❤Mencari Jalan Menuju Hatimu Eps 1❤
Thursday 23 January 2014 | 04:40 | 0 love drops
Mencari Jalan Menuju  Hatimu
EPISOD 1
Aku tersenyum. Wajah ibu aku pandang penuh perhatian.  “Ada apa yang ibu sibuk sangat suruh adik balik ni?”,soalku. Ibu tersenyum simpul. Aku berasa hairan. Tangan ibu pula erat memegang tabletnya.
       Setahu aku,ibu kurang suka membawa ke sana ke mari tabletnya itu. “Adik,ibu rasa dah tiba masanya untuk adik menjadi seorang isteri”,jelas ibu. Membulat mataku sebaik mendengar penjelasan ibu. “Dah tiba masanya? Apa ini,ibu? Adik ni kecil lagilah ibu. Mahu kahwin? Euuww..”,tolakku.
       “Adik,ibu carikan adik lelaki yang sangat baik! Kecil? Mana ada! Adik dah pun besar panjang. Umur sudah 25 tahun”,balas ibu. “Apa-apa pun,adik tak akan setuju sederas ini”,putusku. Ibu hanya menghadiahkan senyuman.
        “Adik,apa pun yang terjadi... Minggu depan adik dan dia akan bertunang”,bidas ibu sambil menunjukkan aku tabletnya. “Ini gambar bakal suami adik. Don’t worry,sweetheart. Ibu tak akan jodohkan anak ibu dengan beruang atau dugong! Tampan lagi bergaya bakal menantu ibu ini!”,ibu memujinya sambil menunjukkan foto lelaki itu. Aku menolaknya lembut. “Adik rasa tak payahlah ibu tunjuk gambar dia. Ibu dah pun buat keputusan terbaik untuk adik,kan?”,balasku sambil mengucup tangan ibu lalu segera melarikan diri ke dalam bilik. Eh? Mudah betul aku bersetuju? Ingat begitu sahaja... tak mungkinlah!
AKU menghirup angin malam di beranda bilikku.Aku fikir tujuan ibu memanggilku pulang ke kampung ku ini adalah kerana terlalu merinduiku. Rupanya ada agenda yang lain.
        Aku mengeluh lembut. “Aku baru berumur 25 tahun. Perjalanan hidupku masih panjang lagi. Adakah kebebasan selepas umur 20 tahun yang aku impikan selama ini berakhir tidak lama lagi? Aku hanya tak mahu perkara lama berulang kembali”,keluhnya. Sesungguhnya bagi gadis bernama __________________________,yang manja ini memang sukar menerima cinta hadir di hati buat kali kedua. Hati yang patah lima tahun lalu memang sukar dirawat.
        Dia memang sudah tidak mempercayai cinta.

ENTAH bagaimana aku boleh ternampak foto lelaki yang ingin dijodohkan denganku. Aku ternganga luas. Benar kata ibu,bukan beruang atau dugong. Aku mula berasa cair dengan aura yang dimiliki olehnya. Senyuman ‘membunuhnya’ memang benar-benar menikam diriku.
        Tiba-tiba Iphone ku berbunyi menandakan panggilan masuk. Aku menjawabnya tanpa melihat. Bibirku kini menguntumkan senyuman yang amat manis,aku pasti!
         “Assalamualaikum. Helo sayang”,ujar seseorang di hujung talian. “Siapa ni?”,soalku hairan.
        “Hai.Taraaa!”,seseorang mengejutkan aku dari belakang. Yang aku pasti sekarang  ini ibu sudah tersenyum lebar di sisiku. “My name is Nadzri. Nice to meet you,darling”,ujar lelaki di dalam foto itu. Dia kini berada di hadapanku! Aaarrggggh!

        

Hearts, <$NanaJepperz$>

♥ Past / Future ♥

Design & Coding : Fara
Wahida
Image : Dancing ribbons / Miss We♥it