❤Awak Adalah Mrs Adam! - Bab 7❤
Tuesday 7 January 2014 | 22:37 | 0 love drops
BAB 7
Olivia tersenyum puas. Akhirnya,dia berjaya menewaskan keegoan Tengku Adam. Adam kini tumpas dari mendapat cinta.         
        Bam!!!
         Adam mengetuk meja. Olivia memandang Adam dengan pandangan maut. Seisi restoran memandang ke arah mereka berdua. “Apa kau nak,Olivia?”,soal Adam. “Apa aku nak? Aku nak hancurkan kebahagiaan kau”,jawab Olivia selamba,tidak berperasaan.
       Pang!!!
       Penampar Adam hinggap di pipi Olivia. Wanita itu menulus pipinya yang kesakitan dan kemerahan. “Kau memang tak guna!”,pekik Adam. “Aku tak mahu apa-apa daripada kau. Sekarang aku tak mahu kau juga,tetapi aku hanya nak hancurkan hidup kau!”.balas Olivia lalu melangkah pergi dari restoran itu. “Tak guna!”,marah Adam sendiri. Jiwanya kusut memikirkan Esmira Rose yang sudah merajuk dengannya.
DATIN Fatimah menepuk bahu Esmira Rose. “Rose,mama rasa Adam tak salah. Mungkin perempuan tu sengaja nak hancurkan majlis tu”,pujuk Datin Fatimah. Dia juga risau melihat keadaan anaknya yang sering murung itu. “Mama,baru Rose tahu yang Adam takkan pernah berubah”,balas Rose laju lalu meninggalkan mamanya.
        Datin Fatimah mengeluh. “Mama”,sapa Emir dari belakang mamanya. “Emir kasihan tengok adik,tu. Betul ke mama percayakan Tengku Adam?”,soal Emir. “Entahlah,Mir. Mama tak tahu nak buat apa sekarang ni”,keluh Datin Fatimah.
          “Mungkin memang betul...  Adam ada hubungan dengan perempuan tu”,duga Emir.
“Emir macam dah tak percaya Adam tu lagi”,sambung Emir lagi. Datin Fatimah terdiam.
OLIVIA merapatkan telefonnya ke telinga. “Bos,kerja saya dah selesai. Baiklah, I will run to London now”,ujar Olivia kepada seseorang di dalam talian. “Kerja saya dah selesai. Kita dah tak ada hubungan”,kata Olivia lagi sebelum mematikan talian.
          Olivia tersenyum. Mudah betul membuat duit,memalukan seseorang,mendapat bayaran. Mudah! Kemudian dia teringat orang yang mengupahnya,dia tersenyum sendiri.
“BETUL Rid?”,soal Tengku Iman meminta kepastian. “Ya,Iman. Kita dah pun bersepakat mahu menjodohkan mereka berdua. Aku tak mahu hanya sebab hari itu perkara ini terbatal”,serius Datuk Farid. “Kau percayakan anak aku?”,soal Tengku Iman lagi. “Aku kenal si Adam tu. Dia takkan buat benda terkutuk begitu. Aku tak kisah,aku percaya pada Adam”,senyum Datuk Farid. “Alhamdulilah,sebenarnya kami cuma takut Esmira yang tak suka”,balas Tengku Iman. “Jangan risau tentang tu,Farid....Maria”,jawab Datuk Farid. Datin Fatimah di sisinya hanya mengukir senyuman. Sebenarnya hatinya dijentik kerisauan dengan Esmira.
        Sebaik Tengku Iman dan isterinya pulang, Datin Fatimah menepuk bahu Datuk Farid.  “Rose setuju ke ni?”,risau Datin Fatimah. “Don’t worry Datin Fatimah. Lagipun,kita dah carikan dia jodoh yang terbaik. Saya percaya pada Adam. Tak lama lagi pulihlah luka hati dia tu”,balas Datuk Farid selamba. Datin Fatimah tersenyum plastik. Memang,dia sungguh mengenali anak perempuannya itu. Sekali benci,selamanya benci.
“PAPA,Rose takkan pernah kahwin dengan buaya darat macam Adam!”,bentak Esmira Rose tekad. “No,Esmira Rose! Ini keputusan papa,papa yakin Ad tak akan mengandungkan anak dara orang! Papa rasa perempuan itu pembohong saja. Yalah,siapa tidak mahu anak Tengku Iman”,balas Datuk Farid. “Macam mana papa boleh percaya dia bulat-bulat?”,soal Esmira lagi.
        “Kalau itu yang papa dan mama mahukan,Rose sanggup. Tapi,untuk Rose layan dia macam dulu... tak mungkin”,alah Esmira lalu meninggalkan papanya. Datuk Farid mengeluh. Dia hanya mahu  yang terbaik untuk anaknya.
        Air mata mengalir dari tubir matanya. ‘Aku cintakan kau...Tapi ini yang kau balas’,detik hati Esmira Rose sendiri. Bantal yang didakapnya dieratkan. Jika sudah itu keputusan papanya,dia tidak mampu menyangkal lagi. Sungguh,dia kalah dengan papanya.
        Dia tidak mahu hidupnya sengsara bila bersama Adam nanti. Namun,bukan mudah untuk menghalang perancangan ibu bapanya. Dia hanya mampu bertawakal dan berdoa supaya jalan hidupnya lebih mudah.

