❤Luluhnya Sebuah Ikatan - EPILOG (AKHIR)❤
Saturday, 14 December 2013 | 22:58 | 0 love drops
EPILOG
“Hmmm..segarnya!”,jerit
Farisya sendiri,melepaskan tekanan. Udara di Cameron Highlands dihirup
perlahan. “Memang segar pun. Best,kan?”,kata Farhan lalu merapatkan dirinya
kepada Farisya. “Memang best,pun. Tapi esok dah nak balik,rasa macam nak duduk
sini terus aje”,luah Farisya. “Erm..Kalau awak nak saya panjangkan percutian
kita ni,pun boleh”,Farhan tersenyum simpul. “Isy,tak payahlah. Balik aje esok.
Kasihan Firash,tinggal kat KL”,jawab Farisya.
“Kalau macam tu,tak apalah”,ujar
Farhan lega. “Hermm...kita nak beli hadiah apa ya untuk Irham?”,soal Farisya
sambil mengurut dagu. “Irham? Lagi-lagi Irham? Buat apalah nak bagi hadiah kat
dia”,cebik Farhan,cemburunya menggerutu. “Alahai,cemburu ke? Kan majlis
perkahwinan Irham dengan Aisyah minggu depan”,jelas Farisya. Farhan terkesima.
Dia tersalah sangka,malunya! “Cemburu tak bertempat!”,wajah Farisya sudah
cemberut.
Farhan sudah menggigit bibir. “Alah,saya
bukan cemburu”,pujuk Farhan. Farisya terus melangkah tanpa menunggu Farhan. Lelaki
itu menggaru kepalanya sendiri,bingung. “Janganlah merajuk-rajuk. Nanti baby
dalam perut tu pun merajuk”,pujuk Farhan. “Baby?”.Farisya menjongketkan
keningnya. “Yup. Saya tahu”,balas Farhan. “Mana awak tahu ni?”,Farisya sudah
mencubit lengan Farhan. “Tak payah lah nak surprise sangat. Saya dengar awak
cakap dengan mama”,Farhan membuat wajah selamba.
“Pengintip!”,cubitan Farisya hinggap
di lengan Farhan sekali lagi.
“Baguslah
tu Firash nak dapat adik”,balas Farhan selamba,yang penting rajuk isterinya itu
sudah tiada. Farisya hanya tersenyum.
“Lagipun Firash tu dah lima tahun,so
layaklah dia dapat adik”,kata Farhan lagi. Farisya terus tersenyum.
Farisya
mengingat kembali memori yang tidak pernah pupus dari ingatannya. Kedukaan yang
menjengah di dalam hidupnya dahulu didoakan supaya tidak kembali lagi. Pernah
sekali,Farhan bergaduh dengan Firash kerana berebut mahu tidur di sisi Farisya.
Farisya tersenyum sendiri. “Ya Allah,semoga kebahagiaan yang ku kecapi kini
akan abadi selamanya”,doa Farisya di dalam hati.
-TAMAT-
Hearts, <$NanaJepperz$>

