❤Luluhnya Sebuah Ikatan-Bab 20❤
Friday, 13 December 2013 | 06:14 | 0 love drops
BAB 20
Norman tersenyum galak. Hatinya kini puas. “Firash, comel sangat Firash ni. Cuma yang salahnya mama Firashlah,siapa suruh kahwin dengan Farhan?”,senyum Norman sendiri sambil menggendong Firash yang sedang menangis. Mungkin di tahu Norman akan mengapa-apakannya.
          Sebaik sahaja tangisan Firash terhenti,dia segera mencapai telefon bimbitnya.  Nombor seseorang didail. Kemudian dia tergelak jahat sebaik mendengar suara Farisya yang sayup di hujung talian.
WAHEEDA menenangkan Farisya dengan penuh rasa simpati dan risau. “Han dah buat repot dah”,kata Farhan sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Sharid hanya mengekori Farhan masuk ke dalam rumah.
         Farisya gusar. Empangan air matanya hampir-hampir sahaja tumbang. Namun, ditahan air mata yang hampir gugur itu sebolehnya. Dia tidak mahu dinampak lemah,dia harus kuat untuk Firash Irhan yang disayangi.
          iPhone yang berdering mengejutkan semua yang berada di situ. Farisya akhirnya mencapai lalu menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya.
         Seisi rumah itu memandang Farisya dengan penuh tanda tanya. Siapa pula mahu menelefon di saat getir dan tengah malam ini? Tangan Farisya terlepas iPhone dari tangannya. Dia terduduk lemah. Akhirnya,air matanya turun membasahi pipi.
        “Kenapa,Farisya?”,soal Puan Sri Faridah sambil berpaut pada bahu Farisya. “Firash.....ada dekat Norman”,jawab Farisya. Semua sudah ternganga. Apa lagi lelaki  psiko itu mahu? “Macam mana boleh ada dekat lelaki gila tu?”,gusar Sharid sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Sharid,tolong telefon papa. Bagitahu apa yang berlaku,biar papa balik cepat”,arah Puan Sri Faridah sambil menggosok bahu Farisya perlahan lalu memeluknya. Hatinya memahami Farisya di saat itu.
          Meskipun dilihat wanita itu kental di saat itu,namun dia tahu pasti jiwa Farisya runtuh.
TAWA Norman bergema di seluruh kawasan gudang terbiar itu. Sungguh,dia mula merasakan Farisya akan jatuh ke tangannya. Firash yang sedang lena walaupun sesekali digigit nyamuk yang terbang bebas meliar,diperhatikan.
          Farhan,Farisya dan Sharid sedang berjalan perlahan-lahan di depan gudang. Di atas permintaan Norman,mereka harus bertandang ke gudang itu. Jika tidak,nyawa Firash mungkin terancam. Mendengar ancaman itu,Farhan lebih bertindak bijak.
          Norman yang masih menanti kehadiran Farisya tetap bersabar. Dia tidak mahu rencananya gagal sekali lagi kali ini.
SHARID yang diarahkan supaya tunggu di luar gudang hanya menurut. Dengan segera Farisya dan Farhan menjejak masuk ke dalam gudang terbiar itu.
          “Datang pun”,ujar seseorang,mengejutkan Farhan dan Farisya. Serentak dengan itu,tangan Farisya direntap. Farhan sudah dapat menangkap susuk tubuh Firash Irhan yang sedang lena. “Norman,kenapa kau buat semua ni?”,soal Farhan perlahan. Takut juga bila melihat Norman yang sedang memegang pisau namun tangannya sudah memaut leher Farisya. Di sisinya pula adalah Firash yang sedang lena tidur. Seolah-olah dua nyawa yang disayanginya itu berada dalam tangan Norman. “Kenapa? Aku buat sebab nak pisahkan kamu dua orang. Sekarang,aku nak kau ceraikan Farisya! Serahkan dia pada aku,barulah kau boleh ambil anak kau”,jawab Norman lalu tergelak besar. “Haa? Norman,kau cakap je berapa ribu kau nak?”,ujar Farhan. “Duit? Eh,aku tak pakailah duit orang kaya macam kau ni. Aku hanya mahu Farisya! Kalau kau tak ceraikan dia,aku takkan bunuh Farisya. Tetapi aku akan bunuh Firash Irhan!”,ugut Norman.