ADAM tersenyum. Akhirnya dia berjaya memiliki Esmira Rose. Terlampau banyak halangan untuk memiliki wanita serba lengkap itu. Dia tersenyum memandang isterinya namun dibalas dengan cebikan penuh kebencian.
        “Esmira...”,tegur Adam. “Awak jangan ingat saya dah percayakan awak. Ia tak semudah itu”,balas Esmira lalu melangkah keluar dari kamarnya. Sungguh,perkahwinan itu tidak bermakna langsung baginya.
        “Saya tak bersalah. Jadi,cuba awak beritahu bagaimana mahu memikat hati awak semula?”,Adam menggapai tangan Esmira,ikhlas. Esmira terdiam. “Tengku Adam,satu saja awak perlu tahu tentang diri saya sekarang. Saya akan mengambil masa untuk terpikat dengan awak kembali. Bagai yang saya katakan, ia tak semudah apa pun”,jawab Esmira sambil merentap tangannya. Dia mendengus geram. Adam terpempan dengan Esmira. Esmira yang lemah lembut,sopan dan ikhlas dengannya. Kini,sudah berubah 360 darjah. Semuanya kerana tindakan gila Olivia Melinda.
EMIR,Datuk Farid dan Datin Faridah terkejut melihat Esmira Rose yang mengambil tempat di sisinya. “Eh,mana Adam?”,soal Emir. “Mana-manalah”,balas Esmira tidak berperasaan. Datuk Farid mencapai alat kawalan televisyen. Kini siaran di televisyen adalah drama Kemaafan Seorang Isteri. “Papa,tak ada cerita lain ke?”,soal Esmira lalu mengalih siaran. Dia menyampah melihatnya. Datuk Farid menggelengkan kepalanya. Datin Fatimah menggigit bibir. Dia sudah agak perkara ini akan berlaku.
        Emir menarik tangan Esmira lalu membawanya ke ruang rehat di luar rumah. Datuk Farid dan Datin Fatimah hanya melihat.
        “Apa yang adik tak puas hati?”,soal Emir. “Mungkin Adam tu tak cukup sempurna buat adik. Namun,salah ke adik sebagai isteri menghormati Adam?!”,tegur Emir. Esmira yang dilanda kebayuan mula menitiskan air mata. Seraya itu,tangisnya semakin kuat lalu dia memeluk abangnya.

        “Rose... abang bukan nak marah. Cuma abang sayangkan Rose sangat-sangat! Abang tak mahu Rose tanggung dosa sebab derhaka pada suami”,pujuk Emir lalu dikucup lembut dahi adiknya itu. “Abang tahu adik abang ni tak suka berkahwin dengan Adam atas sebab hari itu. Tetapi,ini keputusan mama dan papa. Abang pasti mereka dah fikir habis tentang ini. Abang pun tak percayakan Adam dah,tapi abang akan cuba mengetahui.. apa kaitan perempuan hari itu dengan Adam? Ia untuk kebaikan adik”,pujuk Emir. “Thanks”,balas Esmira. Dia bersyukur kerana mempunyai abang seperti Emir. 

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it