembut. “Entahlah,macam dengar bunyi orang menjerit tadi”,jawab Farisya. “Iya? Jom pergi tengok mama”,arah Farhan lalu segera menapak keluar ke bilik mamanya.
         Tersembul mata Farhan melihat mamanya sudah terbaring di atas lantai. Matanya melilau mencari Firash.
         “Firash mana?”,soal Farisya. Farhan mengangkat bahu. “Risya,pergi panggil Eda dan Sharid”,pinta Farhan. Farisya tergopoh-gapah menuju ke kamar adiknya itu.

         Sebaik Puan Sri Faridah tersedar dari pengsan,dia segera menceritakan apa yang berlaku. “Mana Firash?”,soal Farisya yang sudah cemas. “Mungkin orang yang pukul kepala mama tu,culik Firash?”,duga Waheeda. Sharid sudah mengangguk perlahan. “Mungkin,maafkan mama Farisya. Mama..”,kata Puan Sri Faridah. “Tak apa,mama. Kalau betullah apa yang Eda cakap tadi,kita kena cari Fir”,balas Farisya. Dia tidak mahu membuatkan mamanya berasa bersalah. Dia hanya mampu berdoa supaya anak kesayangannya itu berada di dalam keadaan yang selamat. “Farhan dan Sharid,nanti pergi repot polis”,arah mamanya. Mereka berdua hanya mengangguk  deras. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it