           Farisya sudah berpeluh dingin. Mindanya ligat mencerna ugutan Norman. “Aku takkan ceraikan Farisya. Norman,baik kau bagi balik Farisya dan Firash dengan cara yang baik”,ujar Farhan. “Tak,kau tengoklah anak kau ni. Comel,kan? Tapi,selagi kau tak ceraikan isteri kau ni,Firash akan terhapus dari dunia ni”,balas Norman Yusoff lalu tersenyum sinis.
          “Tak,aku takkan ceraikan dia!”,putus Farhan. “Kau nak ceraikan dia,atau bunuh anak kau?”,soal Norman lalu menjeling tajam. “Awak ceraikan sajalah saya. Selamatkan Firash”,ujar Farisya yang sudah menitiskan air mata. Di luar gudang,hujan yang menggila melanda seakan mengerti keadaan.
SHARID  masih berada di luar gudang. Dia masih  menanti. Kedengaran situasi di dalam gudang,dia sudah mengetap gigi.
          Pisaunya diselitkan di bahagian seluar. Kemudian tangan kirinya mencapai Firash yang sudah terjaga dari tidur. Kini,Firash dan Farisya berada di tangan Norman Yusoff yang psiko lagi gila cinta. “Fikir-fikirkanlah,Farhan. Ceraikan Farisya,kau akan dapat Firash. Kalau pilih Farisya,anak kau mati!”,pekik Norman lalu tersenyum sumbing.
           Farhan sudah buntu. Dia menenangkan dirinya untuk tidak terlalu cemas. Segera dia memaling kepada pintu gudang itu. Cuba memberi isyarat kepada seseorang.
SHARID mengeluh sendiri. Dirinya di situ bagai tidak berguna. Mahu sahaja dia masuk lalu menumbuk wajah Norman yang sesuka hati berkuasa itu. Setelah mendengar namanya dipanggil perlahan,segera dia menerjah ke dalam gudang itu. Tetapi,dia masuk melalui pintu belakang gudang itu.
          “Pilihlah sekarang. Ceraikan isteri kau,itu adalah pilihan terbaik!”,ujar Norman lalu mencuit pipi Farisya yang sudah terlebih cemas itu. “Awak lebih baik awak ceraikan saya aje awak”,pinta Farisya. “Tidak akan sesekali saya berbuat begitu”,balas Farhan. Farisya sudah hilang arah. Firash yang sudah menangis di sisinya itu dipandang penuh kasih. Dia sanggup berpisah lalu berkahwin dengan Norman untuk menyelamatkan tanda cintanya itu.
          Sharid yang sudah masuk itu segera mencapai pisau yang terselit di seluar Norman perlahan-lahan kemudian dicampakkannya. Dia segera menarik tangan Farisya dari pautan Norman. “Hei,kau buat apa?!”,marah Norman. “Oh,Sharid. Hero nombor dua kau ni  Farisya. Aku tak kisah. Kau orang berdua kena serahkan Farisya pada aku. Kalau tak,Firash akan mati”,ugut Norman lagi dengan ugutan serupa.
          Sharid sudah membiarkan Farisya pergi kepada Farhan. Dia sudah tergamam. “Norman,cuba kau terima kenyataan. Farisya bukanlah untuk kau”,pujuk Sharid yang mula menghampiri Norman.
         “Serahkan bayi itu sekarang!”,jerkah seseorang. Kelihatan  kawasan gudang itu sudah dikepung sekumpulan polis. Norman sudah memekik. Hatinya panas membara. “Aku bunuh dia!”,jerit Norman lalu cuba menghempaskan Firash Irhan ke lantai. Farisya sudah menjerit lalu cuba berlari menuju Norman. Sharid yang terlebih dahulu bertindak segera menyambut Firash yang hampir terhentak. Norman ternganga besar. Rencanya musnah sekelip mata. Pihak polis segera menahan Norman Yusoff yang sudah memanggil nama Farisya sendiri. Terbit rasa simpati dalam hati Farisya,namun simpati itu dibuang jauh-jauh.

FARISYA bersyukur dan lega. Moga-moga sengsara pergi jauh dari hidupnya. Tan Sri Zakrul yang baru pulang terkejut dan gembira melihat Firash selamat di pangkuan Puan Sri Faridah. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it