❤Awak Adalah Mrs Adam! - Bab 6❤
Wednesday 1 January 2014 | 05:54 | 0 love drops
BAB 6
Busana indah yang tersarung di tubuhnya semakin menyerikan dirinya. Sentuhan ajaib dari kerjasama Harith dan seorang pereka fesyen dari Perancis sungguh cantik dan menawan membuatkan si pemakainya berasa seolah-olah di alam fantasi dan kayangan.
          Esmira Rose tersenyum sebaik mendengar nasihat daripada June Zabella yang setia di sisinya. Zurina pula sudah tersenyum sampai ke telinga,mengenangkan sahabatnya itu. Esmira menarik nafas sedalam-dalamnya,cuba menenangkan dirinya. Kini dia dikelilingi kaum kerabat keluarganya juga bakal mertuanya.
          Tengku Adam tersenyum melihat Esmira. Dia masih menanti Iman Razlan yang akan menyempurnakan majlis itu.
DENGAN gaya diva,Olivia yang elok berbaju kebaya berwarna biru air laut itu tersenyum manis. Kakinya yang disarungkan dengan sandal berfesyen itu melangkah penuh gaya dan sopan. Batu yang diukir indah dengan corak bunga raya itu yang dijadikan langkah pejalan kaki dipijaknya. Air pancut sederhana besar di belakang teratak Tengku Iman itu membuatkan jiwanya sedikit tenang.
         Dia segera mengambil tempat di barisan tetamu undangan Tengku Adam. Dia memberikan senyuman plastik untuk tetamu yang menyapanya. “Teratak bahagia kau ini akan berkecai sebentar  lagi”,bisik hati Olivia sambil tersenyum jahat.
        “Aku terima nikahnya Esmira....”,belum sempat Tengku Adam menghabiskan seseorang menjerit. Esmira dan semua tetamu yang ada di situ sudah memandang ke arah seorang gadis jelita berwajah kacukan Melayu-Itali yang elok berkebaya itu. Olivia mengeluh kasar. “Saya minta maaf terlebih dahulu. Tetapi,majlis ini harus dihentikan!”,ujar Olivia. Adam sudah terkejut. Semua yang berada di situ sudah berbisik sesama sendiri.
        Zurina menggenggam erat jari jemari Esmira. Tengku Maria dan Datin Fatimah yang duduk bersimpuh di sisi  Esmira terkesima dengan tindakan Olivia. 
          “Saya mengandung  dua bulan. Dan anak ini adalah anak Tengku Adam!”,jelas Olivia sambil mengulus rambutnya. “Penipu! Kau nak apa?!”,tengking Adam. “Adam,kalau awak tak nak ambil tahu fasal ini,tak apa. Cuma saya tak mahu hidup Esmira Rose hancur sebab berkahwin dengan lelaki macam awak!”,pekik Olivia lantas melangkah meninggalkan rumah itu. Dia menyeka air matanya.
IMAM Razlan memandang Adam dengan wajah keliru. “Apa semua ini,Adam?”,soal Tengku Iman. “Dengar sini semua,saya tak bersalah. Perempuan tadi itu penipu!”,balas Adam. “Majlis ini mahu diteruskan?”,soal Iman Razlan serius. Adam mengangguk.
          Esmira menahan amarahnya yang mulai bersarang di jiwanya. Langkahnya diambil lalu segera berlari ke arah kamarnya.  Dia tidak sanggup menatap wajah  Adam lagi. Meskipun Adam menafikan segala-galanya,namun dia tahu perangai Adam melalui rakan-rakan baik Adam.
         Adam dahulunya seorang kaki perempuan,namun setelah bertemu dengan Risa,dia berubah. Tetapi,setelah Risa berlaku curang perangai Adam itu kembali semula. Adam juga berjanji dengan dirinya tidak mahu mengkhianati Esmira. Namun kini,Esmira tidak lagi mempercayai Tengku Adam bin Tengku Iman.
TENGKU Maria berwajah keruh. “Adam,kamu sudah memalukan daddy dan mummy. Juga memalukan keluarga Datuk Farid!”,marah Tengku Iman. “Daddy,itu semuanya penipuan. Adam tak pernah melakukan semua tu!”,nafi Adam. “Adam,kenapa Adam mengulangi perangai lama Ad?”,kesal Tengku Maria. “Mummy,daddy.... Tolonglah percaya Adam,perempuan tu menipu. Sumpah demi nama Allah yang Esa!”,jelas Tengku Adam.
          Tengku Maria memeluk anaknya. “Adam... Mummy percaya anak mummy”,balas Tengku Maria lagi. “Adam,sekarang ni yang penting perasaan Esmira! Kami ini bukan marah kerana malu sahaja perkahwinan itu dibatalkan,ia juga disebabkan Esmira Rose. Hatinya dah hancur,Adam....”,balas Tengku Iman pula. Adam menyeka air matanya yang mulai gugur.
          Dia ingin membetulkan segala-galanya. Kepercayaan Esmira..... Cinta Esmira.... Kasih Esmira..... Segala-galanya yang telah kabur dek perbuatan Olivia. “Apa sebenarnya kau nak,Oli?!”,detik hati Adam. Dia pasti akan membuat perhitungan dengan gadis itu.




Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it